Sunday, September 5, 2010

18-55mm


Ini satu hari di bulan Ramadhan tahun ini. Mungkin ini juga pemandangan biasa di tempat kamu. Ada pengemis wanita dan kanak-kanak mahupun mereka si kecil yang berusaha mengubah nasib mereka. Ada segerombolan manusia yang sama-sama meninjau apa juadah yang dijual di dalam bazar Ramadhan. Mereka, aku dan kamu, adalah sama. Mencari makan untuk hidup. Sedap atau tidak, itu kemampuan masing-masing. Kenyang atau tidak, jangan lupa menadah tangan dan bersyukur kerana masih mampu makan. Esok, apabila sudah tua, semua ini akan hilang sedikit demi sedikit. Atau ingat saja bila kita sakit. Semua makanan menjadi satu rasa.

Hari itu, aku tidak ke sini mencari makanan tersedap. Tapi aku mencari emosi. Salam Ramadhan untuk semua.