Friday, November 21, 2008

Askar Soljar?

Minggu lepas, Along pergi menghadiri ujian temuduga pengambilan tentera darat Malaysia di Dewan Masyarakat Sandakan. Hari itu merupakan giliran daerah Sandakan untuk seisi pengambilan tersebut. Perkara ni aku dah tahu sejak seminggu sebelum itu dan tidak lupa memberitahu Along. Maklumlah, dia pun sedang mencari peluang pekerjaan, plus kebetulan dia memang pernah bercita-cita menjadi seorang anggota tentera. Haih, kalau kali ini dia berjaya menjadi seorang anggota tentera, maka sah-sah keluarga aku memang keluarga satria. Hehehhe….kau tengok di bawah:

Bapa – bekas anggota polis dan sudah pencen lebih kurang 10 tahun
Ipar nombor 1 – Anggota polis
Kakak nombor 2 dan suami – kedua-duanya anggota tentera
Abang kepada Along – polis




Tak, aku bukan berbangga. Mungkin sudah takdir kan. Aku pula, masih belum mendapat pekerjaan tetap. Aku cuma boleh berharap mendapat pekerjaan yang boleh berkhidmat kepada masyarakat. Aku memang galakkan Along supaya masuk dalam bidang pertahanan ini. Bila melihat kepada K2 (kakak nombor 2), bermacam-macam keistimewaan yang didapati semenjak dia masuk bidang ni. Hahahaha..ada kisah hitam sebenarnya. Bersangkut paut dengan cerita tentera ni-lah.

Mari aku cerita pasal K2. Aku dan K2 ni lebih kurang sama tinggi, cuma aku kelihatan gagah perkasa dari dia. Heheheh… K2 ni nampak kecil sikit-lah. Semasa dia berumur 20-an, dia mengambil keputusan joining ARMY ni. Nak tahu, sebenarnya K2 ni pernah ‘dibuang’ oleh bapa aku. Entah apa angin bapa aku tu. Bapa aku memang berkeras tidak mahu K2 ni masuk tentera. Maybe sebab K2 ni tak pernah berenggang dengan keluarga aku, kecuali semasa dia pergi melancong ke Korea Selatan (semasa bekerja dengan Daewoo Corporation). So, dengan kuasa tinggi orang nombor 2 dalam keluarga aku, Mak, akhirnya dia pun pergi menjalani latihan teras tentera selama hampir 8 bulan. Bapa aku memang marah gilar-lah. Tapi lastly, Bapa aku ni hati lembut punya, akhirnya dia boleh menerima kenyataan K2 dah menjadi seorang anggota tentera, tentera darat. Kini sudah berkahwin dengan seorang anggota tentera dan mempunyai sepasang anak perempuan dan lelaki. Haih.. macam zaman filem P. Ramlee kan! Ada pula nak ‘buang’ anak, oh ya, maklumlah anak dia masuk tentera kan. Perempuan pula tu!


Masa makan tengahari , Along pun bercerita-lah perihal pagi tu. Dia kata, seisi pertama dia dah lepas, ini termasuklah ujian kecerdasan dan bertulis. Hanya lebih kurang 50 calon yang datang menghadiri temuduga tersebut, dan hanya 17 orang terpilih untuk ke peringkat seterusnya. Terdapat 3 orang perempuan, dan hanya seorang terpilih.

Dari malam sebelum, aku sempat meng-hanjing-hanjing Along pasal benda ni.
Kalau pegawai tu tanya, kenapa kau nak masuk jadi tentera, kau tunjuk gambar ni…..


Ini menunjukkan kau sudah komited dan sudah menyimpan cita-cita menjadi seorang anggota tentera ni sejak berumur lebih kurang 3 tahun. Siap dengan topi combat occay!
Ada satu perkara yang buat aku nak tersembur nasi yang aku makan, maklumlah tengah makan kan.

Kamu ada parut tak?
Ada tuan. Ni – sambil tunjuk jari tengah yang pernah luka kesan terhiris oleh pisau.
Ada parut di dalam?
Ada tuan.
Kat mana?
Parut bersunat tuan!
Haih! Itu memanglah!

Hahahahaha.. kata Along, pegawai yang menemuduga pasal parut tu hanya menahan ketawa dalam seriusnya. Boleh pulak dia buat lawak dengan pegawai tentera tu. Macam tu-lah cerita utamanya. Sekarang ni, dia akan tunggu surat seisi kedua dari pihak tentera. Lepas ni, dia akan ke Kota Kinabalu untuk menghadiri saringan kedua seisi pengambilan ni. Doa-doalah dia boleh dapat jadi tentera occay! Bangga tu, satria negara.

4 comments:

Anonymous said...

hensem pulak salung. katakan ku rindu padanya...hukhukhuk

Anonymous said...

Ui na memang betul tu miko. Salung nampak hensem sket skrg mungkin sbb suda makin tua. Hahaha. Tapi yang power tu gambar ketiga. Kalaulah aku si kangkalong, kompom aku saman tuan punya blog in. Huarg huargh!!!

Anonymous said...

la cite drama swasta 'buang anak' dihebahkan...malu-malu-malu suma orang kenal aku....aku tapuk muka dalam bahai ni...well apapun aku bangga jadi seorang TENTERA WANITA soljar weiii..

13may said...

hehhe...

good luck buat along :)