Selain dari kegilaan mengambil gambar, aku juga meminati muzik. Tidak terlalu tetapi ya, aku memang sukakan muzik. Aku tidaklah terlalu narrow sampai aku tahu suara aku ini berapa key-nya. Hehe.. apa saja. Sebenarnya entry ini adalah rentetan selepas aku menonton movie Garasi di saluran Astro Ria. Movie Indonesia ok. Ada cerita lain.
Aku sedikit teruja apabila Garasi ditayangkan di Malaysia. Walaupun aku sudah menontonnya ketika masih di kampus kuliah (2006), aku tidak pasti Garasi itu ditayangkan di arus perdana atau tidak. Maksud aku, Garasi ada masuk panggung wayang kita ke? Bagi kamu yang newbie dalam dunia muzik Indie, aku rasa kamu patut menonton movie ini. Movie ‘Kami The Movie’ itu ketinggalan sebenarnya. Hei, aku cakap soal movie ok. Kalau bercakap soal muzik Indie ini, aku tak tahu aku berada di lompatan masa yang mana. Perkataan Indie itu sendiri mula popular sejak dalam 3 -4 tahun ini kan? Dulu, orang lebih relevan tentang Underground.........OAG sendiri baru tersenarai dalam group-group Indie ini, walaupun sebenarnya mereka ini dah lama Indie pun (aku dah start dengar since form 4)…hahahaha… semasa di semester pengajian aku, aku ada beberapa senior yang bergiat dalam muzik seperti ini. Kalau ada aktiviti kolej, mereka ini selalu dijemput untuk menyanyi memeriahkan malam kami di hujung Shah Alam itu. Band Sasuka ini berpengkalan di Kota Kinabalu, Sabah. Cari di Myspace atau Friendster ok. Penyanyi si Adam Sapni itu biarpun nampak seperti tidak berperasaan, tetapi dia punya ramai peminat. Hahahahaah… aku rasa perkataan Indie tu aku kenal dari Sasuka inilah.
Selepas itu, barulah aku mengenal HUJAN, Meet Uncle Hussein..pendek kata, apa saja band Indie yang dah berjaya masuk radio-lah atau URTV. Hehehehe…Apahalnya dengan Garasi?
Garasi ini adalah band yang lahir dari wayang gambar. Aku mula meminati si Fedi Nuril (Ayat-ayat Cinta) dari Garasi-lah. Cool kan lelaki tu? Aku pernah jumpa Fedi Buatan Malaysia. Suara si Ayu Ratna tu pun tak kurang hebatnya. Sekarang ni pun dorang dah published band dorg tu. Sini..
Hati aku melonjak-lonjak mahu ke Bandung, Indonesia. Aku mahu ke Panggung Indie mereka dan aku mahu menyusur jalan-jalan di sekitar kedai muzik D’ Lawas yang punya café yang sangat cool itu dan merupakan tempat berkumpulnya para pemuzik sejati (mengikut cerita Garasi inilah). Hebat kan? Mungkin Central Market di Kuala Lumpur itu kita boleh samakan dengan Panggung Indie.. Dulu, ketika aku mahu menonton satu gig band-band Indie di Central Market, aku terpaksa berfikir 2 kali. Melihatkan lebih ramai pengunjung yang di bawah umur (di bawah umur aku) dan kelihatan seperti berlaku pesta fesyen berlabelkan scene Indie, aku back off. Aku lebih suka survey site-site mereka, ya.. Myspace atau Friendster adalah tempat terbaik. Facebook? Cerita lain, mungkin.
[aku membuat penulisan ini sambil dengar muzik para band Indie, baru dapat feelnya]
Tetapi, macam aku cakap, aku tidaklah begitu narrow dalam muzik pun. Sepertimana aku mendengar mana-mana lagu band Indie ini. Aku tidak mengkhusus apa-apa genre muzik pun, yang penting aku faham lirik lagunya, dan iramanya menepati halwa telinga aku. Aduh, kalau mendengar irama yang keras dan buat aku sakit kepala, mungkin saja aku lebih suka bercerita pasal hal lain.
Dulu Sifu itu (?) begitu gah dengan kata-katanya, bahawa mana-mana band yang bukan di bawah naungannya tidak akan berjaya. Oh, hari ini aku kira para band ini sudah mampu meraih keuntungan mereka sendiri pun. Asalkan ada kemahuan yang tinggi, popularlah engkau macam aktiviti Noh HUJAN kan?
Aku rasa orang sekarang ini pun tidak mementingkan bubbling kau yang meng-gatalkan bahagian sekeliling bibir kau itu. Irama mengena, ya, aku pasti inilah gamble yang paling utama. Biasalah, hidup kan. Kalau kau tak berani gamble irama kau, kalau kau tak berani bakat kau, aku rasa lebih baik kau pergi buang duit belajar mana-mana sifu muzik-lah. Apatah lagi sekarang ini, arus internet ini saja sudah cukup kau jadikan medan pertarungan kau. Hei, dengan blog saja kau mampu jadi Yang Berhormat ok, kau google Kenny Sia. Generasi Internet kata MM.
Tiada apa yang mustahil pada masa sekarang ini.
Tinggal lagi kau kena belajar sendiri dari segi teknikal maksud aku pengolahan muzik ke, instrumen kau, bagaimana kau mahu buat muzik kau pemes ke… lagi satu, aku rasa tak perlulah kau sibuk-sibuk mempertahankan perjuangan muzik kau ke mana, lagi bagus kau konsentret buat muzik dan terus menghiburkan orang-orang kita yang sebenarnya dahagakan irama-irama yang best. Sekongkol dengan band-band lain untuk buat pertunjukan di mana-mana pun. Haih, ini satu cerita.
Aku ada beberapa kenalan yang suka mempersoalkan soal duit dalam sesuatu benda yang ingin diterokai lebih dalam.
Kalau kau beli benda tu, lepas tu boleh mendatangkan hasil tak apa-lah.
Kau nak main gig, kau pakai duit apa?
Haih, banyak lagila. Eh, ini percontohan ok.
Bagi aku, statement-statement seperti ini membuatkan diri kau nampak macam tahi.
Suka benar berada dalam zon selesa dan tidak pernah mahu cuba menerokai benda-benda lain (wujud atau tidak). Memanglah duit itu penting dalam kehidupan, tapi soalan-soalan atau statement tahi begini kau boleh simpan dalam diri kau sendiri.
5 comments:
Perkataan indie memang dah lama la mas oii!! Malaysian je cakap underground..Waktu aku kecik dulu baca smash hits memang diorg cakap indie.. indie stand for independent la!! i bet u dont know what indie stand for?...
ndak ku paham taik tu dengan entri mu..
anom: komen seperti kau itu menunjukkan betapa kau understimate orang lain dan sifat arrogant kau. dan kau rasa kau lebih tahu indie? oh and if u say yes so, please do put your self on the ground. dan kalau kau tahu sangat indie, apakata ko buat entri khas untuk define indie based on your observation atau kau hanya pandang indie itu sebagai muzik? hahahah.
Dear anon,
Cuba anda fahami indie dalam konteks penulis di atas :) mungkin perlu pembetulan dekat'OAG baru join indie group' (mungkin ko refer ni) BTW,, -Penulis terang2 trying to tell us indie tu dah wujud lama.Jadi why bother.
-Juga, Indie as per for the time being.No need to argue and expecting others tak tahu terms indie tu independent,lol ug tu kat sini popular org refer apa? Nebiras dan Carburator Dung mungkin. Indie music dude, mas cerita indie music. Not in a whole thing of the indie terms yang boleh jadi penjodoh bilangan kepada labels,band/music,zine,gig juga stuff,kain pelikat,sarung bantal atau pizza-home-made-yg-superlicious dan terus kau blame.
Haih.
Dear ANOM: ko cakap masa ko kecik, tahun berapa tu wahai sayang? as u said, Malaysian je ckp UG kan? as i wrote here, neither ko tak paham apa aku tulis pun...as facet said pasal OAG tu..
"Dulu, orang lebih relevan tentang Underground.........OAG sendiri baru tersenarai dalam group-group Indie ini, walaupun sebenarnya mereka ini dah lama Indie pun (aku dah start dengar since form 4)…hahahaha…"
aku bercakap di keadaan di Malaysia, bukannya di luar negara...
oh nampaknya aku kena tambah lagi INDIE tu stands for apa? aku rasa kau ni pun baru dalam Indie-indiean ni kan =)) oh ya, kalau kau mau lagi hebat pembacaan kau, kau gugel MM.
hehehehhe
Miko : tahik ka? ko baca balik la ba...malas aku kasi paham ko =))
oh facet : creditted for u dear :))lepas ni maybe aku mo snapo2 dress budak2 indie sini...er..yang menlabelkan mereka sebab indie boy with music la :))
adei apa kebenda ni.. pengaruh wayang ker....
Post a Comment