Thursday, January 1, 2009

Selamat Tahun Baru Masihi 2009 (1)




Aku sebenarnya mahu membuat entry tentang Tahun Baru Islam sebelum ini. Tapi aku juga sebenarnya seolah-olah mati aksi (wkakakaka)...

Semalam Tahun Baru Masihi. Macam biasalah, banyak gambar yang telah diambil. Tapi aku sendiri tidak tahu bila mahu berkongsi di sini. Semalam, Restoran Aishah di Bandar Maju ini sudah menaikkan tarif penggunaan elektrik / cas penyambungan elektrik dari RM 1.00 ke RM 1.50 sejam. Hahahaha...aku dan Dang Yunos berasa amat sedikit terkilan dan berkira-kira mahu memboikot di atas kenaikan tarif tersebut.

Ya la tu. Esok, Kakak Sulong dan Dang Yunos akan kembali ke tanah semenanjung.. Hai tahun baru 2009, apa cerita?

2 keping gambar di atas? Oh sempena tahun baru semalam...nanti akan bersambung.

Tahniah diucapkan kepada Persatuan Bollywood Sandakan kerana berjaya membuat persembahan tarian Bollywood Moden yang sangat superb.

Tapi sayangnya, tiada pertunjukan bunga api yang cantik...kami penonton masing-masing menanti kehadiran bunga api yang diharapkan. Hanya support dari Navy Base Camp Sandakan je...hahahahah,....lawak...tapi...

Dengar-dengar... pihak penganjur konsert gempak 2009 (?) telah mengupah seorang pengamal ilmu (?) untuk 'berusaha' supaya tidak hujan pada malam semalam? Apakah benar? Aku saling terfikir, mungkin dengan izin Allah, doa si dia diperkenankan. Sungguh....

1 comment:

Anonymous said...

Tiada budget ba tu MAS