Friday, April 30, 2010

Betul kan?

I rasa, kalau I dapat putar balik hidup I, I taknak rasanya nak luahkan perasaan suka I kat budak tu or lelaki yang lain. - itu kata dia.

Kenapa pula? Kan kita biasa dengar, kalau kita suka or sayang or else ada perasaan kat seseorang tu, kita kena perlu ada keberanian untuk luahkan pada dia. Nanti menyesal sepanjang hidup. Mana lah tau kalau-kalau dia tu ada juga perasaan kat kita.

Tu la I cakap, I menyesal. U know what, I macam rasa malas dah nak gambling-gambling ni. Mana la tau dia tu ada perasaan juga kat kita, oh I kena mencuba, kang kalau tak cuba, menyesal sepanjang hidup. Oh please! Perasaan ni bukan perjudian secara mutlak. Kita sebagai perempuan, harus ada pride sendiri. Oh, bukan ego. Tapi biar cerdik sikit otak tu. - Itu kata dia.

Macam I rasa horibble sangat, sepanjang hidup ni nak kena angkut tebal muka just because dulu I pernah kena rejected oleh dia tau. Ya la, sebab nak sahut cabaran la kononnya. Chaisssss..- Itu kata dia, sambil wajahnya terus memandang ke luar tingkap kedai restoren Itali itu.

You girls nak tahu, sama ada lelaki atau perempuan, bila dorang tahu mereka ni ada secret admirer atau ramai orang nak, kat situlah perasaan bangga diri dorng tu naik gila-gila. Ya la, ada peminat. Perasaan bagus. Ah adil, sebenarnya hidup ni.

Well, kau nak cakap..bila kita ada peminat terasa macam very hot stuff la ni. Semua orang nak? Aku setuju ayat tu. Terutama yang perasan macam bagus berganda-ganda tu.

Tapi itu lucky dia la kan. I tak kisah dah. Masing-masing manusia ada bahagiannya. I bukannya apa, I malas bila dah tua nanti macam-macam perkara konon-kononnya kenangan silam yang tak dilupakan, refreshing balik. Oh please, kenangan kepada perkara yang menyusahkan hidup sebelumnya. Kita boleh mengelak semua perkara tu, cuma kita lambat matang agaknya.

Hahahaha, habis kau menyesallah dengan perkara silam kau?

Absolutely yes. I menyesal mencuba pelbagai tips manusia lain. Orang lain gilakan 'hot stuffs', I pun nak ikut sama. Yang inilah, yang itulah. Haih..memburukkan rekod I sebagai manusia sajalah. Tapi itu kata I lah, ala benda dah lepas. I hanya menyesal pada bahagian-bahagian hidup I yang menyusahkan I saja. Dan ya, semestinya kepada hubungan sesama manusia ni.

Habis apa patut kita lakukan untuk masa depan. Girls?

Macam biasalah, harus critical thinking. Thingy kena bagus. Elak mana yang boleh elak. Jangan cari masalah.

Yeah, I setuju. Tapi kita adalah manusia. Ingat tu.



Wednesday, April 28, 2010

Terbakar

Tak baik u 'padan-kan-muka' nasib orang lain. U pikir bagus ke macam tu? Ini kebakaran yang terjadi semalam. Gambar kedua ialah shot dari rumah I. I rasa insaf dengan kejadian ni kalau u all nak tahu. 7 buah rumah hangus terbakar termasuk deretan orang bergerai dan sebuah kedai runcit. Satu rumah tu jual beli arak @ tuak, sebuah rumah lagi em..orang tak kawin duduk serumah. Budak kampung I cakap, padan muka diorang. Ini kali kedua kawasan ni terbakar. Tapi hari tu tak besar sgt. Kali ni I boleh rasa bahang api ni sampai ke rumah I. I boleh dengar jeritan budak-budak kampung bekerjasama merobohkan dinding rumah sebelah rumah mangsa (utk nak elak merebak lagi api tu), dan I dengar seseorang Azan Emergency. Ini semua pada pukul 10.30 malam, semalam (hari Selasa).

Sudah-sudahla mengata orang lain, kalau u pun teruk macam bangsat ok.


Tuesday, April 27, 2010

Persinggahan Termanis - Bahagian 2

Memang mencabar betul kalau masuk kelas hujung ni. Semua guru-guru kata macam tu. Aku taklah rasa malang, tp setakat menaikkan darah tu bolehlah. Ya la, seperti yang aku cakap sebagai guru 'terkejut', kita kenalah survive untuk apa-apa perkara pun. Ada sebuah kelas hujung ni, masa tu aku sedang bercakap dengan seorang pelajar di meja guru. Tiba-tiba aku dengar 2 orang budak ni sedang bermaki-makian.

****mak! - Wah! depan guru berani cakap mcam ni.

Sapa memaki tadi tu?

Mana ada cikgu. Cikgu ni sembarang dengar saja.

Itu cikgu tak peduli. Tapi cikgu belum pekak lagi. Ni yang kaki memaki ni, memang tak ada mak kot. Kemaluan mak korang sendiri korang cakap. Lahir dari mana ni?

Kelas jadi diam. Tapi budak sekor ni memang kebal, pakai susuk apatah.

Kamu yang cakap kan Fadly?

Eh, sumpah cikgu. Mana aku ada cakap?

Ok, taknak mengaku tak apa. Tapi kalau betul kamu memaki dan berbohong, petang ni kamu kena petir.

Budak tu terkulat-kulat pandang aku. Tetiba pula awan jadi mendung dan terus hujan lebat. Dan ofkos laa angin pun kuat. Almaklumlah tepi laut. Kelas jadi diam, aku pula cuba mengawal diri dengan berdiam diri. Dalam hati dah dupdap, kot-kot jadi pula sumpahan aku tu. Tapi aku macam biasalah tak tunjuk muka terbaek.

Haih, cikgu. Orang kata doa cikgu ni makbul. Betul ka? - tanya sorang pelajar perempuan.

Lu pikir la sendiri. Korang fikir cikgu-cikgu ni kebal ke? Tak dapat rotan korang, kitorang minta dari Tuhan. Haish..

Sunday, April 25, 2010

Persinggahan Termanis - Bahagian 1

Betullah apa orang cakap, hidup ini memang banyak betul persinggahannya. Kau dari satu tempat ke satu tempat bersinggahan. Sampai masanya yang betul-betul sesuai, kau terpaksa pergi pula ke persinggahan yang baru. Kembali ke rumah, kemudian berjalan lagi. Memang banyak ragam manusia yang kau hadapi, apatah lagi kau sendiri memberi ragam kepada orang lain. Perkara bersinggahan inilah banyak mengajar aku mengenal diri sendiri.

Kalau di sekolah, aku selalu ingatkan pelajar aku agar bersabar saja tentang apa saja dugaan yg datang pada mereka. Kataku, semua orang ada sikap cemburu, cemburu dengan kawan yang paling pandai, cemburu kawan pada kawan ada henfon, yang cantik, yang berduit, yang popular.. yada- yada- yada. Kita orang miskin, tetapi kita banyak berkehendakkan. Aku nasihat pada mereka, jangan paksa makbapa mereka untuk beri apa yang mereka mahu. Tak ada ibubapa yang mahu anak-anak mereka susah. Tapi soal kemampuan itu memang tidak ada. Aku tanpa segan silu, bercerita siapa diri aku di masa lepas. Pengakuan demi pengakuan aku buat, membuat aku merasa aku memberi sedikit bantuan emosi pada mereka. Aku suruh bersabar untuk dugaan beberapa tahun saja lagi. Aku selalu memberi soalan-soalan tentang masa depan. Aku selalu memberi mereka keadaan yang akan mereka lalui sekiranya mereka tidak belajar bersungguh-sungguh. Aku selalu bagitau pada mereka, hanya melalui ilmu saja dapat merubah kehidupan manusia. Dan saat yang paling aku suka bila, aku melihat ekspresi wajah mereka dari baris depan hingga ke baris belakang semuanya memandang aku. Jarang-jarang sekali aku melihat mereka tidak 'memandang' aku bila aku bercakap.

Aku juga pernah menjadi seperti mereka. Jadi, hidup aku yang terkedepan perbezaan selama 13-14 tahun, aku harap boleh memberi gambaran pada mereka tentang kehidupan. Dulu (aku yakin) cikgu-cikgu aku tak ada cerita macam ini. Mungkin latarbelakang mereka dengan aku memang berbeza. Jadi tiada seorang cikgu pun yang aku jadikan inspirasi permainan emosi aku masa tu. Aku ada seorang pelajar bernama Nurul Ain. Kelas hadapan yang dikatakan agak pandai. Mula-mula dia selalu ingkar menghantar buku latihan matematik. Kadang-kadang aku tengok dia, agak tersisih dari kawan-kawan lain. Satu masa dia menangis, bila aku lukis garisan panjang di dahinya dengan menggunakan marker. Bukan dia sorang, tp ramai lagi yang lain. Cuma, masa tu hanya dia menarik perhatian aku. Mungkin pasif kerana tidak pandai macam kawan-kawan lain. Sekarang bila dalam kelas, aku selalu sebut nama dia. Aku mahu dia 'takut' kepada aku dalam soal matematik. Aku mahu dia konsentret bila dalam kelas, biar perasaan tertekan itu menjadikan dia seorang yang kritis. Biar dia menjadi pelajar yang berhati-hati. Kamu tahu bila seseorang itu DOWN, perasaan RIAK itu senang menjadi racun dalam diri sendiri? Sebab itulah ramai pelajar kita yang melanggar disiplin. Kau cantas-cantas emosi mereka, kau fikir mendengar kata? TIDAK sama sekali.

Cuba kau sentuh hati mereka, kata Cikgu Metal. Itu aku sudah buat dan ternyata berhasil. Aku kalau marah, aku mencuba untuk jadi adil. Lepas aku marah, aku cuba bercerita hal-hal kejayaan orang lain. Dari perkara sekecil kuman, diikuti dengan firman-firman ayat-ayat cinta dari Nya, hinggalah kepada hal-hal kebesaran dunia yang lain. Aku cuba kaitkan sekeliling mereka yang ada sekarang dengan perihal di masa depan. Ah! Sungguh nyaman menjadi seorang cikgu.

Tapi aku tahu, semua ini hanyalah persinggahan. Menjadi guru bukanlah passion aku. Tetapi aku memang benar-benar ikhlas dengan pelajar-pelajar aku. Keinginan aku untuk membantu anak bangsa sudah tercapai. Aku cuma menunggu peluang untuk cara yang lain pula. Semoga ada pihak yang sudi menuntun aku untuk ke arah ini. Kamu tahu, aku setiap hari tidak sabar mahu ke sekolah. Sikap suka membaca apa juga bahan bacaan yang aku lakukan selama ini, memang membantu aku. Aku guru 'terkejut'. Aku bukan guru terlatih. Tapi aku survive untuk perkara ini. Mesti!

Ada bahagian kedua untuk cerita ini..

Saturday, April 24, 2010

Masa Lepas


Aku menutup telinga,
Aku menutup rasa ku,
Aku tidak mahu mendengar apa-apa lagi yang buruk-buruk.
Mataku tidak ku tutup,
Aku hanya mahu melihat, tanpa mendengar.
Rasa aku, aku tutup, dan sekali lagi aku hanya mahu melihat.
Apa mahu dikenang masa silam, lebih baik aku melihat diriku hari ini.
Masa silam tiada apa-apa, cuma hanyalah rasa kebencian..
Hari ini, aku sangat gembira.
Mudah-mudahan perkara gembira itu adalah bekalan untuk hari masa depan
Satu-satu perkara kebencian aku tinggalkan,
Satu-satu langkah aku atur, biar lambat, biarlah sakit telapak ku.

Dan kamu,
Kalau kamu sudah benci padaku, aku tidak mahu peduli apa-apa pun.
Aku tidak mahu berbuat apa-apa, apatah lagi memikirkan tentang kamu.
Kamu bebas untuk membenci, aku juga bebas untuk melupakan kamu.
Masa lepas, hanyalah masa lepas.

Tetapi, terima kasih kerana sudi menjadi masa lepas ku.
Aku cuma rindu. :)


Friday, April 9, 2010

Meet E.g and Rasidy

Alhamdulillah, wish aku nak ambil gambar mereka berdua ni tercapai juga.

Tuesday, April 6, 2010

Janji.


Ada garis-garis pembohongan di sebalik perkataannya. Dia cuba menipu hati. Dia cuba memadam kebimbangan. Dia cuba mematikan rasa.

Digantikan dengan depanan yang plastik. Sedikit licik.

Buatlah apa saja.

Aku lagi kenal kamu, dari mereka.

Aku tidak mahu berbuat apa. Tapi hanya berdoa kebaikan untuk kamu.


p/s Janji sudah ku tunaikan. Beri aku masa, untuk janji-janji yang lain.

Monday, April 5, 2010

wed outdoor shooting : Fidah & Anisan


Aku tiada mood mahu bercerita apa-apa. Hanya gambar untuk kamu.