Monday, December 29, 2008

Yamtuan Negeri Sembilan dan aku.

Aku sebenarnya sudah lama mahu membuat entry dengan gambar-gambar di bawah ini. Bagaikan satu kebetulan, kemangkatan Tunku Jaafar membuatkan aku teringatkan entry yang belum dipublish-kan lagi. Dan sedikit rasa terkejut dengan berita kemangkatan Tunku, kerana lebih kurang 4 bulan yang lalu, Tunku masih kelihatan sihat walafiat.

Oh ya, kebetulan aku menghadiri event sambutan Hari Keputeraan Tunku Jaafar yang ke 86 tahun di Kuala Pilah. Macam tak percaya kan, aku boleh berjumpa dan bergambar sendiri dengan Tunku Jaafar...ya la, aku kan rakyat biasa. Kebetulan kakak aku jadi penerbit event pada hari itu.

Al Fatihah..





*Memori - ketika Tunku Jaafar berkenan melawat booth-booth yang mengambil bahagian di dalam acara ini.


Sunday, December 28, 2008

Besday Prezent

Hari Jadi sudah berlalu...inilah entrynya....beberapa prezent dari family aku...

Buku resepi Cara Memasak Karamel


Udang Nipah, aku request sendiri dari Mak aku... RM10.00 sekilogram saja occay!

Asalnya nak dijadikan kek besday, tapi tak sempat nak hias pon, anak saudara aku dah rasmikan sama-sama ng aku sekali...sefamily la...kek gula hangus yang sunggoh superb hasil tangan Mak aku occay.

Wohoo...ala ala Anna Sui tak....aku suka occay...bleh sumbat lappy dan Dslr aku sekali dalam ni...takan aku nak expose ng beg asal lappy aku?? oh tak nak!

Thanks...



Thursday, December 25, 2008

28.


Selamat Hari Jadi untuk diri sendiri. (26 Disember)




Sunday, December 21, 2008

Untuk Seorang Kawan.


Aku tak suka kau begitu menyerah dengan takdir kau sendiri.

Sepatutnya hayat yang tinggal ini kau syukuri dengan melihat seluruh alam, termasuk kawan-kawan kau yang sebenarnya sudah lama menantikan kau (bertahun-tahun) lamanya.

Aku fikir kau sudah meninggal dunia.

Kau online semula.

Itu tandanya kau masih hidup.

Tapi apabila kau lagi banyak bercerita soal sedih tentang si dia itu, hati kawan kau ini jadi tawar.

Thursday, December 18, 2008

Ekspresi mereka.

Ekspresi beberapa orang kanak-kanak di bawah diambil di sekitar bandar Sandakan. Mereka berumur di antara 12 hingga ke 16 tahun. Tidak berpeluang untuk bersekolah, malahan ada di antara mereka ini yang tidak tahu membaca. Jadi, kamu yang di luar sana yang bernasib baik, bersyukurlah seadanya.








Cerita Lama, Tempat Lama, Rupa Baru









Wednesday, December 17, 2008

Tuesday, December 16, 2008

Friday, December 12, 2008

Mistik


Tiba-tiba aku berpeluang merasai pengalaman mistik ini sendiri. Mungkin kamu rasa ini tidak masuk akal, tetapi aku mahu berkongsi di sini.

Mistik (1)

Mistik (2)

Masa aku balik dari Restoren Aishah, 3 hari lepas... aku terasa seperti semput nafas ketika berjalan ke arah rumah aku tu. Hei semput nafas gemuk dan semput nafas yang aku rasa ni lain sedikit rasanya....ehehhehehe.....so lebih kurang 10 malam aku pun masuk tidur.maybe sebab aku penat la kot..

So, malam tu mungkin aku separuh sedar.. almaklumlah dalam pra-tidur dan pra-sedar. Tiba-tiba aku rasa ada 'sesuatu' yang mahu ditarik keluar dari dada aku ni... Kamu just imagine kalau udara yang kamu sedut tu, divakum oleh satu kuasa lain????

Macam tu-lah aku rasakan...rasa tercungap-cungap...aku pun bangun dan panggil Along..

Kau mengigau ke tu? -- Along sound.

Cepat kau datang Long, aku dah tak tahan ni. Macam rasa 'semangat' aku dah diambil ni... -- aku balas.

Isk kau ni!

Aku duduk bersila dan menggigil di atas katil aku. Mula-mula aku rasa keadaan menggigil aku tu biasa saja, tetapi lama kelamaan aku rasa tahap menggigil aku sudah menggila. Dalam separa sedar... aku masih dengar Bapa dan Mak masuk ke dalam bilik aku. Di luar kawalan aku, aku mula menangis.. Entah menangis setengah macam.. Bapa pun apa lagi naik panik...

Kak, kawal kak.. Benda tu belum masuk tu -- Along jerit.

Aku mula separuh menjerit dan menangis. Bila saja Bapa mula ' menawar', aku terasa seperti macam sesuatu yang mahu keluar dari kerongkong...hanya keadaan batuk seperti mengeluarkan sesuatu.. Sakit wohhhhh..... ada masa-masa tertentu, aku rasa hairan kenapa aku boleh menangis sampai macam tu sekali. Bila aku rasa dah redah sedikit, aku baring dan berselubung...aku menggigil lagi sekali dan sekali lagi menangis dengan tangisan yang tah apa tah apa tu..agaknya kau pun takut dengar tangisan aku tu.. Dada aku masih terasa sakit...

Bapa dan Mak suruh aku berpindah ke ruang tamu. Mahu dipanggilkan 'orang pandai'...di ruang tamu aku lagi sekali dalam keadaan seperti sebelum ini.. dalam masa tu aku boleh kawal diri aku sendiri...tapi keadaan menangis aku + separa luar sedar + dada yang sakit....aku pun tak faham dengan keadaan macam itu. Aku cuba mencari mungkin ada kelibat-kelibat asing di sekitar aku, tapi aku tak dapat pun.

Keadaan aku pun reda...

Kau ada 'tertegur' benda atau ada yang 'menegur' kau ke masa kau balik tadi?-- aku ligat mengingati semula..

Ada, kau ingat tak perempuan yang kita panggil si Jembalang? -- aku jawab.

Jadi?

Aku bukan sengaja nak mengata dia. Tapi masa aku balik, aku terkejut nampak dia duduk dalam gelap. Tempat tu memang gelap. Cuma aku terkejut dan cakap dalam hati saja..

Hah, tak mustahil kau pun terkena dengan jembalang yang lalu lalang masa Maghrib.

Padan muka aku... sebenarnya perempuan aku maksudkan tu cacat wajahnya. Mata kirinya tersembul bulat, bibir atasnya pun tiada..kesian...Aku tiada maksud mahu menghina dia tu...tetapi aku dalam keadaan terkejut + bleh pula dia duduk dalam gelap tu + aku pula rabun...

Kesannya, 2 hari aku merasa tubuh badan aku ni macam melayang-layang. Ini satu keadaan mistik yang aku rasa cukup bertuah berpeluang merasainya. Ada kawan-kawan yang sudah siap ke kubur untuk melihat makhluk halus.. tetapi belum ada peluang langsung...


Thursday, December 11, 2008

Wednesday, December 10, 2008

happy 28th.

Mas Mohd Yunus,
PPJU Batu 1 1/2,
W.D.T 65,
90309, Sandakan,
Sabah.

My Wishlists.

1) payung yg bleh lipat2 masuk dalam handbag (pastel colour) atau,
2)mouse for my lappy (mouse lama dah rosak) atau,
3)baju band HUJAN yg ada payung kaler kuning tu atau,
4)kad befday D.I.Y (do it yourself) atau,
5)ucapan, kata-kata motivasi, sokongan moral sepanjang 1500 patah perkataan pada ruang komen blog aku ni.

happy 28th years, Mas. (26th December 2008)



Tuesday, December 9, 2008

Musim Layang-Layang dah tiba.

Musim layang-layang dah tiba..eh dah lama pun..bestnya main layang-layang...gambar ni gambar anak jiran aku. Nama sebenar Mohd Alhamdu'.. nama glamor Abu Sayyaf...Adik aku minta tolong buatkan layang-layang ni sebab dia memang tak pernah sukses buat layang-layang pun...hahahahha....



yang ni, anak saudara si AlHamdu' ni. Haih...mengintai? bukanlah...tengok-tengok dari bilik aku saja...hahahha....



Saturday, December 6, 2008

??

Mungkin perkara yang aku sebutkan ini berkaitan dengan emosi PMS-ku ketika itu.

Aku terasa hati dengan seorang kawan. Mungkin ini balasan Tuhan terhadap aku, kerana ada beberapa ketika sebelum ini aku banyak menyakiti hati kawan-kawan.

Untuk kawan-kawan, aku minta maaf. Bagi aku sedikit masa untuk perbetulkan keadaan.

Tadi, sebelum membuat entry ini, aku mandi terlebih dahulu. Aku harap dengan keadaan tubuh yang segar, aku boleh membuat entry ini dalam keadaan emosi yang tenang.

Mungkin aku terlalu berharap dengannya sebelum itu…

Lappy aku sebenarnya sudah sampai masanya mahu diservis. Aku mengambil keputusan untuk formatting dan installing apa benda yang berkaitan. Jadi masa itu aku memerlukan CD OS untuk Windows XP, Adobe Photoshop dan Microsoft Office.

Aku sms dia, bertanyakan free atau tidak petang itu.

Dia jawab, dia tengah cari cd-cd yang aku nak pinjam tu.

Aku tambah, kalau ada sms aku balik, tentukan sekali masa dan tempat.

Dan dia jawab: K

Aku sudah berkira-kira kalau dia free petang itu. Dia habis kerja dalam pukul 5 lebih. Jadi, aku ambil keputusan untuk pergi ber-online di Restoren Aishah dalam pukul 3. Takanlah, aku nak sms dia setiap jam untuk bertanyakan ada atau tiada cd tu. Mungkin masa itu aku memang terdesak mahu meminjam cd-cd tu. Aku hanya ada dia, kawan yang available dalam perkara-perkara macam ni kat kampung aku ni.

Aku silap kerana terlalu berharap, itu sebab aku terasa sedih sehingga ke hari ini.

Macam aku cakap, aku hanya ada dia.

Mungkin kau pikir, kedai pc maintenance kan ada? – atau pun termasuk dia juga berfikiran begitu.

CD-CD software aku tertinggal kat tempat kakak aku. Jadi, aku langsung tiada benda-benda tu. Kalau ada, tiadanya entry begini rupa.

Pukul 5.20 petang, aku sms lagi sekali – Lain hari la?

Mungkin petang itu dia sibuk. Sms aku itu tidak berjawab. Dalam pukul 6 petang, aku nampak dia online. Dalam tempoh 15 minit selepas itu, aku PM dia.

Dia just said – Sori, cd tu tak ada.

…..

Aku bungkam. Aku mungkin tersepit dengan desperate aku terhadap perkara ni. Tapi aku masih sedar dengan negotiation antara aku dan dia.

Kalau aku tak sms atau pm YM dia?

Mungkin kau pikir, aku yang nak sangat, akulah kena kejar dia? – ataupun termasuk dia juga berfikiran begitu.

Aku tak salahkan dia, sebab bodoh aku sendiri terlalu berharap dengan dia.

Jadi, macam aku cakap : Macam aku cakap, aku hanya ada dia. ß ayat yang aku buat ni buat aku rasa down gila-gila sangat. Aku rasa sedih.

Aku rasa malu sangat-sangat.

Mungkin dia tak pernah anggap aku ni kawan dia sebagaimana anggapan aku terhadap dia. Mungkin perkara ini terlalu kecil untuk aku isukan.

Kalau perkara ini pun boleh buat aku terlalu sedih, apatah lagi kalau hal-hal besar….

Belajar dari kesilapan Mas.

Nowadays, no such free things even your friendship nor relationship.

Monday, December 1, 2008

Bye-Bye November?

Aku sudah mendapat chemistry yang baru untuk ber-online. Maksud aku, tempat ber-online. Port terbaru aku adalah Restoran Aishah yang terletak di Bandar Maju, Sandakan. Jangan malu-malu, datanglah ke sini untuk joining sama. Oh, bukanlah restoran mewah pun. Hanya sebuah restoran atau kedai makan yang biasa, tetapi menyediakan perkhidmatan Wifi 24 jam sehari. Bagus kan? Wifi free manakala, kau hanya perlu membayar RM 1.00 untuk cas perkhidmatan elektrik. Makan minum kenalah bayar. Mee Goreng Udang Restoran Aishah ini memang superb. Udangnya memang segar gila.

Aku tergerak hati menulis entry tentang putus pula. Dipendekkan cerita, terdapat beberapa rakan terdekat aku yang mengalami putus cinta. 7 orang semuanya, sekaligus di bulan November ini. Isk, tiada kaitan dengan kesialan November occay! Mari kita lihat pendapat aku tentang perkara ini. Oh ya, aku pernah putus cinta, jadi bolehlah aku bercerita kan?


Kenapa November?
Jangan marahkan aku. Aku bukan mendoakan ketidak-bahagiaan kamu pun. Mengikut pemerhatian aku, biasanya masyarakat menganggap November atau Disember sebagai bulan melihat semula perkara-perkara yang telah dilakukan hampir sepanjang tahun, yang berlaku mahupun terdapat perancangan-perancangan terbaru yang dibuat. Apabila tiba Januari, kita akan membuat azam baru untuk kehidupan pada tahun depan itu pula. Ya, ya, ya. Manusia tipikal kan. Eh! Setiap organisasi pun akan menutup akaun tahunan pada sekitar November occay. Mereka akan membuat laporan tahunan berkaitan dengan pergerakan organisasi mereka. Begitu juga halnya dengan orang yang bercinta. Atau kau boleh samakan dengan tipikal membina azam-azam baru sebelum bermulanya setiap tahun baru. Haih!

Ego secara automatik naik ke tahap maksima apabila mendapati mereka ada beberapa pilihan.
Jangan nak tipulah dengan aku. Lazim manusia begitu, bila mereka mempunyai beberapa pilihan hati, ego mereka akan naik mendadak. Fikirnya dia boleh memilih mana-mana yang terkait di perasaannya. Sama juga halnya bila mempunyai wang yang banyak, dia berhak memilih mana-mana barang yang dia mahu. Selagi dia memiliki majoriti keadaan dan bijak mengambil peluang, dia akan tolak mana-mana yang dirasakannya tidak sesuai buat dia. Jadi, kamu yang putus cinta, janganlah terlalu terasa hati. Biarlah dia itu meninggalkan kamu, hakikatnya dia merasakan kamu tidak sesuai buat dia. Kenapa harus banyak soalan kamu kemukakan kepada si dia, sedangkan terang-terangan dia telah menolak kamu? Mungkin kamu merasakan, sudah banyak perkara terindah yang kamu lakukan bersama. Membuatkan dia gembira bila bersama kamu, merasakan kamu adalah segala-galanya buat si dia. Akhirnya, dia juga meninggalkan kamu… sakit. Perasaan ditinggalkan memang sakit, tetapi kamu harus akur dan sesekali menyedapkan hati, bahawa si dia tu pun bukannya baik sangat. Hahahahah… hei, betulkan?


Kebarangkalian untuk dia kembali adalah tinggi dalam masa 3 bulan ini.
Mana-mana manusia yang bercinta pun akan memberi ruang dan masa untuk mengenali hati pasangannya yang baru itu. Doakan yang baik-baik saja untuk dia tu. Kenapa aku berkata begini? Ala, perasaan yang tipikal occay. Dia akan melihat ‘gerak-geri’ perhubungannya yang baru itu selama 3 bulan. Kalau dirasakan sesuai, dia akan memberi peluang 3 bulan kedua pula. Maksud aku, fasa-fasa perhubungan. Jadi, apa kaitannya dengan kamu, yang ditinggalkan si dia? Percayalah kepada aku, dia akan masih mengingati kamu biarpun kamu sudah dilukainya. Jadi, dia akan sentiasa membuat perbandingan si jantung hati yang baru dan kamu yang sudah ditinggalkannya. Siapa paling romantik, siapa paling baik hati, dan lain-lain lagi siapa-yang-paling-lah. Oh tak lupa juga, mungkin kamu bukan cintanya yang pertama, jadi dia berhak membandingkan dengan siapa-siapa bekas EX-nya. Hei, manusia ini tiada yang sempurna, jadi kamu tidak perlu menangisi kerana ditinggalkannya. Dah dia tak sukakan kamu, kenapa kamu harus merayu lagi? Jangan hairan, kalau dia masih menghubungi kamu selepas perpisahan itu. Macam aku kata, kebarangkalian untuk ‘rujuk’ semula memang ada. Tetapi, aku yakin keadaan tidak sama seperti dulu. Haish, mestilah kau lebih berhati-hati selepas ini kan?


Jangan ambil kesempatan nak overtake kepada dia yang baru putus cinta.
Kiranya kau ini mahu menjadi penyelamat jiwa si dia itulah. Haih…jangan diganggu jiwa yang sedang sakit. Kalau ya pun kau pernah menyimpan perasaan terhadap dia (ala-ala teman tapi mesra kononnya), jangan mengambil kesempatan mahu overtake peranan pula. Dalam jiwa yang sedang sakit, jangan sesekali memburukkan keadaan, mengumpat EX-nya itu et cetra-la. Silap-silap si dia itu pula berpandangan negatif terhadap kamu. Naluri manusia konon-konon jadi penyelamat jiwa memang suatu hakikat. Jadilah kawan susah senang kepada kawan-kawan kamu. Kenapa aku cakap macam ni? Cuba imaginelah, kau memang sudah lama mempunyai perasaan terhadap si dia (mangsa ditinggalkan kekasih –kekekeke). Dalam masa yang sama pula, si dia tu tengah fix balik hubungannya dengan EX lama. Tengah kau ejas, tiba-tiba dia ‘berujuk’ semula dengan EX lama. Kau? Tak kau haru? Mula-lah pula kau yang sakit hati sendiri. Jadi, lu pikir-lah sendiri!


Peningkatan kos pembelian barangan (?)
Rokok? Salah satu barangan yang paling top dalam ranking barangan wajib beli di dalam hierarki sang perokok. Sekiranya dia perokoklah. Ala zaman sekarang ni pun, perempuan sudah ada yang menjadi perokok tegar. Kata kawan aku, rokok adalah teman semasa susah dan senang. Haihhhh…dari sekotak sehari, sudah menjadi 2 kotak sehari. Agaknya semasa dia bekerja, sejam sekali si dia ni akan pergi mengepam racun paru-paru. Semasa lunch selama sejam tu, mungkin 3 - 4 batang rokok boleh dihabiskan. Bila dah habis kerja? Lepas dinner? Masa senggang? Tengok tv? Chatting? Blogging? Bila mengalami gangguan emosi ? Wow, anda memang hebat. Janganlah macam tu. Tapi aku tak rasa putus cinta tu penyebab utama si dia menjadi begitu addicted sekali. Anda dah ketagih-ketagih-ketagih beb! Anda sudah meningkatkan level perokok anda sendiri! Tahniah! Kalau yang tak merokok? Pergi makan kot. Kalau suka memasak, mulalah mencari resepi terbaru (surfing?) dan masak. Yang penting kenyang, bila dah kenyang lalu tidur. Jadi?

sori kalau aku tersilap occay!

Saturday, November 29, 2008

2.58 petang ari ni?



1) heppi belated besday untuk adik aku, Mohd Zainorrin yang berada di Kem Sri Lanang, Sibu, Sarawak. Dah masuk ke 23 tahun dah. (29 November setiap tahun)

2)heppy belated besday untuk adik aku, Dang Yunos yng masih di bangku kuliah, Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor Darul Ehsan. Sweet 22nd (30 November setiap tahun)

3) Masa ni aku tengah online dari Tuaran Restaurant, Batu 2 Sandakan, Sabah. Punya wifi yang hebat. Hanya cas eletrik dikenakan RM 1.00 sejam wooohhhh...Minum2 sajala. Tadi dah makan.

4)Tengah dengar lagu raya Awie feat Ziana Zain - Di Halaman Asmara, best sunggoh!

5)Restoran ni punya mi goreng udang yang sangat best, keadaan sini pun not bad. Well, kedai makan biasa saja. Mungkin aku terpengaruh oleh mode wifi-nya yang sunggoh best, kan?

6)Aku baru saja menyiapkan satu job wedding photography. Happy bila terima payment, macam tak sangkalah kan benda ni menjadi. Latest wedding will could be at Rancangan Suan Lamba, Sandakan on this 9th December 2008. Wish lucky for me. Syukur pada Allah.

7)Masih giat cari kerja tetap.

8) A big congratulation goes to my old fren, sudah punya kedai jamming sendiri. Kedai jamming MajorGeek Jamming dekat area Bandar Maju ni dia yang punya.

9)Aku masih perlahan-lahan menerima benda-benda baru dalam idup aku.

10) Tuhan, tolong aku.

Monday, November 24, 2008

Kamu seorang cyber chatter tegar. Tidak mahu mengaku?

Hehehe. Kata orang, hendaklah kita bercakap melalui pengalaman. Amat suwei kalau kau bertindak bodoh sombong ke atas perkara yang kau tidak tahu. Ya, mungkin kau seorang yang licik, tahu control keadaan. Tetapi kalau sebaliknya? Jadi entry aku kali ini? Baca semula tajuk di atas. Cyber Chatting adalah perkara sosial terkini yang melanda masyarakat kita. Seingat aku, MIRC sudah dicipta pada tahun 1995, merupakan IRC (Internet Relay Chat) yang sangat famous pada 90’an sehingga sekarang. Bukan nak riak, tapi aku dah start kenal MIRC pun masa tahun tu juga (1995). Nak kata pioneer, mungkin ya mungkin tidak. Apa taknya, selesai saja paper PMR pada hari-hari peperiksaan PMR, aku bersama teman-teman akan ke Cyber Café Wisma Sandakan. RM 5.00 sejam occay (rupanya harga ini masih relevan sehingga ke hari ini. Aku benci CyberJazz Cyber Café Sandakan!). Tapi, aku tidaklah obsess dengan MIRC seperti orang lain yang arif berperang kod-kod khas dengan chatter lain di dalam channel. Haihh… Nowadays, dah banyak IRC client yang wujud. Yahoo Messenger, Skype, MSN Messenger et cetra la! Tetapi, apapun client yang digunakan, kamu tetap dipanggil cyber chatter. Mari kita tengok pemerhatian yang aku buat, selain diri sendiri yang menjadi percontohan.


1)Psiokologi seseorang chatter boleh diketahui berdasarkan nickname yang digunakan.
Ada Chatter yang suka menggunakan ID @ Nickname mereka sendiri. Contohnya nama sebenar Fatimah, ID-nya Fatty / Fateem. Kalau lelaki pula, nama sebenar Dollah Said, ID-nya Dolly. Eh! Kau tak percaya ke? Dunia cyber ni macam-macam boleh berlaku. Ada juga yang suka menggunakan ID menggunakan tempat kelahiran sebagai id utama. Contohnya AbangBatangBerjuntai (hahahaha! Tempat ni wujud occay), EmmaJandaBaik ke? Ada juga yang suka menggunakan nama haiwan sebagai ID mereka, diikuti dengan nama timangan mereka contohnya Devilcat00, Harimaugilaks, Serigalamenjerit (hahaha!), aku pasti nama yang mereka pilih adalah mengikut karektor mereka sendiri. Kalau DevilCat, mungkin beliau seorang yang sukakan kucing, berkarektor sensitive, sedikit manja (yucks!). Habis, kalau memilih nama TapirHensem? Mungkin beliau seorang yang merendah diri sebab tapir tu memang tak hensem langsung. Ada juga chatter yang suka menggunakan nama sebenar di dalam identiti mereka. Ini berkemungkinan untuk tujuan email official ataupun beliau sebenarnya memang nerd. Ada contoh lain?

2)Mempunyai lebih dari satu (1) ID
Mungkin beliau tidak suka dikenalpasti identitinya yang sebenar. Mungkin juga beliau masih menganggap cyber chat space sebagai arena sosial yang tidak relevan atau tidak boleh dipercayai. Ada juga chatter yang menggunakan pelbagai ID, tetapi masih mengekalkan identiti utama beliau. Ini selalunya berlaku apabila chatters ini menyertai channel-channel tertentu di dalam client. Tetapi aku yakin, mereka mempunyai hanya satu MAIN ID / ID Utama yang dijadikan sebagai identiti mereka untuk saling berhubungan dengan kelompok mereka yang lain atau individu tertentu.

3)Peratusan tertinggi pemegang gelaran Chatter Tegar terdiri dari kalangan mereka yang mempunyai PC atau lappy sendiri, dan mempunyai talian internet.
Takanlah kau mahu membuang duit ke cyber café semata-mata untuk online chatting? Ya, mungkin kau kata kau mampu untuk membayar RM5.00 sejam, dan mungkin juga bermula 15hb setiap bulan kau sudah mula mengamalkan diet pemakanan kerana sudah berhabis untuk online chatting kau 14 hari sebelum itu. Katakan purata online kau 4 jam sehari (katakan-lah~)


4 jam x RM5.00 x 14 hari sebulan = RM 280.00 occay! (perbelanjaan ini hanya berlaku jika kau mengunjungi Cyber Café Suwei seperti CyberJazz Cyber Café Sandakan).


Oh! Biasanya mereka yang tegar berbelanja seperti ini berlaku apabila mereka di dalam cyber love ataupun mempunyai kekasih yang luar dari kawasan itu. Almaklumlah, selain dari ber-chatting, kau juga boleh ber-Conference seperti Webcam Conference atau Voice Conference. Kalau kau boring, ko boleh layan games yang ditawarkan oleh setiap IRC Client. Bagi mereka yang mempunyai kemudahan sendiri, maksud aku PC atau lappy sendiri dan ada talian internet sendiri, mereka hanya perlu membayar bil bulanan yang tetap. Itupun, kalau kau memilih pakej-pakej yang terdapat di pasaran. Kau onlinelah sampai LEBAM. Bagi yang bernasib baik, bolehlah menumpang ‘kasih’ ke atas Wi-Fi jiran kau yang percuma itu.

4)Kebarangkalian mempunyai sepasang mata yang comel seperti Panda adalah sangat tinggi.
Kebarangkalian ini berlaku di kalangan chatter yang berkulit putih atau kuning langsat. Ini disebabkan mereka kekurangan tidur ataupun terlalu berseronok berchatting dengan kawan-kawan cyber mereka sehingga ke pagi esoknya. Hal ini biasanya berlaku bagi mereka yang masih belajar. Terutama yang sedang belajar di pusat-pusat pengajian tinggi. Almaklumlah, kebanyakan pusat IPT sekarang menyediakan Wi-Fi percuma kepada pelajar. Kalau kau berada di Kampus UiTM Puncak Perdana, kau tidak mempunyai keadaan yang sesuai untuk bersosial bersama teman di luar kampus pada waktu malam sekiranya kau tidak mempunyai kenderaan. Kampus itu sendiri mempunyai Hotspot yang membolehkan pelajar menggunakannya untuk tujuan mencari bahan assignment. Jangan bimbang, laman-laman web yang Suwei sudah sememangnya di-block oleh pihak pengurusan UiTM. Kadang-kadang bila sudah tension menghadap studi, mereka me-release tension dengan menyertai channel-channel tertentu di dalam IRC Client. Tidak pun berchatting bersama teman-teman mereka sendiri. Haish..ini boleh mengurangkan jenayah fizikal bukan?

5)Mempunyai ramai rakan cyber dan sesekali keluar menyertai gathering.
Ya, aku akui sendiri perkara ini. Bila sudah biasa menyertai channel-channel tertentu, tak salah kalau kita mengeratkan sillaturahim sesame chatters dengan mengadakan gathering. Aku sendiri sudah 2 kali menganjurkan gathering ini. Oh, kami tidak bersikap kenegerian. Tapi mungkin waktu tu semangat merantau itu kami kuatkan lagi dengan perjumpaan chatters yang berasal dari negeri yang sama. Perhubungan cyber itu diteruskan ke dalam dunia realiti. Jangan salahkan cyber chatting ini kalau hubungan itu mengjangkau ke tempat tidur juga. Hahaha! Aku punya rakan-rakan yang akhirnya mendirikan rumahtangga (dah beranak pinak pun) hasil perkenalan dari dunia chatting. Jadi, aku kurang gemar bercerita tentang hubungan yang negatif. Perkara jatuh cinta dalam dunia cyber ini sudah menjadi perkara biasa pada hari ini. Cuba kita bercerita dari sudut positif. Data diperolehi dari sekitar kita dan diproses menjadi maklumat di dalam otak atau ruang fikir kita. Di dalam dunia cyber ini, maklumat diteruskan melalui taipan-taipan di skrin komputer. Boleh jadi waktu itu kita berada di dalam relaks dan mempunyai rakan cyber yang sudi berbual dengan kita. Kamu tahu kan, bukan senang manusia ini menzahirkan rasa hati mereka secara lisan. Bila menaip, tiada siapa nampak ekspresi mode kita. Sebab itu, begitu mudah untuk terbit rasa ‘suka’ bila online chatting. Apatah lagi ditambah dengan chemistry-chemistry yang sama antara kedua belah pihak. Tetapi hubungan sebegini mempunyai risiko untuk kecewa yang sangat tinggi. Ayat punya baik semasa online, tetapi bila berjumpa mungkin si dia mempunyai sifat yang suka tersembur air liur bila bercakap. Kasian…. Tak pasal-pasal kena reject. Kalau kamu menghadapi perkara ini, ada baiknya kamu menyertai gathering sebelum benar-benar jatuh cinta. Woi! Bukan mahu memilih paras rupa, tetapi kamu berhak untuk menentukan masa depan hubungan kamu. Tapi soal hati kan…


6)Suka senyum dan selalu KETAHUAN oleh orang lain yang ada di situ (tanpa kamu sedar)
Bila sudah menjadi chatter tegar, kau jangan tipulah kalau tak pernah mengalami keadaan ni. Macam Mak akulah, yang tak faham aktiviti aku ni. Apasal kau senyum-senyum sendiri depan lappy tu? Perkara ini boleh berlaku tanpa kau sedar, mungkin kawan kau di sana sedang membuatkan kau rasa lawak. Jadi orang di sekitar kau, terperasan dengan perilaku kau tu. Tak kurang juga, sekiranya kau sedang mengalami perasaan Musim Bunga, ya la, dilamun cinta. Orang lain boleh nampak rona-rona perasan bahagia kau tu. Lagi satu, bila kau bleh ketawa mengekek tiba-tiba walaupun keadaan masa itu sunyi sepi. Haih, silap hari bulan ketawa kau itu disambut oleh ketawa encik misterius yang lain.

7)Berdepan dengan soalan-soalan yang berbau dari mereka yang stereotype?
CT – Chatter Tegar vs. MYS – Mereka yang Stereotype

CT: Nak keluar kejap.
MYS :Keluar dengan kawan-kawan chatter ko ke?

CT: Bf aku bla..bla..bla… (belum sempat kau habiskan ayat…)
MYS: Kau kenal BF kau tu dari chatting ke?

CT: Kawan-kawan aku nak datang rumah.
MYS: Kawan-kawan yang kau kenal dari chatting ke?

Haiii.. betul tak? Ada lagi yang lagi teruk, menganggap kau macam tak ada kawan kat luar langsung. Bodoh piang occay! Mungkin mereka tengok kau, lebih banyak menghabiskan masa di rumah berbanding di luar pada hari hujung minggu. Budaya muda mudi masa kini, mereka meluangkan masa bersama teman-teman apabila weekdays sahaja. Maksud aku, selepas waktu bekerja. Manakala, hujung minggu mereka lebih santai untuk berada di rumah. Mahu mengumpul tenaga semula, selepas 48 bekerja dalam masa seminggu. Penat wohh…

8)Peka dengan lagu-lagu terbaru.
Untuk pengetahuan kamu yang bukan kaki chatting, di dalam IRC Client juga kita boleh bertukar-tukar maklumat seperti lagu dengan mengirim lagu di dalam client tersebut. Bukan hanya lagu, tetapi semua medium yang bersifat digital. Tetapi ini bergantung kepada connection semasa penghantaran. Kamu tahu, selain dari sibuk berchatting dengan kawan di sebelah sana, kita juga boleh mendengar online radio yang disediakan di sesetengah IRC Client ini. Sambil-sambil chatting, sambil-sambil tukar lagu. Lagipun macam sekarang ini, kebanjiran band-band Indie di negara kita memeriahkan lagi perkara ini. Isu cetak rompak sudah tidak dipedulikan, yang penting band Indie kau dan lagu-lagu kau dikenali ramai. Kalau kau masih sibuk-sibuk mengikuti trend muzik tempatan melalui tv dan radio yang sangat lembab itu, aku rasa layaklah seadanya kau dikatakan ketinggalan maklumat. Melalui internet, segala-galanya begitu cepat. Kalau kau gila menyanyi, kau juga boleh menyertai channel-channel tertentu yang menyediakan Voice Conference. Kau nyanyilah sampai LEBAM, harap-harap ada yang sudi mendengar.

9)Sedikit nakal dengan menyertai jenayah cyber.
Perkara ini sedikit ekstrem di dalam dunia cyber chat. Antara jenayah cyber yang paling famous dan sedikit senang dilakukan ialah cracking ID. Cracking ID ni bolehlah kau samakan dengan mencuri ID. Hari ini, si-Cracker ni mencuri ID yang hanya bernilai komersial saja. Tiada gunanya kau mencuri ID yang tiada nilai komersial, kerana aktiviti Cracking ID ini memerlukan kesabaran tahap maksima, selain sedikit bijak mencari item-item tertentu. Mari aku tayang pada kau maksud ID yang bernilai komersial ni, boleh diniagakan.
Dimulaikan dengan nombor : 23super, 21bobo, 10cool
Hanya mempunyai 2 / 3/ 4 karakter / char:
1q, ov, mps, 1mu, uwda, mas7, 4kec, okr2

Mempunyai symbol seperti
Ampersand (&):
69h&c, 23m&m, 34h&c

Underscore / undy (____):
Loverboy__________69, Love_me_down__, Acquiesce_________________, __The_Man_Who_Sold_The_World__, __The_Unforgiven__, poison__angel

Asterick (*):
21****you, 65****you

Plus sign (+):
Bennie+And+The+Jets, Better+Off+Dead, love+1

Hyphen-Minus / Dash:
Lady-killer, love—0731, love-jacky-wu, love-white-snow,

Full Stop / Dot (.); more than 1 dot:
love.....me, love.26.4, love.a.8651

Multi symbols:
love.m-123, 65m&m____, 97rock(s), ruby.angels-r., xn--4#19, xn--4$$$

ID yang didaftar di bawah server yahoo/organisasi yang sudah tidak beroperasi:
love.2000.tw, love-you.geo
puteri_sandakan.soit, puteri_sandakan.csdn, puteri_sandakan.chinabyte, puteri_sandakan.wyao, puteri_sandakan.seasky, puteri_sandakan.3721
xn--4#19, xn--4$$$, xn- -armada-ship

Cracking id ini samalah seperti memecah masuk pengkalan data pemilik id-id yang pelik ini, dan cracker akan menukar password dalam kadar yang segera. Kenapa aku kata segera? Ini kerana terdapat lagi kelompok cracker yang lain sedang menunggu id-id illegal ini untuk ‘dipecahmasukkan’. Kau lambat sikit, kau terlepas. Sebenarnya pasal ID-ID ni aku dah setup lama dalam entry yang lain. Tapi aku masih belum berkesempatan nak publish-kan. Lagipun, aku belum cukup ilmu dalam bidang ni.
Mahu lagi sedikit ekstrem? Kalau si-Cracker mengalami sedikit ‘sawan’, mereka juga memecahmasuk ID yang tidak mempunyai nilai komersial. Kalau bernasib baik, ID yang menjadi kesayangan kau bertahun-tahun tu boleh dimusnahkan dan jangan harap kau boleh retrieve ID tu balik. Melainkan kau ada cable bagus dengan Yahoo Organisation. Hahahah! Ya, ya saja aku cakap. Tapi, benda ni pernah berlaku. Jadi? Kau mahu join jenayah ini? Best dan aku tak pernah berjaya pun. Hahaha!

10)Kau memang gila chat – pemerhatian aku yang kesepuluh ini memang tidak boleh disangkal lagi. Cuba lihat pada diri kau.

Hari bekerja:

9.0 pagi : berada di ofis / tempat kerja
(kau sempat chatting biarpun kau sedang bekerja)
1.00 tengahari : lunch time, tapi kau makan depan PC ofis-chatting lagi.
2 – 5 petang: sambil buat kerja, sambil layan chatting juga.
5 – 6 petang: Boss biasa tiada di ofis masa ni, blehlah ko layan chatting sampai habis waktu bekerja.
8.00 mlm : setelah habis mandi dan makan, kau online lagi.
4 pagi: kau ucap selamat tidur pada kawan chatting kau malam itu. Seisi itu kadang-kadang mengambil masa 1 jam baru selesai. Almaklumla, Musim Bunga kan!
6.00 pagi: bangun
6.30 pagi: betul-betul bangun dan bersiap pergi kerja.

Hari Cuti / Hari tidak bekerja:
10 pagi: Bangun dari tidur, kemudian on kan lappy / pc. Jenguk-jenguk channel kejap. Kemudian tidur semula. Lappy / pc ON.

12 tengahari : Bangun semula, mandi dan makan dan CHATTING.
4 petang : Tidur petang. Lappy / pc ON.

6 petang : Cari bahan untuk dinner, mandi dan mengemas rumah. Basuh baju ke? Join Channel sekejap.
8 malam : kalau kau tak keluar, kau chatlah.

Haih…aku mengaku aku pernah jadi cam ni. Hahahah! Tapi bukan 100%-lah. Hari cuti pun aku bangun awal occay! JADI? 10 hasil pemerhatian aku dah buat. Kamu mahu mengaku? Banyak sebab kau boleh menjadi chatter tegar. Ada sesiapa mahu mahu menambah point pemerhatian aku sini?

Friday, November 21, 2008

Askar Soljar?

Minggu lepas, Along pergi menghadiri ujian temuduga pengambilan tentera darat Malaysia di Dewan Masyarakat Sandakan. Hari itu merupakan giliran daerah Sandakan untuk seisi pengambilan tersebut. Perkara ni aku dah tahu sejak seminggu sebelum itu dan tidak lupa memberitahu Along. Maklumlah, dia pun sedang mencari peluang pekerjaan, plus kebetulan dia memang pernah bercita-cita menjadi seorang anggota tentera. Haih, kalau kali ini dia berjaya menjadi seorang anggota tentera, maka sah-sah keluarga aku memang keluarga satria. Hehehhe….kau tengok di bawah:

Bapa – bekas anggota polis dan sudah pencen lebih kurang 10 tahun
Ipar nombor 1 – Anggota polis
Kakak nombor 2 dan suami – kedua-duanya anggota tentera
Abang kepada Along – polis




Tak, aku bukan berbangga. Mungkin sudah takdir kan. Aku pula, masih belum mendapat pekerjaan tetap. Aku cuma boleh berharap mendapat pekerjaan yang boleh berkhidmat kepada masyarakat. Aku memang galakkan Along supaya masuk dalam bidang pertahanan ini. Bila melihat kepada K2 (kakak nombor 2), bermacam-macam keistimewaan yang didapati semenjak dia masuk bidang ni. Hahahaha..ada kisah hitam sebenarnya. Bersangkut paut dengan cerita tentera ni-lah.

Mari aku cerita pasal K2. Aku dan K2 ni lebih kurang sama tinggi, cuma aku kelihatan gagah perkasa dari dia. Heheheh… K2 ni nampak kecil sikit-lah. Semasa dia berumur 20-an, dia mengambil keputusan joining ARMY ni. Nak tahu, sebenarnya K2 ni pernah ‘dibuang’ oleh bapa aku. Entah apa angin bapa aku tu. Bapa aku memang berkeras tidak mahu K2 ni masuk tentera. Maybe sebab K2 ni tak pernah berenggang dengan keluarga aku, kecuali semasa dia pergi melancong ke Korea Selatan (semasa bekerja dengan Daewoo Corporation). So, dengan kuasa tinggi orang nombor 2 dalam keluarga aku, Mak, akhirnya dia pun pergi menjalani latihan teras tentera selama hampir 8 bulan. Bapa aku memang marah gilar-lah. Tapi lastly, Bapa aku ni hati lembut punya, akhirnya dia boleh menerima kenyataan K2 dah menjadi seorang anggota tentera, tentera darat. Kini sudah berkahwin dengan seorang anggota tentera dan mempunyai sepasang anak perempuan dan lelaki. Haih.. macam zaman filem P. Ramlee kan! Ada pula nak ‘buang’ anak, oh ya, maklumlah anak dia masuk tentera kan. Perempuan pula tu!


Masa makan tengahari , Along pun bercerita-lah perihal pagi tu. Dia kata, seisi pertama dia dah lepas, ini termasuklah ujian kecerdasan dan bertulis. Hanya lebih kurang 50 calon yang datang menghadiri temuduga tersebut, dan hanya 17 orang terpilih untuk ke peringkat seterusnya. Terdapat 3 orang perempuan, dan hanya seorang terpilih.

Dari malam sebelum, aku sempat meng-hanjing-hanjing Along pasal benda ni.
Kalau pegawai tu tanya, kenapa kau nak masuk jadi tentera, kau tunjuk gambar ni…..


Ini menunjukkan kau sudah komited dan sudah menyimpan cita-cita menjadi seorang anggota tentera ni sejak berumur lebih kurang 3 tahun. Siap dengan topi combat occay!
Ada satu perkara yang buat aku nak tersembur nasi yang aku makan, maklumlah tengah makan kan.

Kamu ada parut tak?
Ada tuan. Ni – sambil tunjuk jari tengah yang pernah luka kesan terhiris oleh pisau.
Ada parut di dalam?
Ada tuan.
Kat mana?
Parut bersunat tuan!
Haih! Itu memanglah!

Hahahahaha.. kata Along, pegawai yang menemuduga pasal parut tu hanya menahan ketawa dalam seriusnya. Boleh pulak dia buat lawak dengan pegawai tentera tu. Macam tu-lah cerita utamanya. Sekarang ni, dia akan tunggu surat seisi kedua dari pihak tentera. Lepas ni, dia akan ke Kota Kinabalu untuk menghadiri saringan kedua seisi pengambilan ni. Doa-doalah dia boleh dapat jadi tentera occay! Bangga tu, satria negara.

Wednesday, November 12, 2008

Cerita dari Timur.

Jadi, kamu apa khabar?

Aku sihat alhamdullilah dan masih selamba. Heheheh... seperti biasalah aku menghadapi mental blocked. Dengan kadar kelajuan internet yang hampas ni. Oh ya, hari itu aku ke bandar. Masuk CC dan sedikit terkejut dengan cas yang dikenakan. RM 5.00 dengan kemudahan yang begitu...em...merungut aku...Kadang-kadang aku tak faham dengan keadaan sebegini. Samada mereka mengambil kesempatan dengan orang lain. Haihh...

Tengah malam, 2 hari lepas- ketika aku sedang nyenyak tidur, tiba-tiba aku terbangun kerana mendengar 2 bunyi letupan. Begitu kuat.. fikirku, itu merupakan letupan tong gas. Aku teringat semasa Perkampungan BDC masih wujud 10 tahun lepas. Bila saja kebakaran berlaku, mesti berlakunya letupan tong gas. Maklumlah, perkampungan setinggan.

Aku, Mak dan Along sudah bangun setelah mendengar letupan2 tersebut. Kami meninjau melihat ke jalan besar luar dari jambatan. Kelihatan beberapa suluhan lampu seperti dalam keadaan mengejar. 10 minit kemudian, terdengar lagu satu letupan yang kali ini lebih kuat kedengaran. Kedengaran, jiran-jiran sekampung bising mungkin bimbang dengan keadaan itu.



Kata jiran kami, Pakcik Salim - Ini mungkin letupan bom ikan yang datang dari arah laut. Pakcik Salim merupakan askara wartaniah. Aku yakin seluruh kampung berhampiran laut pasti mendengar letupan-letupan tersebut. Beberapa minit kemudian, terdengar lagi orang sedang menjerit dan berlarian. Haihh...

Kalau kamu nak tahu, di kampung aku ini terdapat sekeluarga yang dikatakan membawa ketidakstabilan keselamatan dalam kampung ini.. Hehehhe.. ayat....mereka digelarkan 7 Serupa oleh orang kampung. Kata Along, adik beradik mereka semuanya satu patern, seiras, tu pasallah digelarkan sebagai 7 Serupa.

Mereka sekeluarga ni dikatakan sudah berpindah randah disebabkan terlalu ramai musuh. Herm...mungkin betul, mungkin tak. Tapi, adik aku cerita mereka dah berapa kali bergaduh dengan orang lain. Bukan setakat bertumbuk tau, siap pakai senjata berbahaya lagi. Haihhh...susahlah kalau macam ni kan. Aku tak suka keadaan sebegini. Kamu pernah dengar Sandakan ni bandar penjenayah ke?



Hehehe..gambar di atas ni gambar ayam Katik peliharaan Bapa. Tapi saiz Katik ni tidaklah kecil sangat pun. Jinak sangat-sangat dan mudah didekati. Hahahaha... betullah, tak semua haiwan peliharaan tu mesra dengan manusia tau. Tapi si Katik ni langsung tak takut dengan manusia..

Sunday, November 9, 2008

Bakso Sandakan.

Plan aku sebenarnya mahu melihat kejohanan Rugbi peringkat antarabangsa (Borneo), manalah tahu boleh mencuci-cuci mata yang kecil ini. Heheheh.. Tapi, Along malaslah pula. Aku pula, pun dah jadi malaslah. Occay, aku masih menyesuaikan diri dengan keadaan panas mendadak ni. Plus, kampung aku kan tepi laut. Jadi?

Aku temankan Along pergi ke tukang kasut, katanya mahu membaiki kasut bolanya. Ahad (hari ini) ada kejohanan persahabatan di Kem PGA, Batu 10, Sandakan. Sambil-sambil mencuci mata, kitorang meronda-ronda ke kedai CD. Huhuhu...Along siap membeli 2 keping CD karaoke. Ntah, apa jin dah sampuk dengan dia. Minggu depan mungkin dia akan menyertai ujibakat One in A Million la pulok. Haih! Adik aku boleh nyanyi tau, tapi masih perlu banyak melihat Akademi Fantasia la... Hahahahah... Jangan pertikai kebolehan orang lain tau. Bercakap pasal Karaoke ni...aku ada entry mahu dikongsikan. Tunggu.

KATONG? Katong sudah tidak wujud di Sandakan ni. Mahupun di Malaysia. Hehehe... Seingat aku, sesiapa yang lahir sekitar 80-an, pasti akan mengingati Katong. Maksud aku penduduk daerah Sandakanlah, ataupun mereka tinggal berdekatan dengan kawasan utama di Sandakan ini. Katong merupakan tempat gerai-gerai menjual minuman dan makanan, dan juga merupakan jeti kecil bagi penduduk Sandakan yang mahu ke seberang atau ke pulau-pulau berdekatan, seperti Pulau Tanjung Aru, Pulau Berhala, Pulau Bai dan et cetra.

Kalau sezaman dengan aku, tempat ni dulu merupakan tempat persinggahan budak-budak sekolah yang baru pulang dari sekolah, mahu ke perpustakaan bandar, mahu ke kawasan Karamunting ke.. long story short, kira macam tempat transit-lah. Sebenarnya tempat ini juga merupakan Pusat Perhentian Bas Labuk utama. Aku yakin, ramai yang merindui KATONG, di sini ada jus air jagung David yang sedap...kan Facet? Katong-Katong-Katong!

Kau just imagine, sambil kau mengurat awek-awek berdada belum sempurna (maklumlah baru 3 tahun akil baligh) hahahaha...di-support lagi dengan geng-geng budak sekolah kau ( BUkan Geng Bas Sekolah hah), sambil-sambil menghirup jus jagung hasil air tangan David yang dikatakan gay itu (ada orang marah ni..ahaha), sambil-sambil menikmati bayu laut beserta asap bas-bas pengangkutan Labuk...heheheheh....

Ni pula, pemandangan berhadapan dengan Genting Mas Mall tu. Genting Mas Mall tu kiranya macam Mall la (eh, mmg Mall la), banyak barang-barang murah dijual di situ. Termasuklah kasut-kasut yang cantik buatan China occay! Memang cantik dan murah! Barang-barang keperluan dapur pun murah di sini.



Sebelum balik rumah, aku dan Along sempat singgah makan ke warung Bakso yang terletak di hujung Bangunan Milimewa. Herm.. Bakso yang kau nampak di atas, tidak se-istimewa macam zaman aku sekolah dulu. Harga semangkuk RM1.50 (daging) dan Rm1.00 (ikan). Rasa bakso ni bolehlah tahan, tetapi aku tidak boleh menerima revolusi sebegini. Tiada hirisan daging itik, daging ayam, kekacang goreng, tiada bawang goreng. Oh! Memang tidak lengkap, dan ya... aku sedih. ahahhahaha...Biarpun rasa memang sedap, tapi perfomance failed. Aku taulah ekonomi sudah tidak menyokong, tapi agak-agaklah kan. Hehehhehe...

Entry pasal KARAOKE menyusul...