Saturday, September 29, 2012

Kau, yang dibenci.


Tadi saya dah taip panjang berjela, tapi dah padam semula. Menulis tentang rutin kebelakangan ini. Sekadar tajuk gah. Tulisan tadi membuat saya loya, mengingatkan perkara-perkara yang tidak elok. Saya cuba untuk mengurangkan tulisan hal-hal manusia sekitar saya. Kalau ada pun, mungkin ianya bersifat jelmaan dalam bentuk ayat yang lain. Terlalu banyak pahit maung yang saya hadapi semenjak kebelakangan ini.

Tanpa sedar, sudah hampir 7 bulan saya merantau menyambung pelajaran. Tinggal berbaki beberapa bulan lagi, saya akan meninggalkan gedung ilmu ini (bukan perpustakaan). Saya harap semuanya akan berlalu dengan tenang. Tempat sekarang ini banyak mengajar saya bersabar. Malahan sampai takat berdiam diri. Peralihan dari satu kelompok ke kelompok ini memang begitu payah saya adapt.

Masa depan? Saya kurang pasti. Teladan yang saya perolehi dari tempat ini membuat saya berfikir dua. Manusia lain menyuruh saya berfikiran positif tentang apa juga keadaan. Saya akur, tetapi lama-lama saya pula jadi confused. Entahlah.

Hari ini saya melayan lukisan. Saya masih melukis objek tiruan dari internet. Cuma mungkin ada beberapa bahagian yang ditokok tambah dan dikurangkan. Saya gembira dengan hobi baru ini. Dan harap, bakat melukis saya sentiasa bertambah baik.

p/s Hanya 2 perkara yang saya suka di sini
1) Pantainya
2) dan ?



Bajet 2013 Malaysia.


Pembentangan semalam oleh Pak Perdana Menteri. Diharap semua pihak berpuas hati.

Monday, September 24, 2012

Cubalah Mengerti.


Aku ingin dewasa bersamamu
Aku ingin hirup kopi terbaik di bandar ini bersamamu
Aku ingin mencuit kek kegemaran kau dan aku bersama mu
Aku ingin berkeliling kota merakam gambar bersama mu
Aku ingin bersepatu kasut yang paling simple bersamamu
Aku ingin membilang dandelion di padang liar itu bersamamu
Aku ingin menguis ombak di pantai itu bersamamu
Aku ingin menulis puisi setiap hari tentang kita bersamamu
Aku ingin selalu mendengar rutin seharian-seharianmu


cubalah mengerti.


(Tribute untuk crush hati: semenjak berbelas-tahun yang kelmarin)

Wednesday, September 19, 2012

Last nite.


Kabak-kabak bermaksud berdegup-degup. :D

Monday, September 17, 2012

Bakat itu untuk semua.


 Dulu saya selalu mengeluh yang saya tak boleh melukis. Selalu merasakan hendak melukis lukisan orang lidi pun tak boleh. Semua serba tak boleh. Memandang rendah kepada diri sendiri. Tapi ada sebuah sudut kecil di dalam hati saya selalu juga percaya, bahawa semua manusia mempunyai bakat kebolehan. Tuhan memberikan bakat kepada sesiapa pun, dan terpulang kepada kita sendiri bagaimana hendak menggunakan pemberian yang Tuhan bagi itu.

Sudah hampir 3 minggu saya melukis doodle. Entah, adik saya cakap lukisan seperti di atas disebut sebagai doodle, doodling. Purata setiap hari saya boleh menghasilkan 2-3 keping lukisan. Lukis dulu di atas kertas putih (kini buku sketch khas) dengan menggunakan warna, kemudian lukisan berkenan di-scan dan diwarna dengan menggunakan kesan digital software Adobe Photoshop. Mula-mula sekadar suka-suka, lama-lama ianya menjadi kebiasaan. Apa saja yang terlintas di fikiran akan diilustrasikan ke dalam buku sketch sebelum melalui proses mewarna digital. Saya tahu ianya bukanlah sesempurna mana, namun dari sudut hal lain saya berjaya membuktikan sesuatu; saya menemui sebuah lagi bakat di dalam diri saya. Alhamdulillah.

Indahnya pemberian Tuhan.
 

Terlalu manis.



@Pantai Borneo Paradise Resort, Kinarut,
Sabah.

Orang kata, hidup sekadar persinggahan. Kalau benar, aku sudah banyak kali melakukan persinggahan. Singgah meninggalkan kesan, ada juga yang tidak mahu meninggalkan kesan. Ada satu-satu tempat yang memberi kesan di hati. Terasa rindu untuk berjumpa sekali lagi. Bukan! Bukan manusia yang ku rindu, tetapi lebih kepada nostaljik yang memberi kerinduan sepanjang zaman. Hanya gambar-gambar menjadi pengganti kerinduan.

Kalau masa boleh diulang, aku mahu memilih-milih untuk kembali ke persinggahan yang aku inginkan. Aku mahu melihat kembali nostaljik memori yang telah aku lakukan. Tapi itu semua harapan, mungkin kita akan kembali ke zon masa itu, cuma sudah mengalami  takdir yang berlainan. Mungkin lebih baik, mungkin juga hanya perkara biasa-biasa.

Terima saja. Berhenti memahat kenangan yang bukan-bukan. Malu mengenang lampau yang tidak menyenangkan. Semoga Allah melindungi.



Sunday, September 9, 2012

Beach and Sea.

 
I truly love the beach and the sea. I do not care for tanning skin caused by the sun. The whining sound of the wind and strong waves always makes me calm and relaxed. I am resolved to take diving license and are about to learn swim.

Happy day.


I always have a desire to paint and create songs. But it seems until now it has not been achieved. Is there a easiest way to achieve all of our dreams? Below is a painting of my imagination. Hopefully there is a happy day, relax at home, keep draw and enjoy coffee with a delicious slice of cheese cake.

Just can not believe how far I could draw like this.

Saturday, September 8, 2012

Alam antah-berantah



Apabila kita mengambil keputusan untuk menjadi orang yang baik (dari sebelum), Tuhan akan menghantar orang-orang yang baik kepada kita. Tetapi kita jangan lupa, di dalam perjalanan itu memang terlalu banyak ranjau yang menyakitkan. Mengganggu gugat fikiran dan menjadi bodoh.Ujian-ujian ini menguji kesabaran.

Saya selalu berharap agar bangun pagi dengan wujudnya perkara-perkara kebaikan yang akan memberi mood yang baik sepanjang hari. Itu selalu terjadi, yang buruk juga selalu terjadi. Saya jadi malas untuk menimbang tara, what do's and don't's.

Mungkinkah saya sedang terperangkap di alam antah-berantah?

Thursday, September 6, 2012

Manusia romans dan bateri.





Semalam di kelas kuliah, pensyarah sains saya mengadakan satu eksperimen tentang perkaitan kuasa yang dihasilkan oleh bateri. Bahan yang digunakan adalah seperti mentol kecil, wayar kecil, bateri dan beberapa lagi bahan yang lain. Namun pensyarah sains saya menggunakan perlambangan hubungan romans manusia di dalam eksperimen itu. Diberi nama watak Mr. B dan Mrs. M.

Terdapat 10 lakaran ilustrasi bateri dan mentol diberikan. Pelajar diminta untuk meramalkan apakah yang akan berlaku kepada susunan-susunan bateri dan mentol tersebut. Simbolism berlaku di sini. Hubungan pasangan manusia romans harus ada pro dan kontranya. Hasil dari eksperimen bateri-bateri tersebut, ada kumpulan bateri yang menghasilkan cahaya yang sederhana, ada pula kumpulan bateri yang menghasilkan cahaya begitu terang. Yang terang itu adalah kumpulan yang menggunakan 2 biji bateri yang disusun tertibnya. Ya la, positif-negatif-positif-negatif. Manakala cahaya yang sederhana itu hanyalah mempunya sebiji bateri.

Tambah pensyarah berseloroh, untuk hubungan manusia yang 'terang cahayanya', kita memerlukan banyak komitmen. Material, motivasi, emosi dan lain-lain adalah rencah kehidupan. Sama ada sikit atau banyak item yang dimaksudkan, cahayanya tetap ada.  Manakala cahaya yang malap, mungkin hubungan manusia yang banyak ranjaunya. Poligami, curang, tidak komited mungkin adalah maksud cahaya yang malap itu.


Terdapat satu ilustrasi kumpulan bateri; negatif-negatif, positif-positif. Langsung tidak ada cahaya. Simbolism yang berlaku adalah untuk hubungan yang songsang. Cinta sesama jenis. Kita tahu hubungan sebegini tidak mendapat redha oleh pencipta KITA. Saya kurang pasti untuk rasa cinta sebegini. Hanya mereka yang tahu.

Eksperimen semalam berakhir dengan sorak manusia.



Tuesday, September 4, 2012

Persepsi versus niat. Manusia tidak pernah akan sama.


Kadang-kadang kita tidak dapat menerima teguran orang lain tentang diri kita. Kita berhak merasa betul, berhak juga merasa bersalah dan juga berhak juga merasa tidak apa-apa.   Apapun, teguran itu adalah persepsi pihak lain tentang diri kita. Tapi bagaimana pula sekiranya persepsi itu adalah bertentangan dengan pendapat kita? Contoh:

Ahmad berseloroh pada kita tentang kegemukan kita. Kita mungkin merasa sedih, mungkin juga membiarkan atau mungkin juga membuat sedikit provokasi. Kau, perfect sangat?

Ahmad mungkin terasa, mungkin juga masih menganggapnya balasan gurauan. Tapi dalam masa yang sama, Ahmad bercerita hal  itu kepada orang lain, menganggap kita ini tidak matang, membuka pekung kelemahan diri sendiri.

Katakan Ahmad itu sebagai majikan atau pun atasan kita. Dan orang lain pula, menegur sikap kita. Mengiyakan persepsi Ahmad. Sedangkan masa itu, kapasiti kita adalah mungkin kita berseloroh, menganggap Ahmad berseloroh, atau sedang bersantai?

Sakitnya hati bila mendapati persepsi itu tidak bersesuaian dengan niat kita. Kadang persepsi ini bias.

Tadi saya meminta maaf dengan pesyarah saya. Tidak membuat presentation dengan begitu mampan. Walaupun telah terjadi perkara persepsi versus niat kita. Manusia tidak pernah akan sama. Satu yang saya belajar, jangan mudah percaya kepada kemesraan orang. Semasa saya meminta maaf, beban perasan malu dan kecewa itu saya lantas hilang. Mungkinkah kemaafan juga juga penawar untuk diri sendiri?

Tapi timbul perasaan baru, tetapi maaflah. Ianya rahsia.

Jiwa Merdeka Tanpa Merdeka

Di sana sini provokasi tentang keadaan sebenar hari merdeka kedengaran. Sepatutnya begitulah, sepatutnya begitulah; banyak. Saya jadi bosan, lantas menjadi orang tengah. Memandai-mandai menjadi begitu patriotik, menegaskan kepentingan mencintai negara. Patriotik dan politik tidak dapat dipisahkan tetapi tetap mempunyai erti dan keadaan yang berbeza. Mungkin kelahiran Capricon dengan detail tentang horoskopnya mempengaruhi hidup saya. Poyo.

Perasaan pertama kali mengecat wajah, mencalit dengan 4 warna utama (biru, putih, kuning dan mereka) memang begitu berbeza rasa. Mungkin inilah yang dirasakan oleh mana-mana pejuang di dunia ini apabila mencalitkan warna-warna tertentu di wajah mereka ketika hendak pergi berjuang. Rasa seperti seorang pejuang, berani, tidak gentar, kuat dan apa ya? Ya, cintakan negara. Bukan semua mahu bersusah berpalit muka dengan warna, apatah lagi berjalan-jalan dengan wajah berbelang warna itu.

Manusia tidak pernah akan sama. Selalu berbeza. Itu saya sudah maklum dan kadang-kadang memilih untuk tidak mengendahkan pandangan sesiapa. Bukan keras kepala, cuma memilih untuk tidak mahu bersusah hati. Baik untuk saya, dan selalu 'buruk' untuk orang lain. Macam saya cakap, manusia tidak pernah akan sama.
Hari kemerdekaan ini, saya gembira. Malah setiap tahun.