Thursday, July 3, 2008

MODE: Syok Sendiri


Sebenarnya, aku ada entry mahu dimasukkan tentang hari Sabtu yang lepas. Entah bila agaknya mahu disiapkan kerja edit - mengedit gambar2 yang ada. Herm.. banyak shot yang aku ambil, tapi mood belum datang untuk menyudahkan segalanya. Aku mengakui hidup aku kini terasa-happy-sedikit-lebih dari hari- hari sebelum ini. Poser dengan DSLR? Em.. aku mengaku sekarang ini, aku berada di dalam mode sedemikian.

Baru aku faham maksud isihati seorang poser. Aku tak kisah apa kata kamu tentang aku sekarang. Serius, aku bermula dari si Compact Sony yang aku sayang sampai bila-bila. Aku memang mencinta photografi. Buat masa kini, adik beradik perempuan aku semuanya meminati dunia ini. Bagi diriku sendiri, alangkah indahnya hidup bila mana berjalan-jalan di sesuatu tempat lalu mengambil shot yang menarik (pada pandangan aku, ok!). Bagaikan satu ketenangan bila sebegitu... aku tak kisah mahu menggendong low level dslr aku (nikon 40D), as long aku ada artwork yang telah dipublished-kan.

Semalam aku chat dengan sorang chatter. Pasal photographi la, aku tak kisah dia mahu meng-komenkan apa saja tentang gambar-gambar aku. Tapi caranya seakan-akan mahu merendah-rendahkan user low level punya dslr. Pertama, aku baru sebulan guna dslr ok. Kedua, dslr aku bukan superb level punya. Ketiga, aku masih belajar tentang dunia ini.

oh! Bila aku meminta url artworknya (sebab dia memberi komen yang pedas, tapi aku selamba telan!), dia memberi aku laman friendsternya. Hehehe.. aku malas nak komen gambar-gambar yang dia ada. Masing-masing ada citarasa sendiri bagaimana mahu menghasilkan artwork sendiri.

jangan kondem karya orang lain, kalau anda bukan pengamal bidang ini.
anda boleh memberi pandangan, tetapi sila sertakan karya anda untuk dibincangkan bersama.
Mungkin anda low profile, tetapi pencinta bidang ini yang tegar, tidak sesekali merendahkan kebolehan orang lain..

huhuuh.. malas nak komen lebih2. Ari ni aku cek email, terkejut aku dengan fesyen terbaru Siti Nurhaliza tu. Bad taste ke atau nak jadi satu revolusi lagi? aduhai Kak Siti...




No comments: