Hai! Nama saya Mas. Saya baru meneguk sebotol 500ml 100 plus. Ya, saya tau, ia adalah minuman karbonat yang mempunyai kadar gula yang tinggi. Tetapi, apabila saya diserang sakit kepala atau lenguh badan, saya akan mencarinya. Kurangla sedikit rasa yang tidak selesa itu. Saya tidak mahu mengambil ubat-ubatan seperti panadol, bukan kerana saya takutkan ubat. Tidak. Dulu saya pernah membuat kajian tentang ubat-ubatan (sebenarnya kajian tentang pengurusan rekod kesihatan), saya akan mengurangkan penggunaan ubat-ubatan kimia ini. Heh….
Apa yang anda buat hari ini? 1 Mei 2008, Hari Pekerja ok! Saya bercuti santai walaupun saya geram kerana esok mesti bekerja. Heh.. semalam ke karaoke Mines dengan kawan-kawan saya. Seronok rasanya bila badan terasa penat digantikan dengan menyanyi lintang pukang. Kitorang tibai 30 buah lagu, dan serasa aku, aku sendiri menyanyi sebanyak er.. berbelas lagu juga la agaknya. Ya! Suara aku memang sedap bila menyanyi, bukan perasaan mahupun perasan. .. ops.. anggapla pengakuan tadi itu hanyalah ilusi anda semata-mata. Selepas berkaraoke, aku dan kawan-kawan kemudian lepak di kedai makan Cik Deen Tomyam sehingga pukul 2.30 pagi. Pada masa yang sama, kitorang ajak jiran @ merangkap kawan-kawan kitorang juga lepak sama. Duduk bercerita sambil ketawa menangis mendengar kawan saya Kojie melatah. O ya! Saya juga pandai melatah orangnya, selain chantek, berbudi bahasa dan bijak. Hah… <--- gelak sekali nafas je.
Pagi tadi saya bangun sekitar pukul 9.30 pagi. Kemudian membasuh pakaian yang kelihatan sudah menimbun tinggi. Sambil bersiram dan menyanyi kembali lagu-lagu yang saya dendangkan semalam. Selepas semuanya selesai termasuklah menyidai pakaian, saya bersiap untuk keluar. Mulanya bercadang hendak ke Mines, tapi tiba-tiba kaki terarah ke arah Jaya Jusco Cheras Selatan.
Ok! Makan lunch.. , untuk gaji bulan ini, saya memilih untuk makan di Secret Recipe. Bersendirian sambil membaca majalah Eh! Yang terbaru di pasaran. Saya memilih chicken grilled, kek chocolate dan coffee ice blended (ice yang tidak diblended ok!). tapi maaf, saya tidak membawa alatan perakam imej saya (camera la) kali ini. Oleh yang demikian, tiada gambar akan disertakan di sini. Meal lunch saya itu berharga RM 29.35 saja. Nasib baik sedap, kalau tak.. syukur alhamdullillah, pagi esok boleh la saya kumuhkan semasa bersiram. Heh..
REWARDS FOR MYSELF = RFM.
RFM bulan ini adalah sepasang selipar berwarna putih ok! Saya sudah minta sales girl tu kaler itam, tapi dia kata, tak ada stok. Nasib baikla, ada saiz ok! Kaki saya ni ber-saizkan saiz 9. Kesian… so, saya tidak akan melayan kedai kasut seperti Bata ok! Maksimum saiz kasut di Bata adalah saiz 8. Mungkin saya lebih terarah untuk mengunjungi kedai kasut Vincci. Ya! Di situ ada saiz sehingga saiz soploh 10. Tadi saya ke Vincci, tapi design kasut yang ditawarkan amatlah tidak sesuai. Nak cari kasut untuk office suites pun tak ada yang sesuai. Tak apa, kita tunggu di lain masa ok.
Saya mahu tidur. Anda bagaimana?
No comments:
Post a Comment