Sunday, May 31, 2009

Selepas 12 hari. Hari ini.


Tiada apa-apa sajian untuk kamu di sini. Seperti yang kamu tahu, aku suka mengambil gambar. Tetapi entry kali ini, hanyalah gambar lama yang berusia sekitar 3 bulan lepas. Kucingku, Piwi. Aku pun asyik lupa mahu publishkan gambar ini, jadi ini santapan buat kamu selepas aku sudah lama tidak mengambil gambar...hampir 2 minggu lamanya. Ya, aku baru mulai mahu sembuh dari sakit. Ada yang sudah tahu kan? Terima kasih kepada kawan-kawan yang mengambil berat semasa aku sakit hari tu. Dari panggilan telefon sehinggalah text-text sms mahupun berkirim salam, aku cukup senang dengan perhatian kamu. Dan, hari ini untuk pengetahuan kamu, aku rasa diri aku masih belum pulih sepenuhnya. Masih 'berat' keadaan ini, biarpun aku memang berat orangnya.

Doktor mengesahkan aku positif penyakit denggi berdarah.

Ini aku tahu bila aku nak discaj hari itu. Aku ditahan di wad separa kritikal Hospital Duchess of Kent, Sandakan selama 4 hari 3 malam. Ya Tuhan, macam-macam perkara yang aku alami dan memberi kesan kepada jiwa aku sehingga ke hari ini. Dan semoga dengan perubahan ini, aku masih terus menghargai apa itu kehidupan. Aku ditempatkan di dalam wad yang memerlukan perhatian khusus, cuba bayangkan hanya terdapat 9 pesakit di dalam wad itu dan hanya aku dan jiran aku yang masih waras keadaannya. Yang lain itu sedang mengalami lumpuh sepenuh badan dan di dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Kronologi peristiwa.

18 Mei - Aku sudah mula diserang demam tanpa henti. Paracetamol, Actifast mahupun ubat Cap Kaki Tiga menjadi santapan harian selama 2 hari. Tetapi demam aku masih belum berkurangan. Aku sudah berhenti makan kerana sentiasa muntah. Biarpun aku rajin minum air, tetapi aku tetap muntah.

21 Mei - Bangun bersarapan dan berbual dengan jiran sebelah di bahagian ruang dapur rumah aku. Tak sampai seminit aku duduk, aku pengsan. Memang aku dah agak aku akan pengsan sebab aku dah pernah mengalami pengsan. Akibat hentakan yang kuat menujah ke depan, bahagian bawah hidung sebelah kanan pipi aku koyak, bibir sebelah kanan pun koyak besar..dan lebam di bahagian pangkal hidung dan kening sebelah kanan muka aku. Nasib baik jiran aku ada masa tu, tapi darah mengalir dengan deras dari luka-luka. Kalau kamu ada masa tu, mesti kamu nampak wajah aku macam Mike Tyson baru lepas bertinju...memang lebam gila. Oleh kerana aku sedar diri aku ni berat, aku masih sempat berfikir-fikir tindakan seterusnya. Pagi itu aku dihantar ke hospital lama Sandakan dan ditahan di dalam wad kecemasan selama 8 jam. 2 botol air @ Sodium Chloyride telah disuntik masuk ke dalam badan dan tak lupa darah aku diambil untuk dibuat ujikaji untuk mengesan penyakit. Sebelum aku discaj, doktor bagitau aku bahwasanya aku disyaki mendapat penyakit demam denggi dan kehilangan darah putih yang sangat maksimum. Ya Tuhan, macam aku tak percaya.


Mulai dari hari tu, aku dikehendaki untuk datang ke wad kecemasan setiap hari untuk diambil darah untuk tujuan pemantauan. So, aku datang setiap hari, setiap hari kena injek untuk diambil sample darah dan setiap hari kena tambah air ke dalam badan.

24 May - Hari ini aku begitu kritikal. Sampai pada satu takat, aku macam tidak boleh mengawal diri sendiri. Demam semakin kuat dan hampir 100% tidak menjamah makanan langsung. Asal makan mesti muntah, sakit usus aku. Apatah lagi aku nak makan ubat, komfem!

Aku muntah darah masa maghrib petang itu.

Petang tu juga, aku minta bapa aku panggilkan orang pengamal Al-Quran untuk datang ke rumah, minta-minta boleh meringankan sikit sakit yang aku tanggung tu. Sebelum itu aku ada berubat cara kampung, tapi lepas saja aku minum air dari doa pengamal tu, kepala aku terasa ringan sedikit. Tapi demam makin menggila.

25 May - Aku ke hospital dengan mak aku. Masa ni memang aku rasa maksimum tahap demam aku. Aku separuh sedar masa di wad kecemasan dan muntah darah lagi. Doktor perempuan di situ macam memperlekehkan keadaan aku, ingat aku main2 ke sakit. Aku minta untuk baring sementara menunggu blood test tu, dia lengah2kan lagi. Kesannya, aku menjadi separuh sedar. Mak memang menangis masa tu, tapi aku tak mampu buat apa-apa. Doktor arahkan staf untuk masukkan aku ke wad pesakit.. wad separa kritikal.

Bermula dari hari tu, setiap hari aku di cucuk dengan jarum untuk mengambil sample darah. Aku memang surrender bab jarum ni. Takut tu tak juga, tapi aku tak tahan kena injek. Untuk pengetahuan kamu, bila pesakit dihinggapi demam denggi, urat salur darah memang tenggelam. Jadi cuba bayangkan, nurse dan doktor di situ susah untuk menjumpai salur darah aku. Akibatnya selalu terjadi salah tempat cucuk, kadang-kadang 3 kali cucuk tak juga jumpa biarpun dorang kata dorg jumpa salur darah tu. Ada sekali tu, lepas 3 kali cucuk tak jumpa, mereka suruh aku rehat dulu sebelum cucuk lagi. Ya Tuhan, aku memang macam loser+gila+punya+muka menahan sakit kena cucuk jarum. Lengan dan tangan aku memang dah lebam-lebam akibat kesan kena cucuk jarum tu. Aku hazab masa kena cucuk saja, lepas darah dah kena ambil, aku biasa saja. Selain kena tambah Sodium Chloryde, dorang letak lain juga dalam badan aku. Malas aku nak ambil tahu, sebab aku tekanan dengan keadaan aku tu.

Meals dekat hospital jangan nak expected lebih-lebih lah. Aku memang dah sedia maklum, tapi aku masih bersyukur sebab aku masih boleh nak makan. Pesakit di sekitar aku hampir semuanya sudah hilang daya makan. Ada yang lumpuh dan memang tak sedarkan diri, makan hanya support oleh kabel-kabel khas. Kebanyakan pesakit yang memang tak sedarkan diri tu, ada yang tidak pernah dilawat oleh sesiapa pun. Memang sedih keadaaan macam tu, lagi-lagi bila aku dengar cerita keluarga si pesakit memang tak pernah datang sekali pun semenjak pesakit tu masuk hospital.

Ada salah sorang pesakit di situ yang memang sudah dianggap tidak berpeluang lagi untuk hidup. Ahli keluarga telah dipanggil untuk diberikan taklimat khas tentang keadaan si pesakit. Cuba kamu bayangkan bila si suami memanggil2 si pesakit, tiba-tiba kakak tu buka mata? Sedangkan doktor sudah memberi bayangan kakak tu sudah tiada peluang untuk hidup. Maha Suci Tuhan... lepas dari hari tu, keadaan kakak tu semakin ok, walaupun masih belum sedar.

Malam pertama ditahan di hospital aku sedikit sebanyak tertekan dengan keadaan aku. Akibatnya aku sakit sesak nafas subuh tu, mungkin juga aku tak bleh tidur dengan keadaan lampu yang terpasang. Tambah-tambah lagi dengan bunyi-bunyi mesin hayat pesakit yang lain. Setiap hari doktor akan datang lihat keadaan aku, yang aku tak bleh blah bila doktor cakap pasal darah putih aku. Dia pun macam sedikit kempius dengan keadaan aku..paras normal darah putih dalam badan adalah 200-300, tapi darah putih dalam badan aku makin menurun. Paling teruk sehingga mencapai 46 saja, memang di dalam paras bahaya. Keadaan ni memang buat aku tension menggila+tak+berapa+gila...hahahahhaa..

3 hari lepas, aku discaj dari hospital. Mula-mula aku agak ragu juga, sebab aku masih rasa pening2 lalat la..tapi bila doktor kata wad tu agak bahaya sedikit sebab terdapat jangkitan kuman dari pesakit lumpuh di situ, aku pun discaj la. Nasib baik tiada bayaran yang dikenakan sepanjang tempoh aku kena tahan di hospital. Okla, aku nak balik.

Kepada kawan-kawan yang telah datang melawat, aku mengucapkan terima kasih. Yang kirim text-text sms dan panggilan telefon, aku sangat-sangat hargai. Jangan lupa jaga kesihatan ok.

untuk Facet, terima kasih atas perhatian kamu .

Tuesday, May 19, 2009

Masa lepas yang ditinggalkan.



Siapa diri kamu 10 tahun yang lepas? Masih hingusan? Masih main sembunyi dengan ibu bapa kerana malas ke sekolah? Masih terperap di dalam kubikel dan tidak sehebat hari ini? Masih sibuk berfikir-fikir baju apa mahu dipakai sebelum keluar dating dengan si dia? Mencari diri?

Kepada yang sudah berjaya, tahniah diucapkan.
Yang masih belum berjaya, macam aku, tahniah juga diucapkan kerana masih panjang umur.
Yang sedih-sedih, tahniah juga diucapkan kerana masih bersemangat sehingga ke hari ini.
Yang baru ditinggalkan pada hari ini, tahniah juga diucapkan kerana berpeluang mencari si JIWA yang lagi bagus.

Tadi aku sempat beronline dengan dua orang kawan lama. Masing-masing bercerita pasal masa lepas. Banyak rahsia terkeluar dan tidak disangka-sangka. Seorang itu agak malu-malu bercerita, padahal usia kami masing-masing sama. Aku yang belum dewasa atau dia masih belum sedia menerima hakikat bahawa 10 tahun lagi umurnya bakal menginjak ke 40. Seorang lagi dalam mode kesedihan, rahsia misterius dunia sihir, dan mentaliti sedang menuju pembaikpulihan.

Rahsia 10 tahun lepas, terbubar hari ini. Dan aku pun terkejut. Kawan yang seorang bersumpah tidak ingat, tetapi aku mahu memburu. Jadi, berhati-hati dengan buruan aku.

Gambar di atas aku tujukan pada sesiapa yang berasal dari Sandakan, pernah menetap di Sandakan mahupun pernah datang ke Sandakan. Kami juga ada langit yang sangat cantik, biarpun kami di sini sedikit melarat.

Thursday, May 14, 2009

Bobo dan beberapa perkara yang telah berlaku.




Nama kitten ni Bobo. Another STRAYCAT yang aku jumpa di Milimewa Shopping Mall...er...yang tak berapa Mall tu. Masa tu, aku nampak Bobo tengah berlari-lari anak di celah-celah gerai yang terdapat di bahagian dalam kawasan Milimewa Mall tu. Lepas tu, aku tanyala pekerja berbangsa Pakistan di situ tu, dia pun suruh aku ambil saja kitten tu. Bobo kitten yang agak aktif dan sihat. Cuma Bobo mengalami penyakit sakit mata, penyakit yang biasa dihidapi oleh straycats. Aku ciloks kotak gerai+yang+tuan+dia+dah+balik, kemudian aku letakkan Bobo dalam kotak tu. Masa dalam bas untuk pulang ke rumah, Bobo agak sedikit agresif dan macam dalam keadaan terpinga-pinga. Mungkin Bobo pun kempius, apa agaknya jentera yang menggegarkan seluruh badannya. Bila sampai di rumah, aku lihat Bobo macam menggeletar semacam, ahahahaha..serius weh. Maybe ketakutan naik jentera majik tu buat dia begitu. Malam tu, aku tak mandikan dia lagi. Esok siangnya barulah aku mandikan. Maklumlah anak kucing kan. Kesian menggigil, dah la tu..anak yatim piatu pula tu. Kenapa aku pilih nama Bobo? Sebab aku minat sorang penyanyi bernama Bo, ala yang berlakon dalam dokumentari The Ahli Muzik and the Hoppers. Cute dan agresif. Tapi, yang penting dia minat photografi..muehehehe..

Kamu baca listing aku kat bawah la ya.

1) Bila Tomok dinobatkan sebagai pemenang OIAM, satu kejadian telah berlaku yang membuatkan aku macam sedikit blur. Masa tu, bapa aku tengah timang-timang Piwi. Bleh pula bapa aku cakap: " Ini bukan Piwi ni, ini Si Tomok."...hahahaha...aku masa tu tengah tengok tv, tetiba blur dengan ayat bapa aku tu..Bleh pula dia gelarkan Piwi aku tu , si Tomok..huaaaa...haruuuu...

2) Thanks to PertDemaataque, aku pergi menghadiri temuduga terbuka di Pejabat Pelajaran Sandakan. Wooo..memang meriah gila bab*. Untuk jawatan Pegawai Tadbir saja, seramai 68 orang calon dan kekosongan yang perlu diisikan di daerah Sandakan adalah sebanyak 2 kekosongan SAHAJA. Aku ulang, 2 kekosongan. Jadi, aku tak hairan la kalau semua jabatan ni mahu tunjukkan mereka buat kerja dan akhirnya kroni mereka saja yang dilantik.

3) Aku berjumpa dengan 2 orang kawan sekolah masa Tingkatan 6 dulu, Jamilah dan Rosemerah.

Aku: Eh ros, ko ingat Alina? Ala budak kelas aku dulu yang tak pernah cakap dengan sapa2 pun tu.
Rose : Oo tu..apahal dengan dia.
Aku: AKu dengar dulu dia dinasihatkan or aku tak pasti la kena drop oleh fak kot. Amik law, tapi tak nak bercakap.
Rose: AKu dengar pula dia kena buang oleh UM.
Aku: Tu la, abiss tak bercakap.
Rose: Sebenarnya dia tu normal.
Aku: Apasal pula. Ko kawan dengan dia ke?
Rose: Tak la. Dulu masa form 5 tak silap aku, aku dan kawan2 aku datang selidik dengan kakak dia sendiri. Kakak dia kata, petang2 ko datang la rumah. KO boleh dengar dia berkaraoke?
Aku: Whutttt? Karaoke????Serius wehh...
Rose: Ya, dia suka bawa lagu rock.
Aku: (BLUR GILAK)

Serius aku tekejut, sebab Alina tidak pernah berbual dengan siapa-siapa pun sepanjang aku satu kelas dengan dia semasa Tingkatan 6. Hatta, cikgu sekali pun.

4) Masni, dikhabarkan sudah meninggal dunia selepas saja kitorang tamat STPM ari tu. Penyakit arwah semakin menjadi-jadi dan dikhabarkan sehingga terpaksa dikurung di bawah rumah. Dan tak disedari, arwah meninggal dunia.. sudah 11 tahun berlalu...dan baru semalam aku tahu. Bukankah itu lagi menyedihkan aku? Nampaknya aku rasa bersalah untuk sepanjang hidup. So upset.

5) Aku naik menyampah dengan blogger anak-anak Sandakan yang hanya memperkenalkan hanyir banyir, sampah sarap kawasan rumah setinggan, jalan-jalan yang berlekuk menyakitkan badan...yada..yada..yada..Aku fikir jiwa kamu suka melihat keburukan-keburukan yang menjerat diri kamu sepanjang hidup. Aku fikir blog aku satu-satunya yang memperkenalkan keadaan Sandakan yang warna warni. Kamu harus berubah, kawan-kawan. Jangan memburukkan kampung kelahiran sendiri, biarpun sebenarnya kita berasal dari tanah yang hanyir itu.

6) Aku hilang idea kerana trip aku ke tengah Sabah itu was posponed.

Monday, May 11, 2009

Facet, nampak? Siapa rindu SANDAKAN sini?










Oh, tak ada apa-apa pun. Tadi aku blank abis, dah lama tak snap gambar. Tiba-tiba dapat cabaran dari si Facet, aku pun tanya la mana port yang mahu disnap. Tempat-tempat ni dulu, tempat-tempat lepak semasa Facet masih muda jelita. Semuanya dalam masa 30 minit saja. Tu pasal angle tunggang langgang. Masa depan Hongkong Bank tu aku sempat dikejar oleh beberapa orang budak lelaki, minta di snap kan gambar. Takut wooo..aku pula sorang kan. Lagipun masa tu aku bawa lappy aku skali, tak boleh lari laju. Jadi, lain hari aku mahu berteman, Facet mungkin kelapangan beberapa bulan lagi. Kakakakaka...Siapa-siapa yang balik ke Sandakan, inform aku. Bleh aku snap gambar kamu secara percuma sahaja. okey?

Jaga kau Facet, bagi aku masa 30 minit.


Ah chat dengan Facet, memang kadang-kadang buat aku marah dan geram. Bagi aku masa 30 minit dari sekarang ini untuk menyahut cabaran dia. Tapi aku tak menjanjikan angle yang terbaik, macam dia fikirkan. Sorry. Kejap!

Saturday, May 9, 2009

oh tak sabarnya ~


Lokasi? Rahsia? Bokbon kata, apahal pula dalam hutan? Ala-ala The Hutchens, owh sweet sungguh!


Monday, May 4, 2009

Obi-wan Kenobi dan satu khabar yang duka.



Seekor anak kucing berwarna hitam, berusia kurang dari 5 hari telah dibuang di hadapan rumah aku. Mula-mula aku tunggu-tunggu siapakah gerangan mak kucing yang menjelma di sebalik kotak asal anak kucing tu. Tapi, tak muncul pun. Lepas tu, aku letak dalam bakul merah ni. Memang agak payah mahu menjaga anak kucing yang baru lahir ni, tambah-tambah lagi kalau masih dari proses penyusuan.

Dinamakan sebagai Obi. Nama penuh Obi-Wan Kenobi. Kamu kenal pemilik asal nama tu, jiran sebelah rumah kamu dulu. Hahahaha..

Tapi mak aku bagitau sebenarnya anak kucing tu milik jiran kami. Anak jiran kami yang sungguh nakal telah membuang anak kucing ni di hadapan rumah aku. Marahlah aku kan. Jadi, nak taknak, terpaksa pula aku kembalikan pada mama kucing ni. Kesian.

Masa aku online dan buat entry ni, aku dikejutkan pada satu berita kematian. Salah seorang kawan chatter aku telah pun meninggal dunia. Rupa-rupanya sekembalinya beliau dari Australia hari itu merupakan hari-hari terakhir di Malaysia. Macam kata-kata majalah Mastika, saat-saat terakhir hanya sekadar untuk ucap selamat tinggal pada kawan-kawan. Sebenarnya aku tak pernah jumpa dia lagi pun. Tapi sudah berkira-kira untuk bersua macam kawan-kawan cyber yang lain.

Gini..

Dulu dia dihantar oleh World Health Organization (WHO) untuk berubat di Australia yang mengambil masa beberapa tahun. Dia cerita kat aku la pasal benda-benda ni. Mula-mula doktor Malaysia saspek dia dapat penyakit yang belum diketahui apa puncanya. Sampai di Australia, beliau disyaki mendapat polio entah jenis apa. 6 bulan sebelum beliau balik ke Malaysia, kedua-dua kaki beliau telah dipotong kerana 'memburuk'. Masa tu beliau disyaki menghidap penyakit AIDS pula. Mungkin sewaktu pemindahan darah, jangkitan boleh berlaku. Lepas tu, yang terkini selepas balik Malaysia, beliau disyaki mengalami kanser, tapi aku lupa kanser apa. Beliau dimestikan untuk membuat pemeriksaan di Kuala Lumpur pada setiap bulan. Seminggu sebelum pulang ke Malaysia, ibu beliau telah meninggal dunia di Jakarta. Yang menyedihkan, beliau hanya mengetahui kematian ibu beliau seminggu selepas pemergian ibu tersayang.

Kemudian, beberapa bulan selepas bertemu kawan-kawan di Tawau. Beliau kembali ke Australia. Dan itulah kali terakhir kami berchatting, sewaktu beliau masih berada di Malaysia. Itupun setelah 4 tahun kami tidak berchatting.

Aku tidak dapat meneruskan isi entry, kerana aku macam sedikit upset.

Kerana mungkin aku orang yang terakhir tahu pasal pemergian beliau.



Al-Fatihah.