Tagged, syok sendiri. Dan aku syorkan kamu menjejaki aku.
5 Fakta tentang aku yang sering aku lakukan ketika blogging.
1) Mendengar lagu-lagu berformat mp3 melalui Winamp Player aku. Aku dan muzik tidak boleh dipisahkan. Aku membuat entry sambil mendengar lagu-lagu dan ianya mengikut mood dan intipati entry aku. Sekiranya entry aku itu berkisarkan emosi happy, aku akan setup lagu-lagu yang bertemakan happy dan rancak. Tak kisah lah lagu-lagu Inggeris ke, lagu-lagu Melayu ataupun lagu-lagu Indonesia. Kalau entry yang sedikit EMOSI KERUH, aku akan setup lagu yang ala-ala emo sikit lah. Haih. Kalau entry yang in love atau mengingatkan aku pada seseorang, aku akan set up lagu-lagu yang mengaitkan aku dengan seseorang itu lah. Syok sendiri, kan? Tak apa.
2)Sedikit membuat survey dari mana-mana sumber. Biasanya kalau entry-entry yang melibatkan isu-isu semasa, aku akan Google terlebih dulu untuk mengelakkan kesalahan isi maklumat dan mendapatkan maklumat yang betul. Kalau sekarang ini, aku tidak mempunyai fixed line, aku akan catat terlebih dulu sebelum aku pergi wifing di Restoren Aishah, Bandar Maju. Ini untuk mengelakkan aku membazir masa terkial-kial mencari isi cerita. Dan bila sampai di rumah, baru lah aku akan membuat sepenuhnya isi-isi entry yang berkaitan.
3)Memerlukan ruang masa yang betul-betul sesuai. Aku kurang gemar membuat entry dalam keadaan kelam kabut, kerana keadaan begitu boleh membuatkan aku hilang arah dan mudah mental blocked. Mungkin aku tidak pernah bekerja seperti official journalist, sebab itulah aku lebih suka mencari ruang masa yang betul-betul aku yakini aku-boleh-membuat-entry.
4)Sekiranya entry aku melibatkan EMOSI KERUH, biasanya aku akan membuat draft terlebih dulu. Aku akan mengambil masa yang lama untuk memikirkan baik buruknya tentang sesebuah entry yang aku buat itu. Dan entry EMOSI KERUH ini tidak selalu akan terjadi. Aku akan peram draft itu terlebih dulu dan akan mengambil banyak masa untuk berfikir samada mahu diterbitkan atau tidak. Dan biasanya, akal dan fikiran aku sudah bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan, komen-komen dari si bijaksana dan sedikit bongok mahupun nasihat-nasihat berguna dan tidak berguna dari audiens.
5)Satu mug milo. Kalau dulu, aku sinonim dengan kopi tetapi kini aku begitu kurang dengan pengambilan minuman ini. Mungkin keadaan cuaca panas di Sandakan ini yang sedikit terik, membuatkan aku senang mendapat sakit kepala dan susah tidur. Tetapi, milo pula aku akan ambil ketika waktu malam sahaja. Senang tidur dan sedikit membuat aku rasa relax.
Ok, itu saja fakta tentang aku apabila sedang blogging. Sengaja aku cipta tag-men-tagged ini, kerana aku sudah lama tidak di-tagged. Hahahaha…jadi aku tag kamu, seperti di bawah:
Facet - Takan url ini ditinggalkan. Dia ini tidak wujud sebenarnya. Ya, aku tipu.Ewen yang chomel - kamu memang comel pun, nanti aku hadiahkan kuda terbang ok.
Dang Yunos - nanti dia rasa diadiktirikan. Sedangkan kami ini adik beradik.
Rahimin - The real rokstar, kata Facet.
Madu Beracun - Oi, jawab tag aku ni!
Kematz - Dia ini Superstar ok, dan juga saudagar kapal yeah yeah
Yosh Yang Jahat - Dia ni pun superstar.
Reen The Devilish - dia ini best!
Sue Anna Joe - Er.. segan..
Kepala batu - Buka la blog tu...lalalala
Chieka - ada suda ni lalalal
5 comments:
tahniah sebab berjaya buat TAG :D
adeyy. ada assignment woooh. baa kijap aku buat. ngeh ngeh ngeh.
Akupun lama tidak kena tag. Salah satu sebab, macam kau bilang, aku mana wujud xD
Tak boleh bukak lagi, nanti saya kena ISA!!
Kan saya sudah bagi private access kpd Puteri..?
Post a Comment