‘entah apa akan jadi di masa akan datang, jodoh ketentuan kita tak tahu..”.
Masih terngiang-ngiang di pala otak aku kata-kata pakcik gad bangunan Yayasan Selangor tu. Sementara menunggu kedatangan Ed, aku berbual-bual dengan pak gak tu. Sempat juga aku tengok gambar lama (semasa zaman pria-nya), hensem juga pak gad tu. Nanti ada kesempatan, aku akan snap gambar pakcik tu. Sedih plak aku dengar kisah pakcik yang putus tunang itu.
Tak sangka pula, Ed berminat nak pergi exhibition art tu. Aku memang dah janji (dengan diri aku sendiri) nak pergi exhi tu. Ingat kan nak pergi masa launching 8hb May tu, tapi aku sendiri outstation ke PD. Hermm.. nak pergi hari Sabtu, aku rasa penat sangat. So, Isnin lepas aku pegi la.. seronok gilaks.. ini kali pertama aku tgk exhi art.Posing Donald 'Dog"
Malaysian Naïve Art Showcase 2008 – pameran seni cata naïve yang dipersepsikan sebagai gaya seni catan yang kebudak-budakan dengan penampilan citra yang tidak terlalu serius dan ‘mudah’ sifatnya. Exhi ni merupakan hasil karya kerja-kerja seni catan seramai 38 orang pelukis gaya naïve. 3 daripadanya adalah orang Sabah, dan 1 daripada bertiga itu adalah kawan aku.
Aku tak sangka, dia akan posing macam ni pula..hahaha
Donald ‘Dog’ Gadius Painus Munsih, asal Luyang, Sabah. Aku pun baru kenal dia, sejak aku jadi pengunjung CM yang baru aktif beberapa bulan lepas. Untuk pengetahuan korang, si Donald ni, main object dia dalam melukis adalah ANJING.. hahaha… kalau tak percaya pergila lawat Yusuf Gajah Gallery kat CM. Aku sempat juga ambil gambar ng Yusof Gajah, aku rasa aku lagi sesuai pakai nick Gajah tu kot… hahahaha. .. jisim aku menceritakan segalanya. Hahahha..
So, korang tengokla, gambar-gambar kat sini ni… kalau ada masa, datangla ke event ni.. event ni sehingga 25 May saja. Best, wa cakap lu….
Mungkin sendirian itu indah.
2 comments:
best jugak kalau layan pameran camni yea...
na jalan ndak membawa urang...
Post a Comment