Thursday, May 29, 2008

MODE : Bulan 5 di Kuala Lumpur.








@senamSyukur pada Tuhan yang mencipta sekalian makhluk alam. @senyum

Wednesday, May 28, 2008

MODE : Diri sendiri.




@nangisaku tau, mungkin aku tidak secomel Dian Sastrowardoyo (jauh sekali perbezaannya) ... tidak sepetah Cheryl Samad bila bercakap, tidak sekaya Madonna, tidak kreatif seperti Sue Ann Joe, tiada suara menawan seperti Stacy-pemenang-af-6 .... wah... apakah aku ini sebenarnya?

Tiba-tiba otak aku dilanda kebekuan idea untuk membuat entry. Sudah banyak gambar diambil dan diedit, tinggal lagi aku mengayam huruf di sini. Akhirnya, gambar ini menjadi subjek entry aku kali ini. Oh! Apakah hidup ini bila tiba-tiba aku membuat perbandingan dengan selebriti yang aku sebut di atas sebentar tadi?

Otak beku. 3 hari bercuti sebelum ini belum mampu buat aku dapat berfikir secara normal. Mana tidaknya, hari Sabtu yang lepas aku minum segelas panjang kopi- o kaw-kaw baik punya. Bila aku tak dapat tidur, aku makan ubat selesema pula dengan harapan aku dapat tidur dengan nyenyak. oh! Tidak terjadi rupanya ketiduran itu. Malahan, tiba-tiba aku terasa di awang-awangan. Tambahan pula, stress di tempat kerja dan sedikit masalah diri membuat aku begitu 'sakit'. Mungkin itulah rasanya bila orang kata, mengambil dadah dapat mengurangkan sedikit pemikiran yang kusut.

Isk! Bukan aku ambil dadah pun. Gila apa! Aku cuma overdose kopi-o-kaw-kaw berlawanan dengan ubat tidur @ ubat selesema. Lupa sedikit masalah-masalah yang menimpa, tapi bila aku bangkit semula, aku akan memikirkan perkara-perkara itu semula.

Kesan dari perbuatan tidak sengajaku itu masih berlarutan sehingga ke saat ini. Ditambah lagi dengan sarat migrain yang tiba-tiba menyerang. Ingin aku pergi berenang ke mana-mana kolam renang.. apakan daya aku tak boleh berenang kerana tidak tahu berenang. Seakan lawak apabila aku disuruh pergi JOGGING oleh seseorang bila aku mengatakan aku sedang bosan. Aduh! Seumur hidup aku, rasanya pergi BERJOGGING tu boleh dikira, dan takan lebih dari 10 jari jemari tangan aku ni.

Aku tau aku GEMUK, tapi setiap hati aku akan meluangkan masa 30 minit - 15 Minit siang = 15 Minit Malam, untuk berjalan kaki. Maklumla, pergi dan balik dari kerja, aku akan berjalan kaki dari simpang luar jalan utama ke Kuala Lumpur, ke kawasan perumahan aku. Herm... tak salah dia membuat cadangan menyuruh aku berjongging, tapi sebenarnya aku dah tak pernah berjogging dalam beberapa belas tahun ini. Hahahahha....

oklah, aku mahu tidur semula. Aku ada 2 jam lagi untuk melelapkan mata, biarpun fikiran ku sedang kusut. mahu - bermimpi - seperti - sang - puteri -yang - hodoh - berjumpa - dengan - kamera - idamannya. Tut...

Wednesday, May 21, 2008

Tuesday, May 20, 2008

Sunyi

@ayukBosan! apa nak jadi pun aku tak taula. Tapi boleh pula aku buat 3 entries hari ni. he.he.he. Tiba-tiba terpikir nak snap gambar ruang tamu aku. Ruang tamu rumah sewa aku ni besar tapi tak ada furniture, yang ada hanyalah karpet zaman belajar aku dulu, dan sebuah meja tak jadi. hahahahaha.... Kesian rumah aku ni.. adat menyewa dengan orang lain. Kang esok aku beli furniture, orang len buat cam harta sendiri. Tak apa.. mahu ke IKEA agak2nya ni? Esok dah kerja, dah pukul 2.10 pagi. Aku tak tidur lagi, menyesal aku minum kopi. Dah ting-tong dah aku ni. Tadi terasa gegaran di kawasan rumah aku ni. Adik aku kat UPM pun sama. Em, apakah hukum Tuhan akan menjelma lagi? Aduh. Tidur.






* I don't want to know.

Monday, May 19, 2008

Adui

@sinchanoo maigad... rasanya aku dah lama buat hobi-hobi aku sebelum ni. Semenjak kerja kat KL, semuanya jadi terbatas dari segi masa. just imagine, pagi gelap lagi aku dah kluar rumah, kemudian pukul 8 malam baru sampai ke rumah. hermm... kesian aku. Dulu, ada jugalah masa nak buat hobi aku macam baca novel ke, tgk movie ke, baca majalah... sekarang ni, hidup aku limited sunggoh.

Majalah yang aku paling suka baca dan sentiasa beli setiap bulan adalah majalah CLEO dan Majalah Eh!. Sekarang ni pula, majalah CLEO 2 keluaran lepas pun aku tak baca habis lagi... kesian kan.. korang pula, apa plak hobi korang? aku dah lama tak g tengok wayang... oh ! apakah hidupku ini?

* Barangan Olay itu aku dapat free dari Majalah CLEO.

Bubur Ikan Yu


Ehehhe… sempena public holiday ni, tiba-tiba aku nak makan bubur nasi pula as breakfast aku tadi. Sebenarnya, sepanjang aku hidup ni, aku tak penah masak bubur pun. Serius! Oleh yang demikian, aku men-google untuk mempelajari cara memasak bubur. Senang saja rupanya….

Bahan-bahannya:

1 gelas beras

Halia yang dicincang nipis

Bawang merah
Bawah putih
Ikan kering Yu
Udang kering

1) Beras dimasak bukan seperti biasa, hahahaha… lebihkan air dan perlahankan api. Masukkan hirisan halia. Halia bertujuan untuk me-nyedapkan rasa bubur nasi.

2) Bawang merah dan putih- dihiris-hiris kemudian digoreng

3) Ikan kering yu- digoreng sehingga diyakini masak.. hehehe

4) Udang kering tu pun sama.

Pastikan api untuk memasak bubur sentiasa perlahan, apabila sudah diyakini masak dan kelihatan menggiurkan, boleh la dihidangkan.

Bahan-bahan yang telah digorengkan tadi kemudian ditaburkan di atas bubur nasi anda. Kemudian taburkan sedikit belacan dan sedikit kicap di atasnya.

Nikmati dengan penuh keriangan ok! @bunga@raya





Blog akan diupdate dalam masa sejam lagi.@nggaya

Sunday, May 18, 2008

MODE : Hanya sekejap saja.



Pinjam sekejap gambar ini
Hanya sekadar syarat hidup
Gembirakah aku?





*12 hari lagi.

Thursday, May 15, 2008

MODE: Bosan.


Wow! Gambar syiok sendiri… hah! Aku pasti di luar sana, atau kamu-kamu-kamu…pun pernah ambil gambar macam ni kan. Em, macam2 aksi tiru meniru dari pelbagai angle la kononnya. Apa pun, aku tak kutuk korang-korang-korang. Aku sayang korang suma, aku paham. Apa pun angle yang korang-korang-korang gunakan, katakan saja ITU ADALAH SENI… Ahahhahaha…

Anda rasa diri anda menarik? Mengapa tidak? Jangan dinantikan pujian dari si dia yang tidak pernah mengakui betapa menariknya diri anda. Tapi jangan pula timbul rasa riak ok, nanti cermin tu pun boleh pecah disebabkan AURA perasaan anda yang perasan itu.

Apa aku nak entry sebenarnya ni? Aku ada banyak idea, tp bila idea tak dapat diluahkan melalui penulisan, maka inilah jadinya. Entry merapu meraban merepek berkuak lentang …. Korang ada idea ke? Meh sini, bagi kat aku. Biar aku jadikan satu entry dalam blog aku ni, jangan risau. Kalau korang taknak aku publish-kan nama korang, aku takkan buat. Kalau nak publish, aku lagi sukak.

Aku bosan ni. Tolonglah aku.

Tuesday, May 13, 2008

MODE: Naive Exhibition at CM

‘entah apa akan jadi di masa akan datang, jodoh ketentuan kita tak tahu..”.

Masih terngiang-ngiang di pala otak aku kata-kata pakcik gad bangunan Yayasan Selangor tu. Sementara menunggu kedatangan Ed, aku berbual-bual dengan pak gak tu. Sempat juga aku tengok gambar lama (semasa zaman pria-nya), hensem juga pak gad tu. Nanti ada kesempatan, aku akan snap gambar pakcik tu. Sedih plak aku dengar kisah pakcik yang putus tunang itu.

Tak sangka pula, Ed berminat nak pergi exhibition art tu. Aku memang dah janji (dengan diri aku sendiri) nak pergi exhi tu. Ingat kan nak pergi masa launching 8hb May tu, tapi aku sendiri outstation ke PD. Hermm.. nak pergi hari Sabtu, aku rasa penat sangat. So, Isnin lepas aku pegi la.. seronok gilaks.. ini kali pertama aku tgk exhi art.


Posing Donald 'Dog"


Malaysian Naïve Art Showcase 2008 – pameran seni cata naïve yang dipersepsikan sebagai gaya seni catan yang kebudak-budakan dengan penampilan citra yang tidak terlalu serius dan ‘mudah’ sifatnya. Exhi ni merupakan hasil karya kerja-kerja seni catan seramai 38 orang pelukis gaya naïve. 3 daripadanya adalah orang Sabah, dan 1 daripada bertiga itu adalah kawan aku.


Aku tak sangka, dia akan posing macam ni pula..hahaha


Donald ‘Dog’ Gadius Painus Munsih, asal Luyang, Sabah. Aku pun baru kenal dia, sejak aku jadi pengunjung CM yang baru aktif beberapa bulan lepas. Untuk pengetahuan korang, si Donald ni, main object dia dalam melukis adalah ANJING.. hahaha… kalau tak percaya pergila lawat Yusuf Gajah Gallery kat CM. Aku sempat juga ambil gambar ng Yusof Gajah, aku rasa aku lagi sesuai pakai nick Gajah tu kot… hahahaha. .. jisim aku menceritakan segalanya. Hahahha..

So, korang tengokla, gambar-gambar kat sini ni… kalau ada masa, datangla ke event ni.. event ni sehingga 25 May saja. Best, wa cakap lu….




Karya Jainal Amambing (kalau tak silapla) Sabahan ok




Sofa ini juga satu seni





Anjing - oleh Donald 'Dog"



Sama tak? Lukisan ni berharga RM 8000 (sama ng nilai hantaran aku) hahha




Tajuk karya : Orang Utan




Dia dah sombong sekarang ni ....





Mungkin sendirian itu indah.@gatau

Sunday, May 11, 2008

MODE : Port Dickson Part 2

Mengenangkan banyak kerja belum siap, aku terpaksa tinggal kat sini lagi untuk satu malam. Kena stay sbb Jabatan Kesihatan Negeri Melaka tu minta souvenior yang mereka beli dari pihak hotel aku. So, kenala threat mereka bagus2 kan. Yang aku bengang semacam mak gorilla bila Ms Panic (aku dah lupa gelaran yang aku berikan pada budak ni), bole pula dia kuar ng staff hotel lain. Team work hancur ke mana, terpaksa la aku balut sendiri souvenior tu.. lepas tu, pagi-pagi tu pula, dia claim pada org lain dia lambat bangun sbb buat keja balut benda tu. Babih sunggoh!

Sunset, dan aku sangat sukakannya. @cinta


Heran sunggoh aku, manusia macam ni. Alih-alih dia ni pula, dari kaum TUUU … bukan aku nak racist, selama ni aku pikirkan semua orang dari TUUU tu pandai belaka dalam soal bisnis. Tapi sebenarnya tak la pandai sangat. Em.. don’t gimme a bullshitla dowhh… for sooner, aku dah malas nak kerjasama dengan orang macam ni. Teruskan hidup, dapatkan result.. dan buat hidup lebih bermakna.


ada yang jeles tak? hehehe

Act smart, hope I cud be like dis. Keja aku skrg ni macam main games pula. Er.. bukanke hidup ni macam satu permainan, kena bijak lalui semua benda2 alah yang menyesakkan pala otak nak pikir. Pasal si Ms Panic tu aku tak pikir sangat, aku tau apa yang aku buat. Yang penting client aku puas hati dengan dealing aku. Dari segi harga, performance dan material yang aku bagi. Seronok bila orang lain ucapkan terima kasih kepada kita, biarpun aku tak tak tau dia ikhlas ke tidak. Terima dengan positif ok.




Cammy aku tak cukup besar untuk tangkap gambar yg best ..hahaha


Semalam petang, client aku CIMB Danau Kota, Setapak, Kuala Lumpur, call aku.


Akak dah sampai dah ni Mas..
Oh Puan Akmar, saya dah balik KL ni. Ada hal kena rush ( aku tipu )
Ala Mas, kalau dah setel, return balik g PD. Akak ada bawa cenderamata untuk Mas ni hah.
(teruja) Erk. Ye ke Puan Akmar. Saya ada hal keluarga la Puan. Tak boleh nak janji la Puan, kalau berkesempatan saya running balik ke PD. ( mulut manis )
Abis cenderamata untuk Mas ni, akak simpan kat mana?
Er.. kat receptionist pun boleh la Puan. (segan lak aku rasa)




Dia tau aku snapping gambar dia.. hekkk

Dia bahasakan diri dia akak. Aku je segan nak panggil dia akak. Aku panggil je Puan. Ikhlas aku memanggil dia begitu atas soal kerja. Rasa terharu pun ada, kalau mengikut prinsip diri aku.. aku akan stay kat situ untuk jumpa organizer tu. Almaklumla, aku dah ada dealing ng dia. Tapi, aku tak ada kenderaan, hanya berharap pada si Ms Panic untuk drive ke PD. Em.. sesalan..


Sunset again!

Bukan aku nak pandang pada cenderamata si Puan Akmar, tp kerja aku berbaloi bila orang berterima kasih kepada kita. Aku tau, kerja aku tak sesempurna mana, tatkala aku sendiri baru 4 bulan dalam bidang ni… masih mentah, pucuk dan sebagainya.




souvenior yg aku buat sendiri. hampeh

Bulan June ni pula, ada 2 group church seminar under control aku. Dealing dengan church organization mmg hampeh. Tapi dunia ini adil, bertindakla mengikut waras dan bukannya nafsu. Aku tak kisah la sapa pun client aku, as long aku dapat belajar jadi dealer function yang baik dan berkualiti. Entahla, aku memerlukan kekuatan sekarang ni.



Deluxe Twin dan hadap laut ok!



Pagi yang indah.




Replika hotel aku.



Allah, tenangkan jiwaku.

Saturday, May 10, 2008

MODE: Port Dickson Part 1.

Hari ahad. Mari berblogging. Sbelum ni… 3 hari 2 malam aku terpaksa ‘berkampung’ kat hotel aku. Emmm.. ada 3 function yang kena aku handle kan. Hari pertama setiap function tu aku kena hadiri. Maklumla, org dah bagi aku function, kenala aku tunjuk muka hari pertama kan. Tp ikhlas gitu. Banyak gambar aku dah ambil, tp tak berkesempatan nak ejas-ejas angle tah apa tuh.


tepi hotel aku...


Ingatkan, aku akan stay kat sana selama 2 hari semalam je. Tak sangka pula, terpaksa pospon untuk balik ke KL. Lagipun, mmg banyak keja nak setelkan. Nak harapkan orang hotel sendiri, hermm.. susah nak ckp. Hotel aku ni biasa-biasa ja, tp pendapat aku banyak yg perlu ditambahbaikkan. Dari segi service, makanan, bilik, pemandangan dan macam-macam lagi.




menu dinner untuk hari Khamis


Sekarang ni, aku sedang giat nak siapkan report observation aku. Dulu, aku tak pasti hotel ni boleh maju sebab memandang keadaan yang sedia ada, macam …hahahah…mengutuk tempat aku cari makan pula. Sekarang ni, bila aku tgk sendiri keadaan, handle sendiri function.. aku yakin, hotel ni boleh capai target yang mereka nak tu. Betul kan, kita perlu mengukur baju di badan sendiri.


Sunset ok!


Jabatan Kesihatan Negeri Melaka – induksi selama 14 hari 13 malam, bermula dari 8 hingga 18 Mei 2008. Aku terpaksa beri penumpuan khas dengan grup ni, sebab grup ni mengambil masa yang agak lama. Kena mengambil berat keadaan semasa kan. Biarpun kertas kerja dah keluar, macam-macam perubahan yang boleh berlaku. Masa tu la pening pala nak ejas budget.. hehehe…


Cafe hotel



Attap Poolside

Perbadanan Putrajaya – seminar untuk jawatan tertinggi selama 3 hari 2 malam. Alalalala… organizer yg aku kata hensem tu mmg best, isteri dia pun bagus sgt. Agaknya mereka berdua ni baru kawin… heheh… sempat la juga aku tengok dorg ni jalan2 kat pantai sambil snap gambar pakai penembak Nikon..hahahah… aku tengok peserta-peserta dari Perbadanan Putrajaya ni agak berumur belaka.. hehehhe… kata organizer, pegawai-pegawai tertinggi kerajaan. Emm.. entahla, yang penting function yang aku handle tu tak ada banyak masalah.


Dahi aku, Sunset dan Selat Melaka



Dinner meal aku..




Maghrib..




To be continued ....


Thursday, May 8, 2008

MODE: Putrajaya

Teruja! Itulah yang dapat aku luahkan.

Cheritanya macam ini. Tapi sebelum ini, lantak apa korang nak katakan, nak kata aku jakun sangat, katalah. Tapi aku cukup teruja dengan pemandangan Putrajaya. Kata orang ni, dia lagi suka pemandangan pada waktu malam. O ya! Kerlipan neon, buat pemandangan anda sungguh chantek. Apatah lagi ketika bersama seseorang :P.

Precint 3, Putrajaya.


em.. aku juga akan jadi macam tu, tapi aku tak mau cakap pasal waktu malam. Pemandangan waktu siang memang susah nak luahkan….. dimulakan dengan Bismillah.



Pintu Gerbang bangunan Perbadanan Putrajaya.

Pagi semalam, aku lewat 3 minit masuk ke opis. Ya! Memang salahku sendiri, kerana LIDUT. Ari ni pula, ada meeting besar-besaran (kat bilik meeting yang kechil) kat opis aku. Aku tak dapat attend sebab aku kena bergegas ke Putrajaya nak jumpa client aku. Ini pun sebab aku tak dapat lagi details pasal function seminar Perbadanan Putrajaya ni. Hermm… aku dah minta dulu, tapi organizer dia ni kureng..hahaha.. lalu, aku pun ke Putrajaya .. dulu, kali pertama datang ke Putrajaya, tak la segah macam sekarang ni. Tiba-tiba perasaan teruja aku kembali sepertimana keinginan aku dulu hendak masuk belajar ke UiTM (sedikit masa lalu). Apa yang buat aku teruja, bila melihat struktur bangunannya yang sangat mengkagumkan. Setiap kementeriannya mempunyai rekaan bangunan yang tersendiri. Hui, aku suka. Aku suka tempat ni.


Angle hampeh

Pusat pemerintahan kerajaan Malaysia yang bagi aku sangat meruja-kan. Seolah-olah aku sedang berada dalam set khas cerita sains fiksyen masa zaman kanak-kanak aku dulu. Entah berapa ribu rakyat Malaysia yang bekerja di sini ni. Tapi aku tak sempat nak ambil gambar bebanyak, gambar yang aku ambil pun, angle kepala hotak aku je. Hahahaha… tak sukaaaa sudeyyy…. insyaAllah, aku pasti kembali ke tempat ni untuk mengambil gambar.


Function deal ni mengambil masa sejam. Penat bagai aku nak mencari tempat ala-ala Star Trek ni. Masa aku deal dengan organizer ni, aku pikir dia ni sememeh jer (kedengaran..) alahai… comelnya.. dan proper dressing. Dan.. ehem… hensem kot. Hahaha.. memang seronok deal dengan organizer tu sebab orangnya funny dan gilak-gilak.. orang Kelantan yang aku agak-agak high educated juga. Almaklumlah, job position pun assistant Director. Tiba-tiba aku ternampak info kat dinding dia tu pasal DSLR. Apa lagi, kenala gunakan kesempatan yang ada untuk bertanyakan perihal foto-foto ni. But, he is so humble… dia kata dia wedding photographer. Bila aku minta url add nya… ahhaha.. dia kata malu nak kasi.. hehehe… tak apa la.. aku pun balik ke Bukit Bintang semula..


House of Justice

Pada 8 dan 9 May, aku akan ‘berkampung’ kat Port Dickson. Keja belambak, terpaksala aku bawa laptop aku buat kerja kat sana. Herm…. Aku dan Cik Kutif (budak eksekutif yang pernah aku kutuk) akan attend function. Herm.. function under aku punya organize la.. ada 3 group akan masuk. Penatnya…. Entah boleh ke tidak, nak siapkan kerja-kerja aku. Oklah.. nak tidur sekejap, pastu bangun balik, nak packing barang.

Inilah seronok kalau ada laptop. Boleh online dari ceruk mana pun. Tambah-tambah lagi ada maxis broadband. Nak harap wireless free, dulu-dulu bolehla.. skrg ni, rasa macam best sebab benda ni dah jadi keperluan bekerja aku. Herm.. anda bagaimana? Tapi aku masih mempertimbangkan computer iMAC atau laptop iMAC dimasukkan dalam senarai wishlisted aku. Huhuuhh… nak iMac!!!!

Monday, May 5, 2008

MODE: hari Isnin aku.

Badan rasa penat, tapi aku dah tapau tidur masa dalam bas petang tadi. Hehehe… ari ni, aku duduk opis untuk 2 jam saja. Em, tiba2 saja guest aku dari Jabatan Kesihatan Negeri Melaka nak meeting aku kat PD. Bosan ok! Bosan bila nak g PD, rambut aku jadi keras sebab terkena wap air laut. Tapi aku suka berjemur bila datang kat sana, kulit yang dah sedia tanned akan terasa segar bila disapa wap air laut. Sebenarnya aku tak suka naik transport lama2 ke area PD. Aku call Bos aku nak minta kebenaran suruh Abang Dan hantar aku ke PD, nak harap aku drive memang la tak boleh.



rehat2 kat Lobby Hotel aku


Masa sampai kat PD, tiba2 Bos Besar call Abang Dan, suruh balik KL semula. Tak menyempat orang tua tu nak g minum2 ke dulu. tah kompius aku, Bos Besar suruh aku belajar jadi totally sales person, tapi dia tak nak kasi driver. Hermm.. nak suruh aku drive ke, kena la ambil lesen dulu. Em.. dah malas la pula keja kalau cam ni.. hahahaha.. tapi taka pa, even aku keja sales coordinator, aku dah bagi 107k untuk dia bulan ni ok.. syukur..


aku tak sempat breakfast pagi tadi..

Malas nak cerita pasal guest aku, masa aku tengah tunggu driver Mr Rama datang, aku terpandang brochure kat registration counter. Aku kidnap Taman Negara, Tioman dan Terengganu. Hermm.. agak2 antara ketiga2 ni, mana satu yang paling best yer? Teringin nak pergi bercuti pulaks.. asik duduk kat KL, bosan ok!


antara 3 ni ?


Tapi aku mmg dah lama nak pergi Terengganu. Tak pasti kenapa… dan semestinya aku nak pergi ke tempat ada pantai la kan. Nak g Tioman ke? Herm.. nak juga, tapi kawan aku si Ejan, dia tak nak bawa aku lagi.. dia kata dia kena hadiri kesemua majlis perkahwinan kawan2 dia sepanjang tahun ni..hahahaha..gurau je ok! Tak kisahla, atau, aku just travel sendiri ke Terengganu kan?



tiba2 aku terasa nak menonton teater Beauty and the Beast ni..


em...


Okla, nak tidur. Dah pukul doblas. Esok pagi ingat nak masak nasi goreng. Nak bawa breakfast g opis ok! Anda bagaimana? Apa plan breakfast pagi nanti?