Monday, December 17, 2012

Pelajaran Baru.

  



Mata berpisat-pisat tanda sudah mengantuk. Gambar-gambar di atas adalah hasil permainan baru. Bermain kamera slr dan ber-roll-roll filem.                                                                                                                  

                                                                                                                                                                                  

Saturday, December 8, 2012

Perempuan Bumi (1)



Kampung mu, ya?
Iya, bandar kelahiranku - jawapku melalui talian di sebelah sini.
Seperti di serang zombie. Aku boleh mengira berapa manusia yang ku lihat di dalam gambar ini.
Memanglah, tengah malam. Ini bukan Kuala Lumpur. Cuma bandar kecil di negeri paling timur.
Aku bergurau tentang zombie itu. Masakan marah?
Tidak. Tapi aku seolah-olah mendapat idea dari gurauanmu itu. Lihat saja gambar ini, hanya seorang berada di situ.
Ya, dia bukan pentakut kan? Berani berjalan keseorangan di tengah malam?
Aku fikir, kalau ada sampah sarap berselerakan, mesti keadaan bandar zombie  ini akan lebih berjaya.
Hahaha. Gila ya imaginasi kita?
Ya, memang gila.
What if, kalau bandar kau benar-benar diserang zombie? - Tiba-tiba aku teringat watak Nipis di dalam novel Zombiejaya.
Hahaha. Malas aku nak fikir. Tapi bagaimana, ya? Aku rasa aku bacakan dia Yassin ke? - Hilang akal.
Bukan ke zombie  ni hantu orang putih. Dia reti bahasa Arab?
Mana aku tau. Kalau ikut majalah Mastika, syaitan takut bacaan ayat Kursi.

Ketawa terburai lagi.

Kita semakin dewasa, ya? - katanya di talian sebelah sana. Aku memandang 'kosong' kotak perhubungan itu.
Ya, sedikit kebudak-budakan. Zombie  itu cerita zaman budak-budak dulu lagi dah tahu. Scary. Aku benci zaman budak-budak aku. Aku tak sepatutnya menonton cerita televisyen terlalu banyak.
Itu masa lepas, ya! Imaginasi zombie oleh aku itu cuma cerminan perasaan aku masa ini.
Hah? Cerminan perasaan? Ayuh, berterus terang.

(Diam)

Aku percaya pada perjodohan. Meskipun bukan berkekalan, er, contohnya 'cinta sampai mati'. Kamu tahulah kan?
Jadi, apa kaitan dengan maksud cerminan perasaan kau tadi?
Aku berdebar untuk malam ini. Aku sedikit bingung. Padahal aku ini manusia 'pemberani'. Cuma berbeza sedikit malam ini.
Rilekslah. Tenang saja dan bercerita. Aku punya banyak masa untuk kau.
Aku takut aku yang tak ada masa. Hahaha. Makin merepek. Tapi serius, gambar yang kita sedang share ini memang cantik. Kau ingat impian kita untuk travel bersama?
Ya..masakan lupa. Masa lepas, itu soal masa lepas...
Aku tahu, aku sudah melukakan kau..
Itu soal masa lepas, kataku. Sudah! Jangan pedulikan.
Mustahil kau tidak membenci aku?
Jangan petik api. Aku sudah mula belajar lupakan masa lepas. 
Kita berdua bodoh. Padahal banyak masa kita habiskan bersama. Bodohnya aku, tidak merasa 'cinta' sebenarnya wujud antara kita. 
Masa tu kita belum matang. Aku tak menyesal, dan sekarang kita masing-masing ada life.
Jangan. Aku masih sempat untuk mengubah segalanya kalau kau mahu.
Dan, kalau kamu mahu kehilangan aku sekali lagi, silakan. Kali ini lebih lama.
Kejap, ibu panggil. Jangan lari. Aku banyak benda nak cerita dengan kau.
Ok.
------------
SMS : Aku selalu ingat kata kau, tidak akan ada persahabatan antara lelaki dan wanita. 

-----------

Aku senyum melihat kiriman sms itu darinya. Mataku sedikit pedih melihat paparan skrin laptop terlalu lama. Mengantuk pun ada. Esok ada kerja perlu dihantar. Ok, sambil-sambil menunggu balasan konversasi digital dari dia, apa kata aku sambung buat kerja aku ni. Mungkin dia tengah berhias inai. Aku perlu terus senyum untuk keadaan ini. Tidak perlu menyesal, semua ada sebab kenapa begitu begini.

Mengantuklah. Aku perlukan kopi. Untuk tahan bersembang dan untuk menyudahkan kerja-kerja ini. Mari angkat punggung ke dapur dan sediakan minuman kopi panas.

----------
SMS: Tahniah ya. Kau dah musnahkan hidup aku. Aku benci kau. Jangan harap kau lepas.

----------

Sakit kepala aku datang lagi. Telefon bimbit masih di tangan. Aku cuba untuk bertenang. 
Satu persatu. 
Satu persatu. 
Satu persatu, aku aturkan fikiran.