Tuesday, November 27, 2012

Ujian


Manusia diuji dengan dua cara iaitu melalui kesenangan dan kesusahan. Manusia boleh menjadi riak di dalam kedua-dua bahagian hidup yang disebut tadi. Memang susah untuk bersederhana kata. 

Untuk kejadian hari ini, semoga bila aku senang, aku tidaklah memandang rendah dengan orang lain. Semoga bila aku susah, aku tidaklah memandang sinis kepada usaha-usaha aku. Hidup ini ada bahagian-bahagiannya.

Sunday, November 25, 2012

Sunday, November 4, 2012

Semalam yang hebat.

Aku bosan melihat aksara-aksara yang dikumpul-kumpul menjadi sebuah bacaan. Esok ada peperiksaan, begitu juga lusanya. Kemudian sehari kemudian, ada perkhemahan yang perlu dilalui. Kemudian, bergegas balik ke kampung halaman dan bercuti sehingga hujung Disember.

Semalam ada sedikit konversasi bersama adik perempuan. Berbincang hal-hal manusia. Ya, ada sedikit kelegaan di situ. Dari dulu, aku selalu menerima pendapatnya. Bukan semua, tetapi ada yang menjadi ingatan sampai ke hari ini. Bulan Disember ini, beliau akan bernikah kahwin dengan seorang pemuda pujaan hati. Aku berdoa, adik yang dipinjamkan ini akan berjaya dunia akhirat. Cuma aku harap dia tidak lupa pada tanggungjawab sebagai anak kepada ibubapanya.

Semalam juga ada konversasi bersama teman-teman rapat. Aku tidak tahu bagaimana aku boleh rapat bersama mereka sedangkan mereka dari lain kelas. Apa yang pasti buat masa ini, aku selesa keluar bersama mereka. Antara teman yang sanggup berselipar jepun bersama ku ketika ke pusat membeli belah. Itu satu yang kau perlu tahu, berselipar jepun ialah lambang kebebasan. Aku berdoa semoga teman-temanku ini menjadi manusia berjaya untuk dunia dan akhirat.

Habis di sini. Aku mahu menelaah pelajaranku. Buat bekalanku untuk menjawab hari esok. Ternyata aku melalui hari yang gembira semalam. Ada sedikit cerita peribadi yang mengganggu fikiranku, tapi hanya senyum jadi pengganti kata. Aha.

Thursday, November 1, 2012

Hal Perempuan.



Kadang saya tertanya, apakah yang membuatkan seorang perempuan (mungkin isteri atau kekasih) masih memaafkan lelaki yang banyak kali melukakan hati mereka.

Mungkin tulisan kali ini, berbaur sedikit kekeliruan. Mungkin berkait dengan kamu, atau memang berkait tentang kamu.

Melukakan bagaimana? Mental dan fizikal, maksud saya. Saya kurang pasti, adakah kesetiaan itu lambang isteri yang taat?  Setia pada lelaki yang selalu membuat kamu susah hati, takut dan tidak selesa. Itu setia yang bagaimana?

Kalau di dalam rumahtangga, syurga disimbolis terletak di bawah kaki suami. Tetapi suami yang bagaimanakah mempunyai syurga di bawah telapaknya? Kalau suami yang mempunyai syurga di bawah telapaknya, sudah pasti dia akan menyediakan mahligai kasih untuk isteri dan anak-anaknya. 

Kalau soal kesempurnaan yang mungkin kamu tuntut, saya rasa itu bukan helah belah diri terbaik untuk mengelak.

Saya teringat seorang teman. Bercerai dan merujuk semula. Suami berjanji menjadi suami yang baik, dan dengan sedar penyakit kelamin akibat persetubuhan dengan pekerja seks ada di dalam tubuhnya. Isteri merasa kasihan, lagi-lagi dengan ada anak. Bersatu kembali dan teman saya juga turut kejangkitan penyakit dari suaminya itu. Kemudian suami buat hal lama. 

Teman saya sakit. Saya pernah nasihatkan agar berfikir sedalamannya. Tapi katanya, dia bertahan hati kerana masih sayang. Sayang jenis apakah kalau sampai memudaratkan diri?

Saya keliru dengan soal perjodohan.