
Pakcik ni sungguh ramah sekali. Katanya, dia kerap datang ke Malaysia dan beliau berserta isteri memang suka melancong.

Nasi Campur : B$ 3.50 ; 1 Tin minuman : B$1.00 = murah!
Saya spot kat sudu2 tu. Best je.
Masa launching Abacus 5th Travel Fair.
Hensem tak? yang pakai songkok ni, Timbalan Menteri Pelancongan Malaysia. Dengar2 anak Ketua Menteri Sarawak ~ lalalala ~
Duta Malaysia ke Brunei - Lupa lak nama beliau.
Mc Donald's dalam bahasa Jawi pun ada; tak ada tax occay!
The Mall, tempat berlangsungnya exhibition
Set-up booth (under Malaysian Tourism)
The Mall
Kampung Air
Setelah melalui tidur yang kurang selesa dan keadaan pesawat yang 'bergegar' sepanjang perjalanan, akhirnya kitorang selamat mendarat dekat airport antarabangsa Brunei Darussalam. Erm, maybe airport ni tidak ada penyelenggaran yang sempurna pun, banyak lampu utama di kawasan kaunter kastam masih belum diganti. Herm, 1st impression aku ... occay positive kan! Tambang teksi dari airport ke hotel hanyalah BD25.00 (RM50.++). Semasa dalam perjalanan ke hotel, tiba2 aku terasa macam balik ke kampung halaman aku, Sandakan. Herm.. keadaan malam yang sejuk, pokok-pokok.. isk... rindu gilak seh! Memang terasa sangat, tambah lagi masa kat airport sebelum tu, aku spikang bahasa Sabah dengan diorang, opkosla dorg paham bahasa aku kan. He he he.
Pemandangan kat atas ni adalah pemandangan semasa aku masih kat Malaysia. Maaflah, dslr kelas bawahan occay! Aku duduk kat sayap ni.. occay, selesai dinner, kitorang pun pergi melawat tapak exhibition. Erm, masa tu kerja-kerja set-up sedang giat dijalankan. Tapak exhibition adalah shopping complex The Mall, just a simple mall and meriah la juga. Menurut orang2 kat situ, itu bukanlah main town di Bandar Seri Begawan ni. (ada cerita selanjutnya)