Tuesday, July 26, 2011

Tips mengambil gambar stranger (close up & candid)


Dua orang teman meminta saya memberi tips kepada mereka bagaimana untuk mendapatkan gambar potraiture daripada stranger. Kadang-kadang memang payah untuk kita mendapatkan gambar close-up dari subjek kerana faktor subjek seorang yang pemalu, mungkin juga tidak mahu dirakamkan gambarnya mahupun faktor-faktor yang lain. Gambar-gambar di atas merupakan salah satu lawatan travel saya ke Pulau Sibuan, Semporna beberapa minggu yang lepas. Di sini saya berkongsi pengalaman dan tips peribadi saya bagaimana hendak mendapatkan gambar potraitur dari stranger.

1)Sebelum datang ke sesebuah tempat seperti kampung yang kita tidak pernah pergi, rajin-rajinlah membuka maklumat di internet atau buku berkaitan dengan tempat tersebut. Antara maklumat yang perlu adalah seperti: nama kampung, nama suku kaum penduduk, jarak kampung dengan kawasan utama yang berdekatan, route dan perjalanan masa, tempat-tempat yang menarik yang terdapat di kawasan tersebut, makanan popular, sedikit bahasa suku kaum dan lain-lain lagi.

2)Sediakan peralatan kamera yang mencukupi seperti kamera, lens wajib seperti: kit lense, 70-300mm, flash dan bateri flash yang mencukupi, filter, beg kamera yang tahan lasak, kad memori, sebotol air minuman dan beberapa peralatan peribadi yang lain.

3) Apabila tiba di tempat yang dituju, jangan kedekut memberikan senyuman pada penduduk sekitar. Tidak terlalu ramah dan jangan sesekali sombong kerana kita tidak dapat membaca fikiran orang lain tentang appeareance kita di situ. Kanak-kanak merupakan subjek yang sentiasa berada di mana-mana pelusuk.

4)Sekiranya perlu, belilah sepaket gula-gula dan berikan kepada kanak-kanak yang akan mula mengerumuni anda. Bukanlah tujuan kita untuk menggalakkan mereka meminta-minta, tetapi gunalah psiokologi give and take kepada subjek. Saya boleh bagi awak gula-gula, tapi mesti ambil gambar dahulu? Hakikat manusia yang sukakan reward, apalah sangat gula-gula berbanding dengan gambar pose-pose subjek yang bakal kita dapati selepas itu. Tetapi kita perlu adil dan sesekali buatlah lawak jenaka atau memuji-muji mereka.

5)Semasa sedang mengatur posisi aksi subjek, jangan lupa bertanyakan nama mereka, umur dan kemudian sebutlah atau tanyakan apakah nama sesuatu benda itu di dalam bahasa suku kaum mereka. Ini merupakan langkah awal yang sangat penting kerana ia merupakan seolah-olah kunci kepercayaan subjek kepada kita.

6)Apabila subjek kelihatan mula selesa dengan kita, jangan lupa panggil kawan-kawan subjek yang lain untuk bergambar sama. Jangan lupa memberi lihat gambar mereka melalui skrin kamera anda. Dan seperti biasa, buatlah subjek anda gembira dan selesa dengan anda.

7) Sekiranya subjek terdiri dari orang tua mahupun dewasa, caranya juga sama. Jangan lokek untuk bertanya khabar dan sedikit pasal latar tempat di situ. Adab tertib perlu dijaga samalah seperti datang berkunjung ke rumah orang lain. Dapatkan subjek dalam genre human interest, pujilah kesungguhan mereka bekerja dan jangan lupa untuk berniat yang baik semasa mengambil gambar.

8)Gambar kandid - Apabila berjalan-jalan di sesuatu kawasan, kuasa melihat dan mentafsir adalah diperlukan. Latih mata untuk mendapatkan subjek dan posisi yang bagus. Jangan terlalu lama membuat focusing pada subjek yang bersifat candid moment. Sekiranya perlu, ambillah gambar tanpa perlu membuat subjek itu sedar pada kehadiran anda. Tidak semua orang gemarkan gambar mereka diambil. Sekiranya subjek kelihatan seperti tidak selesa, cepat-cepat minta maaf dan beredar dari situ. Subjek berhak untuk meminta gambar mereka didelete dari dalam kamera kita. Jadi, sesi negotiate perlu berlaku. Hormati kehendak subjek, ini berlaku apabila candid moment kita tidak menjadi.

9)Rajinlah membuat rujukan pada mana-mana sumber tentang subjek gambar yang kita ingin ambil. Bila ada persediaan, atau sekurang-kurangya sedikit persediaan rapi, insyaAllah kita akan mendapat hasil yang baik.

10) Berniat baik dan terussss berniat baik.

Sekian tips fotografi saya (secara peribadi) sini. Selamat berjaya.