Cheritanya macam ini. Tapi sebelum ini, lantak apa korang nak katakan, nak kata aku jakun sangat, katalah. Tapi aku cukup teruja dengan pemandangan Putrajaya. Kata orang ni, dia lagi suka pemandangan pada waktu malam. O ya! Kerlipan neon, buat pemandangan anda sungguh chantek. Apatah lagi ketika bersama seseorang :P.
Precint 3, Putrajaya.
em.. aku juga akan jadi macam tu, tapi aku tak mau cakap pasal waktu malam. Pemandangan waktu siang memang susah nak luahkan….. dimulakan dengan Bismillah.
Pagi semalam, aku lewat 3 minit masuk ke opis. Ya! Memang salahku sendiri, kerana LIDUT. Ari ni pula, ada meeting besar-besaran (kat bilik meeting yang kechil) kat opis aku. Aku tak dapat attend sebab aku kena bergegas ke Putrajaya nak jumpa client aku. Ini pun sebab aku tak dapat lagi details pasal function seminar Perbadanan Putrajaya ni. Hermm… aku dah minta dulu, tapi organizer dia ni kureng..hahaha.. lalu, aku pun ke Putrajaya .. dulu, kali pertama datang ke Putrajaya, tak la segah macam sekarang ni. Tiba-tiba perasaan teruja aku kembali sepertimana keinginan aku dulu hendak masuk belajar ke UiTM (sedikit masa lalu). Apa yang buat aku teruja, bila melihat struktur bangunannya yang sangat mengkagumkan. Setiap kementeriannya mempunyai rekaan bangunan yang tersendiri. Hui, aku suka. Aku suka tempat ni.
Pusat pemerintahan kerajaan Malaysia yang bagi aku sangat meruja-kan. Seolah-olah aku sedang berada dalam set khas cerita sains fiksyen masa zaman kanak-kanak aku dulu. Entah berapa ribu rakyat Malaysia yang bekerja di sini ni. Tapi aku tak sempat nak ambil gambar bebanyak, gambar yang aku ambil pun, angle kepala hotak aku je. Hahahaha… tak sukaaaa sudeyyy…. insyaAllah, aku pasti kembali ke tempat ni untuk mengambil gambar.
Function deal ni mengambil masa sejam. Penat bagai aku nak mencari tempat ala-ala Star Trek ni. Masa aku deal dengan organizer ni, aku pikir dia ni sememeh jer (kedengaran..) alahai… comelnya.. dan proper dressing. Dan.. ehem… hensem kot. Hahaha.. memang seronok deal dengan organizer tu sebab orangnya funny dan gilak-gilak.. orang Kelantan yang aku agak-agak high educated juga. Almaklumlah, job position pun assistant Director. Tiba-tiba aku ternampak info kat dinding dia tu pasal DSLR. Apa lagi, kenala gunakan kesempatan yang ada untuk bertanyakan perihal foto-foto ni. But, he is so humble… dia kata dia wedding photographer. Bila aku minta url add nya… ahhaha.. dia kata malu nak kasi.. hehehe… tak apa la.. aku pun balik ke Bukit Bintang semula..
House of Justice
Pada 8 dan 9 May, aku akan ‘berkampung’ kat Port Dickson. Keja belambak, terpaksala aku bawa laptop aku buat kerja kat sana. Herm…. Aku dan Cik Kutif (budak eksekutif yang pernah aku kutuk) akan attend function. Herm.. function under aku punya organize la.. ada 3 group akan masuk. Penatnya…. Entah boleh ke tidak, nak siapkan kerja-kerja aku. Oklah.. nak tidur sekejap, pastu bangun balik, nak packing barang.
Inilah seronok kalau ada laptop. Boleh online dari ceruk mana pun. Tambah-tambah lagi ada maxis broadband. Nak harap wireless free, dulu-dulu bolehla.. skrg ni, rasa macam best sebab benda ni dah jadi keperluan bekerja aku. Herm.. anda bagaimana? Tapi aku masih mempertimbangkan computer iMAC atau laptop iMAC dimasukkan dalam senarai wishlisted aku. Huhuuhh… nak iMac!!!!
No comments:
Post a Comment