Wednesday, February 4, 2009

Kena Pikir Lama-Lama.

Macam-macam feedback yang aku terima, entry dari Jangan Pikir Lama.

Mari aku bercerita kepada kamu. Tahun 1999, tahun akhir aku di sekolah tinggi. Aku punya rakan sekelas, kalau aku tidak silap Ina namanya. Dia pelajar baru dalam semester itu. Bagi aku, Ina merupakan seorang yang lemah lembut bicaranya dan ramah. Aku ingat lagi bila aku berbual dengannya, aku pun turut terikut-ikut dengan intonasinya yang lemah lembut itu. Sayangnya, dia dipandang agak misteri oleh kawan-kawan yang lain. Dia mempunyai sejenis penyakit yang aku tak tahu apa namanya, tapi keadaannya macam ini… dia tiba-tiba boleh mengejang dan berperilaku seperti terkena sawan. Seingat aku, keadaan seperti itu telah berlaku sebanyak 2, 3 kali sewaktu di dalam kelas. Tetapi, dia akan kembali normal selepas itu. Mula-mula kami semua agak terkejut, takut-takut kalau dia diserang hysteria atau seangkatannya. Apabila beliau diserang penyakit yang aku anggap misteri itu, dia akan berkelakuan seperti ****** yang menggelupur. Kain tudung tercampak ke mana, kain sarung sekolah tersingkat….mungkin dia punya rasa rendah diri yang tinggi, aku lihat dia jarang berbual dengan sesiapa pun.

Penyesalan seumur hidup aku terhadap kawan aku itu ialah, bila aku tak berbuat apa-apa ketika dia diserang oleh penyakit itu di dalam stesen bas yang sarat dengan pelajar-pelajar yang baru balik dari sekolah. Sehingga ke hari ini, aku memang menyesal dengan keadaan itu dan kadang-kadang boleh buat aku sebak sedikit. Kawan-kawan aku yang lain pun lepas tangan, kau bayangkan kawan kau sendirian diserang penyakit misteri itu di tempat awam. Itu penyesalan paling besar pernah aku hadapi sehingga kini. Aku harap dia sentiasa walafiat.

Apa kaitannya dengan entry Jangan Pikir Lama itu?

Ada di antara kamu yang menganggap aku membuat dia rasa terhina kerana membuka cerita ini begini terbuka. Apa penilaian kamu terhadap aku sebenarnya? Satu hal yang perlu kamu tahu, aku tak sebut pun nama sesiapapun dalam entry itu. Entry itu luahan hati aku, dan ruangan blog ini adalah ruangan yang membolehkan siapa saja berkata-tulis di sini. Kamu melihat ideologi aku, jangan lupa aku juga melihat pemikiran kamu.

Ina, aku biarkan malu sendirian di tepi jalan. Sedangkan itu semua di luar kewarasan dia. Aku yang waras ini LANGSUNG tidak membantu dia. Kain sarung tersingkat sehingga nampak panties nya. Di tempat awam!!! Bertahun-tahun aku menanggung sesalan ini. Jadi, kali ini, bila ada kawan aku seperti ini, aku kena biarkan lagi?

Kawan aku yang satu ini, dia waras. Datang kepada aku menangis mengadu perihal diri. Aku ini bukan jenis pentingkan diri sendiri. Keseronokan hidup boleh menjadikan seseorang itu tidak waras sekejap. Aku ini bukan aktivitis mana-mana masyarakat yang berkeupaya menjadi super ke mana-mana manusia sekalipun. Tetapi disebabkan trauma lama, aku berazam mahu menjadi kawan yang mampu duduk sesusah bersama. Tiada manusia sempurna, jadi bagi aku peluang untuk mencari pahala aku sendiri. Membiarkan kawan aku itu, sama juga keadaannya aku tak mempedulikan kawan aku yang terkejang menggelupur di tepi jalan dalam keadaan separuh bogel. Beza mereka, Ina itu dalam keadaan tidak waras, dan kawan aku yang satu lagi dalam keadaan waras tetapi terdesak jiwanya.

Kamu fikir aku ni bajet macam bagus kan?

Ada pendapat menyarankan aku supaya aku lebih berfikir tentang masalah diri sendiri sebelum memikirkan orang lain. Ada pendapat menyuruh aku menjaga nama baik kawan itu dengan hanya berdiam diri. Aku yang bajet macam bagus ini pun masih berperasaan sesama manusia.

Manusia tidak hanya perlu dibantu dengan mendengar luahan mereka, angguk-angguk, kau geleng-geleng..kalau kau rasa sesuai digosipkan, kau akan canang pada orang lain. Kalau kau rasa keadaan hidup dia tu sungguh membosankan, kau lepaskan saja ke udara. Kamulah manusia yang betul-betul mementingkan diri sendiri, tanpa sedar bila kau mati, kau juga perlu dibantu dikapankan dan ditalkinkan di dalam liang lahad. Tapi kau sendiri tak peduli siapa diri kau selepas mati kan? Jadi, bajet saja kau mati tanpa dikesan, kan itu lebih baik?

Aku ini perempuan. Punya jiwa dan hati yang sangat nipis. Aku dan kawan aku itu sama-sama perempuan. Aku sudah berkata kepada kamu, ada cerita yang tidak boleh aku ceritakan kepada kamu tentang dia. Aku masih tidak berjiwa bangsat. Kamu fikir aku suka kawan aku jadi begitu?

Cuma kehidupan manusia ini perlu ada batasan. Aku akan berhenti pada satu takat yang perlu aku berhenti. Aku teringat kata-kata bekas kawan baik aku dulu. Kau tak payah nak masuk campur urusan aku. Padahal sana sini dia mengaku, kami kawan baik semenjak dari kecil. Jadi, bila sampai takat sebegitu, aku rasa aku perlu berhenti. Aku tak perlu nak membebel kenapa kau cakap macam begitu? Aku bukan nak masuk campur bla..bla…bla..yada…yada… ini aku cakap sebagai contoh teladan.

Apabila perkara ini berlaku, ada pihak menasihatkan aku supaya jangan masuk campur tangan dalam hal kawan aku itu. Aku selalu mengalami perkara seperti ini. Apabila satu-satu pihak mengalami permasalahan dalam masyarakat, kita dinasihatkan supaya tidak masuk campur ataupun busybody dalam masalah itu. Aku hairan kenapa pegangan ini harus wujud. Apakah ini jalan mudah yang akan diambil untuk mengelak dari masalah? Ya, aku fikir dalam sesetengah masalah ada pihak yang ambil jalan mudah dan mengelak dari ditimpa masalah (aku fikir semua manusia tak suka masalah, ya aku pun.)

Jangan terlalu mementingkan diri sendiri sehingga tuding aku yang bukan-bukan. Mungkin cara aku meluahkan agak kasar (tidak sah lagi!). Aku tidak paksa dia mengikut acuan seperti yang aku cakap. Takan aku cakap makan A, kau wajib makan A? Kau minta pendapat tapi kau anggap aku musuh kau bila kau rasa pendapat aku itu menggoyakan kedudukan kau. Kau lagi sanggup menjadi tidak mahu malu mencanangkan diri sendiri dari mahu berubah. Kalau bercakap soal maruah, perempuan yang ada maruah terlebih awal menunjukkan maruahnya dari menunjukkan kemaluannya.

Hah, bila aku bercakap macam ini, jangan ada pandai-pandai mahu pergi membuat pengakuan pula. Matilah aku kena balas balik point-point yang datang macam storm rider. Aku meluah di sini untuk memberi peringatan diri sendiri dan mahu pandangan dari kamu. Kadang-kadang bagus juga berbuat salah seperti ini, rupanya kamu mengambil berat pasal aku juga?

Er..

Apapun, entry yang aku hasilkan itu sebenarnya mempunyai makna tersirat. Seperti aku cakap, aku tidak mahu menjadi tidak tahu malu, dan sebaliknya aku mahu perubahan dalam hidup aku. Aku tiada niat mahu bermusuh dengan dia pun, dan petang semalam aku terima ucapan perpisahan dari dia. Kawan-kawan rapat aku yang pernah terlibat secara langsung atau tidak juga menerima ucapan perpisahan dari dia. Mungkin dia lagi senang begini. Dan aku sebagai kawan, menghormati keputusan dia. Sebenarnya dia tahu apa yang terbaik untuk dia, seperti mana yang dia pernah cakap dengan aku.


p/s ****** = 6 asterisks yang dimaksudkan ialah anjing.


5 comments:

♥andrea isabelle anne reston quiamco♥ said...

salam2...salam perpisahan ku bukan kerana aku aku marah atau apa...tp aku terlalu penat dan serik tuk menegakkan benang yang basah...dah nyata2 aku salah..suda salah..dah lah...aku dah terima dosa dan pengajaran aku ..tp aku serik dan penat bila semua menunding jari kepada ku...benda ni dah selesai let it gone be by gone..aku penat tuk terus membaca komen2 yang mmg menyakitkan hati...tp aku sedar kesalahan ku so let them be...kesilapan mmg mematangkan...akan ku pastikan ini kali terakhir jari2 itu menunding ke arah ku...pisang xkan berbuah dua kali...to all yg masih menganggap aku sebagai kawan...perpisahan itu adalah utk memperbaiki kehidupan ku...aku pasti itu yang kamu mahu...apa2pun..to mas:halalkan makan minum ku..maaf salah silap ku...mencari seorang kawan mmg senang...tp mencari seorang sahabat amat sukar sekali dan ur the best sahabat yg pernah aku miliki..all the best..pada yang lain...tnx 4 evrythng...maay allah bless u all...


salam

zue-aka-farrah

Madu Beracun said...

so the saying goes, 'nobody's perfect'. lets just accept the fact the we are just human beings, we are so human we can never run away from doing mistakes. not a single human can be perfect, no in a million years. and we are not God to judge other people for the mistakes that they did, for at the end of the day we are all the same.. the only thing that differs us is whether we want to learn from the mistake or not. after all, this life is all about making mistakes, learning from them and improving ourselves. the only real mistake is the one from which we learn nothing.
someone ever said, mistakes are a part of being human. appreciate your mistakes for what they are: precious life lessons that can only be learned the hard way. unless it's a fatal mistake, which, at least, others can learn from.
it's ok to make mistakes but it will never be ok if you don't want to learn from it. forgive ourselves. oh boy, i am started to talk like a motivator now. darn it.

this is life; live it or leave it, your choice.

neway, i missed all those good times, sisters.

FORGIVENESS; lets google it.

Anonymous said...

KALAU MAS KWN YG BAIK.BIAR APA PUN CERITA KWN MAS BETUL ATAU TDK BETUL..DIA SLH ATAU TDK..TIDAK SEPATUTNYA MAS LUAHKAN DI SINI BIARPUN MAS TIDAK DEDAHKAN NAMA SESEORG ITU..KERANA ITU AKAN MENGAIBKAN SESEORG..MAS AKAN LEBIH FAHAM PERASAAN NYA BILA MAS DI BUAT BEGITU..

Anonymous said...

aku rasa...sis mas tidak mendedahkan nama sapa2 pun dlm sni..cuma biasa la bak kta pepatah melayu berkata2...saper mkn cili dia yg terasa pedas...tkda saper pun memaksa dia tok mengaku dia adalah org yg membawa watak dlm cerita sis mas ni...so jgn nk salahkan sis mas...

~aMOi~

gopenghagen said...

aku jugak ada dsana, aku pun x tau nak wat apa..dia d mana skrg ?