Monday, May 19, 2008

Bubur Ikan Yu


Ehehhe… sempena public holiday ni, tiba-tiba aku nak makan bubur nasi pula as breakfast aku tadi. Sebenarnya, sepanjang aku hidup ni, aku tak penah masak bubur pun. Serius! Oleh yang demikian, aku men-google untuk mempelajari cara memasak bubur. Senang saja rupanya….

Bahan-bahannya:

1 gelas beras

Halia yang dicincang nipis

Bawang merah
Bawah putih
Ikan kering Yu
Udang kering

1) Beras dimasak bukan seperti biasa, hahahaha… lebihkan air dan perlahankan api. Masukkan hirisan halia. Halia bertujuan untuk me-nyedapkan rasa bubur nasi.

2) Bawang merah dan putih- dihiris-hiris kemudian digoreng

3) Ikan kering yu- digoreng sehingga diyakini masak.. hehehe

4) Udang kering tu pun sama.

Pastikan api untuk memasak bubur sentiasa perlahan, apabila sudah diyakini masak dan kelihatan menggiurkan, boleh la dihidangkan.

Bahan-bahan yang telah digorengkan tadi kemudian ditaburkan di atas bubur nasi anda. Kemudian taburkan sedikit belacan dan sedikit kicap di atasnya.

Nikmati dengan penuh keriangan ok! @bunga@raya





Blog akan diupdate dalam masa sejam lagi.@nggaya

1 comment:

KeMatZ said...

nampak macam sedap... tapi tak rasa lagi... hehehehehhe