Sunday, February 1, 2009

Seisi Gambar-gambar dengan Don

Seperti yang dijanjikan sebelum ni, aku dan si Don ni pun keluarlah pergi buat shooting pica di sekitar pusat bandar Sandakan. Kebetulan kawan dia ni si Din pun ada, so jadi pak pacak atau dalam bahasa modennya MODEL dalam acara tu-lah. Aisey ayat.

Nasib baik dorang berdua ni agak friendly, jadi aku tak ada masalah komunikasi dengan dorg ni. Seronok juga bila dapat berkongsi ilmu dengan orang yang sama minat dengan kita. Mula-mula aku tengok Don mungkin ada rasa segan nak buat feel ala-ala photographer, tp lastly dia dengan comelnya menggantung dslr tu kat leher.. dan berjalan-jalan di sekitar pasar minggu Sandakan..
Aku pun bagitau kat dia, bukan semua orang-orang ni mesra kamera. Cabaran besar bila kita mahu menjawab : Ni apasal gambar-gambar ni?

Kita kena tengok cara orang tu camana juga. Kalau rasa-rasa dia tu boleh dibawa bergurau, kita jawab dengan soalan bergurau. Contoh yang telah terjadi:

Kakak tu : Ni apasal ambil gambar ni? Jangan buat kontroversi pula
Aku: Saja-saja ja ni kak
Kakak tu: Saja-saja, jangan kamu buat kontroversi sudalah
Aku (aku pikir dia bleh dibawa joking): Taklah kak, kalau artis mungkinla..

Aku, DOn dan Din meneruskan perjalanan...tiba-tiba terdengar pula :

Kakak tu dalam nada marah kot : Kami ni ada hak sebagai pengguna bla bla bla....

Kami pun away cepat-cepat kang jadi gaduh pula kan. Sampai di satu gerai pula, kami pun dapat soalan yang sama...ehhehehe...

Si Rambut Comel : Kak kenapa mau ambil gambar ni?
Aku : (aduih, susah nak jawab) Taklah dik, kami ni er.... (sambil aku pandang Don yang tengah ambil gambar gerai tu) kami ni penulis blog...
Si Rambut Comel : Er penulis blog? apa tu kak?
Aku : Er...ala yang di internet. Kami tulis pasal Sandakan..jadi orang luar tak lah anggap kita ni duduk atas pokok kan..hehehhehh

Siap kitorang bagi url masing-masing dengan penjaga gerai tu. Oklah tu kan, mereka pun agak baik, jadi kita pun layan baik lah kan. Hehhehehe....so, inilah shoot yang aku ambil hari tu..shoot si DOn, boleh la dilawat di sini : SINI











3 comments:

HSC dOn said...

uuuwwwaa...
kenapa lawh time toe rambut ku kering...

^aNgRiAni^ said...

waa...si don bah ni :D

Mas...mas edit gambar guna software apa ya?

sis ada software lightroom tapi ndak tau mcm mana mau apply...kalau photoshop tu boleh laaa :P

pert DMQ said...

alamak mas ruginya aku xda d sdkn..iihik2.. kalo x bulih interprem(gila gelemer kah aku?) haha