Friday, January 16, 2009

Hujan oh Hujan.

Hujan dijangka akan berterusan selama 21 hari, mengikut berita yang aku dengar dari radio. Hari ini, hujan hanyalah turun dalam skala yang sikit saja. Tetapi, angin tetap bertiup separa kencang. Kalau kamu mahu tahu, atau pernah terbaca entry aku sebelum ini, rumah aku terletak lebih kurang 200 meter ke kawasan pantai. Bukan pantai berpasir halus bak Batu Feringgi ok. 3 tahun sebelum hari ini, masih terdapat rimbunan hutan bakau yang tebal selebar 100 meter. Jadi, dapat bayangkan setakat ini? Dan hari ini, aku rasa hutan bakau itu mungkin dalam sekitar 200 ke 500 pokok saja yang tinggal.

Haih. Kenapa aku bercakap soal pokok bakau ini?

Pokok bakau, macam kamu lihat dalam National Geographic ataupun dokumentari yang mencerita tentang masyarakat tepi laut berfungsi sebagai blok untuk mengelakkan hakisan ombak mahupun angin yang bertiup dari arah laut. Kawasan hutan bakau yang terdapat di sepanjang tepi kawasan daerah Sandakan, dalam lingkungan 30 batu sepanjang pantai sudah mengalami kemusnahan yang teruk. Aku rasa kalau kamu berkunjung dan tinggal di rumah aku boleh berasa gerun mendengar deruh angin dan hempasan ombak yang kuat. Aku tidak dapat bayangkan penduduk yang tinggal betul-betul di pinggir pantai itu.

Keadaan semasa air laut sedang pasang

Rumah yang sama, ketika air laut masih surut.

Mengikut laporan berita yang aku dengar dari radio, sememangnya terdapat kes rumah yang musnah disebabkan oleh angin kencang yang bertiup dari arah laut. Sebelum ini, penduduk tepi laut dalam daerah Sandakan ini telah mengalami fenomena air pasang laut yang luarbiasa. Sebenarnya, tak ada-lah luar biasa pun. Kenapa aku berkata begini?

Sudah hampir 12 tahun aku dan keluarga aku sudah tinggal di kawasan ini. Jadi, aku juga membuat kajian tentang perkara air pasang yang luarbiasa ini. Aku menjadikan rumah jiran-jiran aku sebagai bahan ujikaji aku kerana rumah mereka dibina lebih rendah sedikit berbanding rumah aku.Setakat ini, rumah jiran-jiran aku ini belum dimasuki air laut pun (ketika pasang besar). Lagi satu, kawasan kampung aku ini terletak di salur utama yang berdekatan dengan muara sungai dan laut. Tapi, kamu pun boleh merasa gerun sekiranya berpeluang melihat keadaan air laut pasang yang aku maksudkan ini. Biarpun belum pernah mengalami apa-apa kesan dari fenomena air laut pasang yang luarbiasa ini, maksud aku di kampung aku-lah, kami sentiasa berhati-hati pada setiap masa. Mengikut laporan Jabatan Kaji Cuaca, paras tertinggi yang dicatatkan pada kali ini ialah 2.8 meter. Jadi, kira-kira kamu bagus bukan? Buat-lah telahaan sendiri berdasarkan gambar yang aku bagi ni.

Oh bercerita pasal hutan bakau tadi, kemusnahan hutan bakau ini disebabkan oleh perbuatan penduduk yang datang mendirikan rumah di situ. Kebanyakan penduduk ini adalah merupakan mereka yang pernah tinggal di kawasan BDC atau kawasan kampung air yang lain. Kawasan perkampungan atas air BDC sekarang ini pun sudah tidak lagi wujud. Kehidupan, begitulah lumrahnya.

Aku mencadangkan kepada kamu (terutama pada reader tetap blog ini (?)) supaya datang dan merasai sendiri keadaan kampung aku ini. Tetapi, kalau kamu bukan pencinta kehidupan yang tegar, pergi saja ke Paris atau London untuk merasai kehebatan dunia. Huish…

Datanglah..

3 comments:

Anonymous said...

Bila kita dah kaya nanti, kita jadikan rumah itu sebagai rumah untuk program home stay. Setuju? Mesti orang teruja mau menginap sama kan. Kesian mak bapa...

Perempuan Pemimpi said...

bonda : kakakakak

Anonymous said...

aku nak...rasai...mesti best apa lagi kalau hubby akak..hubby akak suka dengar bunyi ombak di persisiran pantai...