Friday, November 19, 2010

kita boleh menjadi 'orang lain' apabila kita terdesak.

Sudah berapa lama tidak menulis luahan, bantahan, tulisan-tulisan rebel mahupun ayat-ayat kasar di sini. Sekarang blog ini sudah tidak BOLEH sama sekali dijadikan tempat mengadu domba. Since dah bekerja di tanah kelahiran, aku sudah tidak bebas mahu 'berkata' apa. Apa-apa saja pun, kehormatan harus didahulukan. Dulu, kalau aku nak marah, aku lampias di sini. Tapi sejak bergiat dengan aktiviti sosial kemasyarakatan ini, aku mengurangkan volume-volume berbau negatif di sini. Dan aku sudah menulis di tempat lain. Mungkin di sini kamu boleh melihat cerita-cerita berbau motivasi dan hasil-hasil karya seni fotografi aku.

Aku jadi sedikit down pada penghujung tahun ini. Sebelum seisi cuti sekolah bermula, banyak perkara datang serentak. Samaada perkara menggembirakan atau puncanya dari kecuaian aku juga. Aku jadi lemah ketika berada di puncak usaha. Dan sekarang ini tengah 'hiatus' pada diri sendiri, menenangkan porak peranda yang menghampakan. Macam sucks juga bila musuh-musuh lama yang masih tidak mahu mengambil ikhtibar akibat pertelingkahan yang lepas. Aku sudah berdiam diri lebih kurang 6 bulan, tapi tiba-tiba nampak sendiri kamu menyalakan api kebencian semula. Apalah what-to-do, kamu tak suka aku, sila berpaling. Can't stand with me? Please sit down. Kamu benci kepadaku, aku tak kisah. Apa nak buat, hidup harus diteruskan. Aku dulu mmg bodoh. Tapi sekarang, nampak sedikit kurang kebodohan aku ni.

Perkara-perkara menggembirakan pun agak banyak. Tapi bila bercampur baur, semuanya jadi 'poisoning food'. Ah, diam-diam sudey. Pada kawan-kawan yang masih menjenguk di blog ini, terima kasih diucapkan. Semoga sihat selalu.

Monday, November 1, 2010