*tiada kena mengena dengan tajuk entry :P
Aku membaca semula entri-entri lama aku. Tahun lepas, 2008. Dan beberapa entri tahun 2007. Usia untuk mylittleparade ini masih mentah. Aku agak tergelak membaca semula, dan ya, aku banyak mengalami kegembiraan pada tahun 2008, yang lepas. Syukur Ya Allah.
Ada 9 azam yang telah aku catat beberapa hari sebelum menjelang tahun 2008. Dan 5 darinya telah berjaya aku lakukan dengan jayanya. Apa pula azam aku kali ini, untuk tahun 2009? Otak aku tengah membeku sekarang ini, maklumlah sudah 3 bulan kembali ke kampung halaman. Belum bekerja pun. Jadi, mungkin berlaku sedikit crampy di sana.
1.Cari kerja, cari kerja dan cari kerja.
Aku tak boleh berharap 100% kepada projek pertanian keluarga aku itu. Aku juga perlu wang untuk diri sendiri pada setiap masa. Aku juga perlukan environment lain kerana aku suka travelling. Jadi, aku masih di dalam pencarian kerja. Mungkin di sini sedikit payah mencari seperti yang aku mahu, jadi aku harus bersikap positif terhadap apa juga perkara, kan? Agak lama aku dalam situasi berehat aku ini. Jadi, sudah sampai masanya aku bangkit semula. Cari wang.
2.Cari wang, cari wang dan cari wang.
Kamu mengaku, mempunyai wang yang banyak merupakan satu momen yang sangat indah? Ya, dengan wang, kamu boleh lakukan apa saja. Beli pakaian yang kamu idamkan, gantikan sepatu travelling kamu yang sudah haus itu (baca: selipar putih aku dah hilang sebelah), mungkin mahukan kamera yang baru (baca: mungkin hanya penambahan lens), travelling all around sabah (baca: aku mahu berkongsi gambar dengan kamu), mungkin juga travel ke luar negara (baca: Filipina, Indonesia, atau Brunei). Dengan wang, aku boleh bergembira di mana saja aku mahu.
3.Lebih menggila di dalam fotografi.
Aku berazam mahu mempertajamkan skil aku lagi. Aku harus melakukan lebih banyak mempraktikkan cara mengambil gambar, membaca, netting, lebih banyak berjalan (baca: banyak berjalan banyak gambar baru), cari angle-angle yang baru…argh….banyak lagilah.
4.Lebih banyak fokus di dalam menimba ilmu pengetahuan dan isu semasa.
Aku semakin mencintai blogging. Aku mahu berkongsi maklumat dengan sesiapa saja. Dengan medium pantas seperti ini, aku harap aku boleh membantu masyarakat atau siapa saja untuk mengetahui apa juga bidang pengetahuan dan isu semasa. Aku semakin galak menonton Oprah Winfrey, aku juga sudah mengambil tahu drama-drama melayu kita, channel-channel seperti National Geography, Discovery Channel, Animal Planet, Crime Science Investigation, AFC….tidak kira-la sains fiksyen sekalipun, aku mahu menjadi seorang yang bermaklumat dan berilmu. Jadi, aku akan terus menulis di sini, ok?
5.Aktiviti seni, mungkin.
Aku suka bila aku berada di Kuala Lumpur dulu. Macam-macam pameran seni yang aku pergi. Tetapi di sini, mungkin benda-benda seperti itu ada dan aku tidak tahu kewujudannya. Atau memang tiada langsung L . Jadi, mungkin aku akan mencari teman-teman lama dan baru untuk bekerjasama membuat aktiviti-aktiviti seni seperti yang aku impikan. Plus, berguna kepada masyarakat sekitar aku. Doakan keinginan aku ini, ya. Oh ya, kalau kamu ada idea yang bernas, bagitau aku.
6.Cinta, mungkin.
Aku harap aku boleh bercinta pada tahun ini. Kan aku ini single?
Biasanya orang akan list down sebanyak 10 azam. Oh ya, 4 azam lagi merupakan azam-azam yang tahun lepas. Harap-harap boleh cover semula tahun ini. Apa pun, aku sentiasa mahu majukan diri lebih baik dari sebelum ini. Jadi, kamu pula bagaimana?
2 comments:
Waaa...azam yg bagus
sis pun mau menajamkan lagi skill mengambil gambar mcm mas tu...uhukkk
nanti kongsi2 ilmu ya
anyway, sis sdh added link mas di blog
www.angrianiworld.com
ya..kalau boleh mau tengok lebih banyak gambar2 manusia sabah dari lensa kameramu..biar gambar itu bicara dengan bhasa yang difhami orang luar
Post a Comment