Saturday, July 26, 2008

Brunei in mode (day 1) -

Alhamdulillah, akhirnya impian aku hendak ke luar negeri sudah tercapai. Walaupun hanya ke seberang Laut China Selatan dan berdekatan dengan negeri kelahiranku, tapi aku cukup menghargai pengalaman ini. Entry ini adalah sesuatu yang tertundah. Apapun, aku sudah menjejakkan kaki ke Negara Kecil Yang Kaya Minyak ini. Rombongan kami ke negara ini adalah pada 23 Julai 2008 yang lepas. Aku, bos aku, big bos aku dan anak big bos aku selamat sampai setelah 2 jam 20 minit berada di udara. Awan amat tebal dan sesekali pesawat yang dinaiki 'bergegar' di udara kerana bergesel dengan awan. Mula-mula aku rasa takut, tetapi bila melihatkan awan yang hanya tebal dan tiada titis hujan, aku mengambil keputusan untuk tidur saja. Semasa 15 minit pertama di angkasa, aku mula bz mengambil gambar. oh! ya! Rombongan kami ke sana adalah dengan menaiki kapal tambang murah dan tidak menarik, Air Asia!



Tidak banyak yang dilakukan pada hari pertama aku sampai ke sini, maklumlah, kitorang sampai pun dah pukul 9 malam. Hotel Center Point, Gadong (Bandar Seri Begawan) merupakan tempat penginapan aku bersama opismet aku yang lain. Bilik hotel yang aku duduki ini memang membuat aku rasa selesa sekali, biarpun aku hanya duduk semalam je kat bilik tu. Sebab bos yg sebilik ng aku suruh pindah, very the allergik dat woman occay. But i'm occay then!


Setelah melalui tidur yang kurang selesa dan keadaan pesawat yang 'bergegar' sepanjang perjalanan, akhirnya kitorang selamat mendarat dekat airport antarabangsa Brunei Darussalam. Erm, maybe airport ni tidak ada penyelenggaran yang sempurna pun, banyak lampu utama di kawasan kaunter kastam masih belum diganti. Herm, 1st impression aku ... occay positive kan! Tambang teksi dari airport ke hotel hanyalah BD25.00 (RM50.++). Semasa dalam perjalanan ke hotel, tiba2 aku terasa macam balik ke kampung halaman aku, Sandakan. Herm.. keadaan malam yang sejuk, pokok-pokok.. isk... rindu gilak seh! Memang terasa sangat, tambah lagi masa kat airport sebelum tu, aku spikang bahasa Sabah dengan diorang, opkosla dorg paham bahasa aku kan. He he he.



Gambar kat atas ni, masa aku masih di dalam flight kat LCCT. Bila dah tengok balik dan edit sedikit gambar ni, tetiba aku ingin aku menamakan gambar ini sebagai I'm leaving on a Airasia plane.. hehhehe.. occay! Bila dah sampai hotel, big bos aku ajak pergi dinner kat luar. Herm, sebelum tu bos aku bagi aku not BD100. ekkekeke.... lebih kurang RM 220.00 matawang Malaysia. Kitorang pun pergi dinner kat kedai makan Thailand. Oh! Aku malu nak snap2, bos-bos aku tu bukannya paham pun minat aku ni. Anak bos aku tapi, dia minat benda2 photography ni. Dia kata dia pun nak beli, hehehhe... aku rasa last day aku kat Brunei, aku nak g lagi restoren tu. Sedap dan murah gila (mengikut live cost sini la).


Pemandangan kat atas ni adalah pemandangan semasa aku masih kat Malaysia. Maaflah, dslr kelas bawahan occay! Aku duduk kat sayap ni.. occay, selesai dinner, kitorang pun pergi melawat tapak exhibition. Erm, masa tu kerja-kerja set-up sedang giat dijalankan. Tapak exhibition adalah shopping complex The Mall, just a simple mall and meriah la juga. Menurut orang2 kat situ, itu bukanlah main town di Bandar Seri Begawan ni. (ada cerita selanjutnya)




Nampaknya aku dah mengantuk, esok2 aku sambung lagi.


Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei Darussalam.



Lobby Hotel The Center Point, Gadong.

3 comments:

Anonymous said...

Hi Mas, it was my pleasure to meet you at the 5th. Abacus Travel Fair, The Mall, Gadong. Ma'af yer kalau tak berkesempatan berbual panjang, hectic kan yesterday. Too many things to do. Harap dapat bjumpa di lain kesempatan.

EEE...Ha!!

:: cheezzy cheese :: said...

wahhhhhhhhhh beshhhh betul dia! p brunei haa.. msti sronok, w/pon dekat dgn kampung halaman dia.. ape2 hal pon, do enjoy ur trip k!

Anonymous said...

Kan bagus kalo sayap kapal terbang tu (seven-3 or seven-4??) ada tiba2 burung sana bepaut =p~