Wednesday, September 24, 2008

Orang-orang, orang, orang-orangan.

Aku menaip entry ini pada hari Ahad yang lepas….

Hari Ahad yang redup bagi aku. Aku menerima beberapa perkhabaran yang mendatangkan pelbagai emosi kepada aku. Aku penat…

Aku mahu bercerita kepada beberapa orang. Harap kamu tidak tersinggung rasa, jangan berdendam rasa kepadaku.

Untuk Orang (1)
Aku tahu dia pernah membuat kesilapan kepada aku. Tapi janganlah terus-menerus memandang hina kepada dia. Aku, kau dan dia sama-sama bergelar manusia. Punya hati dan perasaan. Kenapa kau tidak pernah fikir tentang dirinya yang pernah buat aku bahagia? Haruskah kesilapan-kesilapan yang dia buat kita jadikan ukuran untuk dirinya sepanjang hidup? Semua orang berbuat silap, termasuk aku..kau.

Untuk Orang (2)
Kau punya pendapat yang sama dengan orang (1). Katamu, Dia terdesak dan kerana itulah datang semula kepada aku. Jadi aku ini, pilihan bagi mereka yang terdesak? Apa harga diri aku di mata kau? Kau kata, bila Dia perlukan seseorang, baru dia akan datang mencari. Salah aku menjadi penawarnya? Salah aku menjadi pendampingnya? Cubalah jadi lelaki yang memimpin, bukan menjauhi.

Untuk Orang (3)

Pendapatmu begitu ringkas. Bila saja aku bertanyakanmu tentang Orang (1) dan (2), soalan mu :

“mereka kenal dia ka? Pernah berjumpa?”
Jawabku : Tak pernah, hanya kenal dari ‘ceritaku’ saja.
“Jadi jangan endahkan kata-kata (1) dan (2)”.

Mereka kawan aku. Mungkin mereka bimbang, kalau aku dirundung kecewa lagi. Tapi ada seketika, jawapanmu member aku inspirasi. Bukankah aku seorang kawan yang melindungi kawannya? Terima kasih memberi penawar kepada jiwaku.

Untuk Orang (3)
Sudah-sudahla… kisah cintamu memeritkan dirimu. Kau tengok sekarang kau juga dirundung resah. Aku faham aku bukan di tempat kau. Soal hati, kita tak boleh meletakkan DOT pada setiap kejadian. Bukan satu kesilapan, kau datang dalam hidupnya. Sudah aku bilang, soal hati. Tapi, emosi kita berbeza. Hati kita berlainan kekuatannya. Aku bukan di tempat kau, tapi faham apa yang kau mahu. Apa lagi indah selain dari jatuh cinta pada perkara yang indah? Cuma ketentuan dari SANA, kita takan pernah tahu. Kau harus fikir pada benda-benda lain yang jauh lagi penting. Aku tahu ini sakit…. Aku tidak mahu kau terus begini.

Untuk Orang (4)
Tidak sangka, kau datang lagi. Mungkin ego kaum mu memang lumrah. Kali ini, aku tidak mahu berharap apa-apa. Aku percaya kepada ketentuan. Kau tahu, aku bahagia buat masa ini. Kalau pun perkara itu tidak akan terjadi, aku bersyukur kerana pernah melalui momen-momen ini. Kau yang nakal, aku mula berfikir tentang kamu di dalam fikir dewasaku. Sudah sampaikah masa itu?

Untuk Orang (5)
Kemungkinan: kalau kita mempunyai rasa yang sama?

Mungkin kau akan gelak-gelak-geli-hati bila kau membaca perenggan ini. Aku pun hairan, kenapa aku tidak pernah melupakan kau. Padahal aku sudah tahu, kau ada yang lain. Aneh kan? Tapi aku pernah katakan kepada kau, selagi kau tidak berkahwin dengannya, aku akan terus memikirkan tentang kau. Padahal, aku tidak pernah berniat apa-apa. Saban tahun berganti, tapi aku masih memikirkan kau. Apa mungkin kau tak pernah menyakiti hati aku? Perlukah setiap apa yang kita lakukan mempunyai penyebab dan kesan yang hebat? Disember ini, aku mahu menemui kau.

Kemungkinan: kalau hanya aku yang syok sendiri?

Hehehe. Aku itik-ugly. Anggap saja aku adalah secret admirer mu yang kau ketahui. Mungkin aku belum dewasa, ah… kalau boleh aku mahu menjadi tidak dewasa. Jadi orang dewasa ini terlalu banyak masalahnya. Kau tidak bangga, ada perempuan yang meminatimu sampai ke usia ini? Bersiap sedialah aku diketawakan orang lain, tapi aku juga bersiap sedia untuk hadapi benda-benda mengjengkelkan itu. Perkara mereka, ada aku peduli? Jangan berfikir negatif tentang aku, yang kurang berminat menjadi dewasa.

Haiss…

Inilah gunanya blog. Tempat aku menabur perasaan. Yang mungkin menjengkelkan bagi kamu. Boleh tak kamu memberi pendapat tentang kelima-lima orang ini? Aku juga perlukan perhatian dari kamu. Sila pakai nick yang lain, kalau kamu malu diketahui oleh sesiapa. Aku bagi kamu peluang berjiwang di sini. Sampai jiwang mabuk pun tak apa. Kalau mahu mengutuk aku pun, aku tak kisah. Sebab aku tahu, kamu seringkali membaca blog ini.

Pernah dengar perumpamaan, angkat-bakul-sendiri? Sila tekan Alt + F4 untuk muntah.@males

2 comments:

Ron Veronicazo said...

aku suka entry ni. tak tau kenapa. hehe. somewhere along the reading, some of your words and lines telah menyentuh hatiku in some way. puitis. hehe. aku kehilangan kata2 indah untk mengulas kelima2 insan itu, namun bagi aku.. cinta itu akan datang pada mereka yang percaya. kpada cinta.

Anonymous said...

Oh ya aku la org 1 / 2 tu...
Whatever... aku x kesah...