Sunday, June 15, 2014

Buku dan Bahasa Inggeris.



Given by someone. Terima kasih yang sudi menderma. Saya sekarang di dalam fasa kehidupan di mana benar-benar sedang mengerjakan impian saya untuk berbakti kepada anak negeri. Saya masih ingat masa saya mula-mula kembali ke kampung halaman, back for good. Saya akan balik, saya mahu berkhidmat dengan anak negeri. Masa itu, saya merasakan 'eh, tingginya cita-cita ni'. Saya gamble kehidupan balik ke kampung dengan tiada pekerjaan selama 8 bulan. Selepas mendapat pekerjaan, tak lama selepas itu saya mula sedar, ya Tuhan sedang memberikan apa yang saya mahukan. Tapi masa itu, saya cuma berangan-angan.

Saya sedang giat mengumpul buku-buku seperti di atas. Saya meminta sumbangan dari kawan-kawan dan setakat ini sumbangan diperolehi di dalam bentuk material buku dan wang ringgit. Projek demi projek saya buat. Sekarang diberi mandat untuk 'bangunkan' pusat sumber sekolah. Ada perkara yang saya tidak dapat kongsikan di sini. Cukup saya katakan, saya sedih dengan sesetengah keadaan di mana, saya telah mendapat kehidupan yang sederhana, tetapi,  saya mengeluh begitu begini kenapa kehidupan saya begini, dan mulai tahun ini saya banyak mempelajari perkara kehidupan melalui melihat kehidupan orang lain.

I promised to myself, to my pupils, i will do everything for them. Tapi dalam masa yang sama, saya geram kenapa ada murid saya tidak mahu menyukai Bahasa Inggeris. Saya fikir ini kifarah buat saya. Saya masih teringat-ingat kejadian guru Bahasa Inggeris memarahi saya kerana tidak dapat menjawab soalan dia dalam Bahasa Inggeris. I still remembered her question , 'Show me your necklace??" Dia ulang 2-3 kali dengan nada yang menaik - marah. Saya tahu necklace itu adalah rantai, tetapi bila dah kena jerit, entah apa saya fikir. Saya ingat masa itu, saya pandang kawan-kawan saya di dalam kumpulan meja dengan mengharapkan mereka membantu saya. It was none of them. Padahal kumpulan itu semuanya pandai-pandai. Agaknya yang lain pun takut dengan guru itu. 

Saya ingat masa mula-mula masuk ke sekolah ini, saya bertanya 'Hello, how are you?'. Semua murid-murid jawab YES. Yes? Ok, saya cuba ajar direct dalam Bahasa Inggeris selama seminggu. Saya yang pening sendiri. Mentor saya pesan, gunalah Bahasa Melayu masa mengajar tetapi dengan tujuan mendidik mereka supaya menyukai Bahasa Inggeris. 

Saya bukan pandai Bahasa Inggeris pun, tetapi saya yakin inilah takdir dari Tuhan yang terbaik untuk saya. So, saya sekarang masih mengumpul buku-buku yang bersesuaian dengan sekolah saya. If you read this and interested with my project and want to donate books or any material, just email me to mylittleparade@yahoo.com. And why not you come and visit my rural island school?

Thanks.

Tuesday, June 3, 2014

Persepsi

Saya rasa kamu suka dengan kerjaya kamu sekarang.
Judging?
Tidak. Tapi saya tahu, kamu suka. Post-post kamu di Facebook menunjukkan kamu sedang gembira.

--------------------------

Persepsi manusia ini kadang-kadang malah selalu berguna kepada kita yang mendengarnya. Betul atau tidak, sekurang-kurangnya ada manusia lain sedang memberi perhatian kepada dirimu. Saya tidak kisah pun apa tanggapan orang lain; dalam stage usia sekarang. Dulu, semasa muda mudi, saya ambil kisah. Kalau tidak sesuai dengan personal saya, saya bentak. Oh ya, secara berhemah. Tidak. Kadang-kadang pandai emo juga. Saya selesa menjadi manusia.

Ada satu stage usia, di mana kamu akan malas memikirkan hal-hal tragedi. Ketika hendak tidur malam, ada waktunya kamu perlu merancang bagaimana perlunya menjadi manusia yang kuat untuk hal-hal esok hari. Bangun pagi, penuh ceria. Kemudian seharian tugas dilakukan dengan semangat membara walaupun berlakunya 'tragedi'. Itu banyak maksudnya. Kau pandai-pandai letak di mana sebenarnya 'tragedi' itu. Hairan kadang-kadang, bila difikirkan, kenapa perlu marah-marah atau membesarkan masalah untuk hal rumit kecil besar. Betul, ada masanya kita tetap memerlukan sokongan dari manusia lain. Ada masalah yang tidak dapat selesaikan sendiri. Tetapi banyak masalah boleh diselesaikan dengan cara sendiri, asalkan tidak menganiaya orang lain. Hal muda dulu sudah berlalu. Saya simpanlah. Kau nak kenang hal lepas, itu hak kau.

Setiap kita berhak merasa selesa. Kita pilihlah mana-mana jalan kehidupan yang dirasakan sesuai. Berpadah-padah.

-----------------------------

Selamat malam.

Sunday, June 1, 2014

Pertemuan soalan berjawab sendiri di pinggir bandar.


Aku menemui seorang laki-laki di pinggir bandar. Kenalan lama-tidak-lama. Dia sedang memangku kucing seperti gambar di atas, di tepi sebuah bangunan usang. Aku tanya, betulkah barang siapa memelihara haiwan maka itu tandanya dia adalah seorang yang penyayang?

Soalan aku disambut dengan perilaku laki-laki itu sedang mengelus pangkal leher kucing hitam seperti di dalam gambar di atas. Aku cuma memerhatikan sambil cuba menjawab soalanku sendiri. Mungkin juga, memelihara haiwan, memberi haiwan makanan minuman secukupnya, keselamatannya dari diburu binatang liar di luar sana, memandikannya, memberikannya permainan, rawatan kesihatan, malah dibuat disayang seperti manusia; itu tandanya sikap seorang penyayang? 

Tapi ada juga temanku, yang sayangnya pada haiwan peliharannya melebihi manusia biasa. Dia berbual-berjuih tentang rakan-rakan pejabatnya. Malah aku juga sudah tahu, mana satu rakannya yang pernah berskandal dengan sang suami milik perempuan lain, hasil perbualannya dengannya.

Bagaimana sikap menyayangi haiwan seperti kucing itu boleh disamakan dengan sikap menyayangi atau berbaik-baik dengan manusia lain? Aku masih menunggu jawapan laki-laki tadi. Kesimpulan kecil aku, memelihara haiwan dan layanan terhadap haiwan bukan tanda manusia itu ialah sebagai seorang penyayang total. Mungkin dia hanya mempunyai rasa prihatin dengan haiwan peliharaan; yang hari-hari dilihat di depan mata.

Manakala sikap menyayangi berbaik-baik sesama manusia itu tetap ada pasang surutnya. Manusia dibekal dengan sikap rasa skeptikal dengan apa saja yang lalu di hadapan matanya; sejak lahir. Mungkinkah soalan aku sudah berjawab oleh aku sendiri? Laki-laki tadi tidak menjawab sepatahpun. Mungkin sedang berkira-kira untuk membawa balik kucing jalanan itu ke rumahnya atau tidak? Dia masih dengan perilakunya sedang memangku kucing seperti gambar di atas.