Aku namakan bayi itu Muhammad Amirullah.
Aku tidak pasti kalau nenek kepada bayi itu mahu atau tidak menerima cadangan aku itu. Ya, seorang bayi lelaki telah lahir 4 hari yang sudah. Tengah malam hari ketiga, aku mendengar tangisan kecil Muhammad Amirullah. Bila pagi, neneknya datang ke rumah dan aku sempat bertanyakan hal tengah malam sebelum itu. Dia kata, ibunya tiada air susu badan. Oh.
Biasa lah. Apabila duduk bersantai bersama jiran, pasti ada cerita harian yang dibualkan. Sebenarnya, Muhammad Amirullah di bin kan kepada Abdullah, kerana bayi itu didaftarkan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat. Tiada surat kahwin mahupun kad pengenalan si bapa. Atas keegoan kedua belah keluarga, akhirnya bayi ini berbinkan Abdullah. Mungkin mereka punya sebab yang lagi besar kenapa perkara ini terjadi. Tetapi, aku memuji sedikit tindakan si nenek memfailkan kelahiran Muhammad Amirullah di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat dengan tujuan untuk meminta perlindungan, mahupun perhatian dari pihak berkaitan untuk apa-apa yang berlaku di masa depan. Mungkin si nenek takut kalau-kalau bayi itu diambil oleh pihak keluarga lelaki. Itulah aku cakap, atas dasar keras kepala dan tidak mahu beralah, maka ini lah keputusan yang diambil.
Mungkin aku sedikit sudah sedikit dewasa, lalu aku bertanya soalan-soalan bonus.
Makcik, aku rasa bapa budak ni mahu bertanggungjawab ke atas keluarga yang tidak jadi ini. Takan lah dia tak mahu memikirkan soal masa depan, lagi-lagi anak ni dah lahir.
Aku memang tak mahu lelaki itu pun. Biarlah, kalau budak ini sudah besar kelak, aku cakap bapa budak ni sudah mati ataupun lari.
Aku pun bungkam, aku malas mahu bertanya soalan-soalan lain yang boleh buat orang tua tu akan terasa hati kepada aku. Kan aku ini baik hati? Hehe.
Aku rasa, kalau semua manusia berkasih sayang di dunia ini, mungkin dunia ini akan aman damai. Mungkin kamu di luar sana memikirkan daya pemikiran masyarakat aku di sini yang sedikit belum berubah. Aku tak nafikan pun. Tetapi berubah atau tidak, perilaku itu haruslah disesuaikan dengan pegangan hidup, bukannya cengkaman ideologi mahupun adat budaya yang mendesak.
Aku belum berkesempatan mahu melihat Muhammad Amirullah, kerana dilarang oleh Mak. Mungkin dia takut aku boleh terkena tempias perbuatan itu. Nauzubillahiminzalik..
Tak apa, ini mungkin akan mengambil masa. Kadang-kadang aku kesian melihat nenek dan anak perempuannya. Mungkin mereka ini terdesak dan mengambil keputusan untuk mempertahankan diri sendiri dari di pandang negatif oleh orang sekeliling. Perkara yang salah itu sudah terbuat, jadi aku fikir mereka sudah bersedia untuk menghadapi apa juga rintangan.
Makcik jangan lah fikirkan sangat cakap-cakap orang di luar. Benda yang lepas, biarlah. Yang penting, bayi dan mama nya sihat walafiat.
Malas aku bah, rumah aku ni ditengok-tengok.
Ala, bukan juga makcik jadi buruk pun kena tengok.
Hehehehe..
Betul lah. Manusia perlu diberikan sokongan. Kalau sepanjang hidup dihabiskan dengan memikirkan cakap-cakap orang, mungkin makcik itu akan mati awal. Tambahan pula, ibu muda itu sendiri mempunyai penyakit badan yang belum dikenal pasti oleh doktor. Menurut nenek itu, doktor kata bayi tu sihat. Biarpun aku belum pernah menjadi ibu, tetapi aku pasti bayi juga mempunyai instinct terhadap perilaku mahupun emosi ibunya. Lagi satu, apa juga maklumat yang difikirkan di minda si ibu, pasti akan disadurkan menjadi gen kepada si bayi menerusi susu ibu. Bahkan proses ini berlaku semasa bayi di dalam kandungan lagi.
Pasal itulah kakak aku yang pertama menjadi juruhebah radio kerana Mak cakap semasa dia mengandungkan kakak aku itu, dia suka sangat mendengar radio. Hahahahaha !
Mungkin juga keluarga-keluarga yang aku maksudkan ini mahukan masa untuk memperbetulkan keadaan yang sedia ada. Tambah-tambah lagi apabila seorang bayi telah lahir. Mungkin mereka punya sebab sendiri kenapa perkara ini boleh berlaku. Haih.
p/s Aku pilih Muhammad, bukannya Mohd kerana ia lengkap untuk disebut. Kalau aku, Mohd itu sama juga dengan aku sebut Mot. Macam Askum, aku lebih praktikkan Assalamuallaikum kerana aku mahu pengertian yang bagus-bagus saja. Mekom, Akum, Semekum, Kum ini lebih baik kau ucap sama burung tiung peliharaan keluarga aku. Dia lagi petah bagi salam yang penuh, biarpun dia tak tahu apa maksudnya.
p/s/s: Aku pilih Amirullah kerana aku jumpa seorang budak yang sangat comel (baru berumur 6 tahun) di dalam kebun keluarga kami. Budak itu sangat sopan bila bercakap dengan orang yang lagi tua darinya dan tidak nakal. Mudah-mudahan kedua-dua Amirullah ini dilindungi oleh Allah dan selaras dengan maksud nama ini dari sudut Islam.
Masa kamu baca entry ni, nenek tu dah terima pun nama yang aku cadangkan tu. Sweet kan?
10 comments:
Alhamdulillah,
Bear in mind that the Child do not carry the sins of the Parents. Treat him well and give him all he deserves.
Akhirnya... selesai 1 masalah timbul pulak pula tanggungjawab membesarkan 'DIA' menjadi manusia. Aku tau kisah itu.
blh jg ganti dgn 'salam' saja...sama maksud memberi salam jg..
burung tiung aku pun pndai ucap salam.. hahahaha.. dia jg pndai tiru bunyi siren ambulans sbb ambulans hari2 lalu dekat rmh aku membunyikan siren sehingga 5 kali sehari.. hebat kan burung tiung aku?
mas, kau sungguh baik hati. aku doakan kau bahagia. mudah-mudahan anak itu membesar menjadi orang yang berguna..nama itu cantik dan mulia maksudnya
TheOnlyRockHead - thanks.
The Black Bobohizan - sudah tukar nama ka =)) lawak juga nama baru ni, pengikut black metal ??
Mrs Noel - aku lupa pula tulis pasal Salam tu. thanks for the reminded... kalau siren tu, hui mmg aku serender lowwwww....nanti kita buat pertandingan bunyi burung tiung =))
haris - thanks..semoga segala puji tak ku meninggi diri.
aku pun bole jadi assistant bobohizan ba jugak
co-bobohizan namanya. huahuahua.
miko : ko nda bleh jadi asisten, sbb ko nda cukup aura =)) penakut bersiri=))
sejuk hati membaca entri ini. sejuk perut ibu mengandung bayi itu,, err kalau sesuailah. kalau nda, abaikan.
facet : baby tu lahir smoothly pun. tiada laporan sakit beranak dari mama budak tu...sakit beranak macam kali pertama beranak..dan budak tu lahir depan pintu masuk wad kecemasan hospital DOK..hehehe
Aku ingatkan ada istilah 'perogol bersiri' jak. Rupanya penakut pun ada istilah 'penakut bersiri' ye? Hahahahuak huak tui (teludah muka penyamun henpon tu). Brutl kunun si Dang Unos tu, hmmm betul betul betul (cara ipin cakap) memang penakut bersiri tahap Nobita tul.
Post a Comment