Sunday, May 4, 2008

MODE : Tentang Seseorang

Heh.. sepanjang malam ini aku membaca blog seorang gadis comel. Pada perkiraanku dia amat comel. Lihat gambar di bawah, kalau dia nampak entry aku ni, agaknya dia marah tak? Janganla marah, anda blogger, aku juga blogger. Jangan bimbang, apa yang aku tulis di sini, sama macam kau – sebuah luahan. Jangan nilai seseorang itu dari luaran, ya.. maybe kamu ketawakan aku, aku menilai dirinya dari penulisannya. Pernah mendengar, penulisan adalah satu cabang seni yang jujur (sekiranya jujur). Lupakan seketika majalah-majalah rubbish gossip yang anda minat tu. Opss… aku takan letak urlnya di sini. Dia masih remaja, emosi mudah memberontak, sama seperti aku yang lepas-lepas. Cuma, dia berlibur, aku memencil.

Jangan gitu gadis comel. Seperti kata-kata di dalam komen box mu, apa pun pahit kau terima, hidup ini mesti diteruskan. Aku bukan di situasi mu, tapi aku boleh membaca emosimu. Kau ..aku.. perempuan. Emosi tetap menguasai segalanya. Aku tergelak bila kau kata, kau sudah semakin dewasa (untuk hal-hal berlibur mu). Em.. itu matang ataupun sememangnya kau sudah bersedia untuk jadi sesuatu yang lebih dari remaja mu itu? Kataku, hargai usiamu, kau sudah tau perit hidup ini ‘seindah mana’, cuba terus mengukir sesuatu yang lagi ‘kuat indahnya’ ketika usiamu yang masih muda ini. Aku yakin kamu juga hebat, seperti mana kamu selalu bermimpi. Tentang si dia, jangan bimbang. Dia juga memerlukan ruang.

Seperti aku, aku telah banyak kali dikecewakan. Siapa pun yang pernah menyentuh ‘tangisku’, aku tetap sayangkan mereka. Aku tetap hormat mereka sebagai lelaki. Manusia – dijadikan berpasangan, lelaki dan perempuan.. dan tidak akan lebih dari itu. Dan oh ya! Aku anti-homo (insyaAllah, Allah melindungi hatiku). Percayala, ada ‘angel’ yang akan mendatangi mu <-- ya, aku terpengaruh dengan lambakan karya seni barat, insan biasa ok!. Bukan hanya seperti perihal Kasih, tetapi juga insan2 terdekat dengan kamu. Berharap saja keajaiban itu. Hidup ini tidak bersyarat sebenarnya. Tetapi hidup ini penuh panduan. Apa kata, senyum saja pada yang lepas itu, teruskan hidup sebagai gadis comel di mana-mana hati sekalipun. Biar mak marah, tapi kamu tetap sayang padanya bukan?

1 comment:

13may said...

kamu pun mesti comel ;)

perghh!!!
ayat di pagi hari :D