Monday, September 17, 2012

Terlalu manis.



@Pantai Borneo Paradise Resort, Kinarut,
Sabah.

Orang kata, hidup sekadar persinggahan. Kalau benar, aku sudah banyak kali melakukan persinggahan. Singgah meninggalkan kesan, ada juga yang tidak mahu meninggalkan kesan. Ada satu-satu tempat yang memberi kesan di hati. Terasa rindu untuk berjumpa sekali lagi. Bukan! Bukan manusia yang ku rindu, tetapi lebih kepada nostaljik yang memberi kerinduan sepanjang zaman. Hanya gambar-gambar menjadi pengganti kerinduan.

Kalau masa boleh diulang, aku mahu memilih-milih untuk kembali ke persinggahan yang aku inginkan. Aku mahu melihat kembali nostaljik memori yang telah aku lakukan. Tapi itu semua harapan, mungkin kita akan kembali ke zon masa itu, cuma sudah mengalami  takdir yang berlainan. Mungkin lebih baik, mungkin juga hanya perkara biasa-biasa.

Terima saja. Berhenti memahat kenangan yang bukan-bukan. Malu mengenang lampau yang tidak menyenangkan. Semoga Allah melindungi.



No comments: