Monday, May 5, 2008

MODE: hari Isnin aku.

Badan rasa penat, tapi aku dah tapau tidur masa dalam bas petang tadi. Hehehe… ari ni, aku duduk opis untuk 2 jam saja. Em, tiba2 saja guest aku dari Jabatan Kesihatan Negeri Melaka nak meeting aku kat PD. Bosan ok! Bosan bila nak g PD, rambut aku jadi keras sebab terkena wap air laut. Tapi aku suka berjemur bila datang kat sana, kulit yang dah sedia tanned akan terasa segar bila disapa wap air laut. Sebenarnya aku tak suka naik transport lama2 ke area PD. Aku call Bos aku nak minta kebenaran suruh Abang Dan hantar aku ke PD, nak harap aku drive memang la tak boleh.



rehat2 kat Lobby Hotel aku


Masa sampai kat PD, tiba2 Bos Besar call Abang Dan, suruh balik KL semula. Tak menyempat orang tua tu nak g minum2 ke dulu. tah kompius aku, Bos Besar suruh aku belajar jadi totally sales person, tapi dia tak nak kasi driver. Hermm.. nak suruh aku drive ke, kena la ambil lesen dulu. Em.. dah malas la pula keja kalau cam ni.. hahahaha.. tapi taka pa, even aku keja sales coordinator, aku dah bagi 107k untuk dia bulan ni ok.. syukur..


aku tak sempat breakfast pagi tadi..

Malas nak cerita pasal guest aku, masa aku tengah tunggu driver Mr Rama datang, aku terpandang brochure kat registration counter. Aku kidnap Taman Negara, Tioman dan Terengganu. Hermm.. agak2 antara ketiga2 ni, mana satu yang paling best yer? Teringin nak pergi bercuti pulaks.. asik duduk kat KL, bosan ok!


antara 3 ni ?


Tapi aku mmg dah lama nak pergi Terengganu. Tak pasti kenapa… dan semestinya aku nak pergi ke tempat ada pantai la kan. Nak g Tioman ke? Herm.. nak juga, tapi kawan aku si Ejan, dia tak nak bawa aku lagi.. dia kata dia kena hadiri kesemua majlis perkahwinan kawan2 dia sepanjang tahun ni..hahahaha..gurau je ok! Tak kisahla, atau, aku just travel sendiri ke Terengganu kan?



tiba2 aku terasa nak menonton teater Beauty and the Beast ni..


em...


Okla, nak tidur. Dah pukul doblas. Esok pagi ingat nak masak nasi goreng. Nak bawa breakfast g opis ok! Anda bagaimana? Apa plan breakfast pagi nanti?



5 comments:

Anonymous said...

ekekek sian ko xbekfes kn.. hehehe.. adeh rindu pla zaman2 kegemilangan nmpak tu hp 3310.. sungguh classic. hehe. nnt masak nasik goreng bnyk2 ahh.. buatkn bekfes untk aku skali.. yeahahaha.. btw nice blog. peace:D

Anonymous said...

Hi...masih inget kami mbul?
kok gak ada kabar nya sih? no matter what happened we're still your friends! we'll always be...
kalo ada waktu call ya. kita hang out lagi kayak dulu..
miss ya! from hikaru & momot..

KeMatZ said...

yo... pada aku TIOMAN best.... memang kalau ko minat snorkeling memang best... hehehe layan

Anonymous said...

inila yg di katakan hubby akak.... tempat tu,sempat akak kena ejek "u tu org malaysia sini awak tak penah lagi pegi"....diam jer aku merajuk,tapi dgn ada pic2 adik leh juga jelajah mata ,tupun dah cukup..maksih adik put3 truskan akak sentiasa menjadi peminat setia blog adik.

gopenghagen said...

ko balik sandakan jak la non..dah ada hotel baru sebelah stsyn bas leila tu..huhuh