Friday, November 7, 2008

Perihal : Si Jantan, Kakak sulung aku, Afiqah, Hakim dan cewek-cewek bermisai.

Kadang-kadang aku tertanya, bagaimana kamu di luar sana yang menjadi blogger dan membuat persediaan untuk entry di dalam blog masing-masing. Maksudnya, apa perkara yang kamu lakukan terdahulu sebelum blogging. Sabarlah, aku tahu aku sudah lama tidak membuat entry di sini. Pada perkiraan aku, seminggu. Yi..er..sam..se…ya seminggu barangkali.

Aku menghadapi mental blocked. Idea burnt out. Padahal di dalam kepala otak aku, banyak perkara aku nak entry-kan. Ah! Kamu harus faham, macam yang aku sudah tulis sebelum ini. Perhubungan aku dengan dunia cyber kelihatan agak terbatas. Nokia N70 milik adik aku, bukan milik aku. Seperti aku kata, di sini tiada 3G Maxis Broadband. Celcom 3G? Ada, tapi hari itu aku malas ke kiosk yang terletak berhadapan dengan laut itu. Apa jadah kiosk itu dibuka di situ? Chemistry feng-shui barangkali. Bukankah perkhidmatan Celcom menggungguli keseluruhan Sabah, diikuti dengan DIGI? Dan, aku sendiri tidak tahu teknologi yang ditawarkan oleh perkhidmatan-perkhidmatan telekomunikasi ini. Kiosk Celcom itu dibuka di satu tempat yang dipanggi GrandView. Lebih kurang 3 batu dari rumah aku, dan 2 batu dari bandar Sandakan. Aduh! Aku pun tak berapa pasti kenderaan awam ke situ. Jadi, sudahnya aku lebih rela memilih Maxis Broadband yang tidak berjalur lebar itu. Hai, mengeluh!

Berbalik kepada perenggan pertama di atas. Seperti aku di sini, dan sebelum-sebelum ini. Ataupun sebelum aku balik ke sini, aku mesti memastikan perkara-perkara tertentu sudah dilakukan dengan lengkap sebelum ber-blogging. Macam serius saja bunyinya. Berikut, merupakan perkara yang aku lakukan sebentar tadi sebelum memulakan entry ini.

1) Mandi, kerana terasa bahang masih berbekas di seluruh tubuh. Hari ini terasa begitu panas.

2) 2 jam kemudian, aku terasa ingin membuang segala bahan kumuhan dari sistem perkumuhan aku.

3) Kemudian, aku ternampak Jantan, kucing keluarga kami yang begitu kotor kakinya. Aku ambil dia dan membasuh kakinya. Biarpun sedikit percakaran telah berlaku, aku rasa dia sudah selesa dengan keadaan kakinya yang sudah bersih. Mungkin dia pun pergi membuang bahan kumuhannya di atas tanah. Ataupun, sebenarnya dia pergi bermain-main dengan Geng Hitamnya yang lain. Kucing, biasalah.

4) Menghidupkan lappy sambil mencari-cari tempat yang sesuai untuk ber-blogging. Sekarang ini, aku mengamalkan cara hidup sihat. Padan muka! Aku rasa rabun malam aku ini semakin menjadi-jadi. Jadi, aku mengambil keputusan untuk memasang lampu ketika menghadap lappy. Kalau tidak, pasti aku merasakan 2 biji mata aku ingin tersembul keluar dari tempatnya. Oh! kesilapan sendiri yang sudah diketahui kesannya.

5) Memilih lagu-lagu untuk dimuatkan di dalam Winamp Player aku. Serasa-rasa lagu tersebut itu berpadanan dengan mood aku, aku pilih. 12 lagu Indonesia, 6 lagu Malaysia dan 1 lagu Jepun. Antara lagu favourite aku malam ini. Kemudian, shuffle setting-kan ia.

AKU MALAS TERGANGGU KETIKA BLOGGING ENTRY.

Ayoh! Mulakan blogging.

Sebenarnya, 3 jam sebelum ini aku menerima panggilan telefon dari kakak sulung aku. Chit-chat beberapa perkara. Berikut adalah perkara yang dibangkitkan yang aku mahu kongsikan kepada kamu semua.

Broadband mu kenapa ? –
Penggunaan handphone adik aku agak limited. Tak apa la tuan punya telefin bimbit berhak. Kedekut? Heheheh.. tak juga. Along kata, dia bukan cincai tak ada girlfriend. So, dia sibuk berbalas sms.

Apasal tak update blog?
Merujuk kepada soalan nombor 1. Dan, hal lain adalah seperti aku sendiri tidak mempunyai idea yang siap sedia di-blogkan. Dalam seminggu ini, tidak banyak gambar aku ambil. Aku jadi takut di tanah kelahiran sendiri. Ahad lepas, aku turun seorang diri ke Pasar Minggu Sandakan. Tak Facet, aku bukan malu menggantung DSLR aku, tetapi aku jadi takut. Aku masih memerlukan masa membaca raut wajah orang-orang di sini. Tidak mesra kamera. Jadi, aku takut mereka akan tersalah anggap kepada aku, dan kamera aku menjadi sasaran. Lagipun Ahad itu aku membawa sekali lappy aku, konon-konon mahu mencari wifi café @ restaurant. Tetapi, keadaan cuaca agak panas aku hanya berkunjung ke cyber café CyberJazz yang aku rasa tidak pernah mengalami perubahan semenjak beberapa tahun yang sudah. Jadi, aku takut agresif untuk mengambil gambar, kalau apa-apa terjadi contohnya di-bodek (disamun), aku tidak boleh bertindak pantas kerana benda-benda yang melingkari aku. Jadi, tiada satu pun gambar diambil, padahal scene-scene begitu menarik. Aku cuba Ahad ini ya?

Amacam? Ada dapat photography job tak?
Ada. Ada 2, tapi sekarang ini aku masih mengkaji benda-benda yang berkaitan. Kedua-keduanya wedding job. Helo, kau tengok gambar-gambar yang aku snap dan blogging kan di sini, agak-agak kau, aku boleh tak ambil job photog ni? Aku terus-terang, aku memang tak yakin 100%. Aku tak pernah pun berpengalaman hendak menjual produk photography ini. Cuma, seorang poser yang baru mengenal DSLR-L-L-nya. Inikan lagi melibatkan momen-momen bernilai bagi orang lain. Hari itu, bila melihat Saiful Nang sedang ditemuramah di dalam Malaysia Hari Ini, aku jadi kagum. Entahlah, terdapat rakan-rakan terbaik aku, termasuk kakak sulung aku memberi sokongan moral terhadap aku di dalam perkara ini. Haishhh…bila kau diberikan semangat di dalam perkara yang melibatkan jati diri kau, apa kau rasa? Bukan oren, tetapi berbelah bagi. Bagi aku masa occay?

Bulan Disember ni, jadikah balik ke kampung?
Jadi! Kakak sulung aku akan balik sekitar 15 haribulan. Adik-beradik aku yang lain pun akan balik sekitar 20 haribulan. Sudah lama kami tidak berkumpul, mungkin 4 – 5 tahun. Lagipun, hujung tahun kan cuti sekolah, berkesesuaian dengan masa bekerja kakak-kakak aku. Kakak aku yang 2nd pun tengah cuti semester. Kenapa tak balik semasa Aidilfitri? Memang tak sesuai langsung. Cuti raya Aidilfitri begitu pendek. Jadi, kami mengambil keputusan untuk gathering hujung tahun ini. Mungkin kakak sulung dan kakak 2nd bersama suami masing-masing akan mengambil cuti tahunan, manakala Dang bercuti semester dan adik aku yang polis bertugas di Sibu akan mengambil cuti sendiri sebelum memulakan semula tugas operasinya di sempadan tanah air.

Anak aku dah jadi perawan dah.
Haha, tiba-tiba aku rasa terharu. Haishhh, jangan fikir yang bukan-bukan. Ya la, kau tahu tak, saat kali pertama didatangi haid antara momen terindah yang akan kau kenang sepanjang hayat. Banyak perkara kehidupan perlu dipelajari selepas itu. Kiranya, Afiqah seperti kanak-kanak perempuan yang lain, didatangi haid ketika berumur 12 tahun. Kakak aku cakap, Afiqah tak banyak songeh pada kali pertama itu. Bapa dia sedikit marah apabila tidak diberitahu perkara ini. Alasan kakak aku, ini hal orang perempuan. Haishh! Dalam perkara ini, sudah pasti bapa dia akan teruja, anak perempuannya sudah menjadi seorang gadis akil baligh. Bapa Afiqah sempat berpesan kepada kakak aku untuk memberitahu hal perihal yang berkaitan. Ala, seperti menyambut baby baru, banyak perkara baru akan dipelajari. Er..silap pula, aku sendiri tak pernah sambut baby sendiri. Maksud aku tentang fasa kehidupanlah. Jadi, perbelanjaan bulanan kakak aku akan bertambah sekitar RM6.00 untuk membeli pad wanita khas untuk anak gadisnya itu. Oh! Sweetnya. Dan, aku sudah menjadi seorang makcik kepada seorang anak gadis. Manis sungguh momen ini.

Mohd Nor Hakim buat hal.
Hakim adik kepada Afiqah. Keadaan ini berlaku di sekolah lama adik beradik itu di daerah Lengging. Kakak aku sedang membuat event di situ. Kata kakak aku, dia sudah mendengar gelak-gelak asing di bawah meja yang dia duduki itu. Dipendekkan cerita, ketika hendak bangun untuk berkata sesuatu, kakak aku hampir lagi ‘menjunam’ ke depan. Nasib baik, tindak refleksinya begitu pantas berkomunikasi impuls dari kotak fikirnya. Hakim, menyimpulkan kiri dan kanan kasut sport kakak aku. Haish, kau boleh bayangkan keadaan kakak aku. Nasib baik! Kakak aku cakap Hakim ketawa bagai tak cukup nafas melihat mamanya yang seakan-akan mahu tumbang itu. Hahahaha…. Aku ketawa occay!

Haisshhh. Memang macam-macam hal-lah. Itu cerita aku beberapa jam yang lepas. Lepas ini, aku mahu menonton tv pula. Sikit jam lagi cerita drama Indonesia Titipan Ilahi tu nak habis. Teringat MM di dalam entrynya yang lepas, memang di Astro terlalu banyak drama-drama yang melibatkan gadis bermisai halus.. hahahaha…cerita Indonesialah. Aku sebenarnya suka menonton cerita Indonesia, tapi bila melibatkan setiap hari, aku jadi muak pula. Tapi sekarang ini, aku selalu menonton cerita Renjis 2, Ulang Siaran Raja Lawak, KL Menjerit, CSI NY, Mentua VS Menantu. Kakakaka… tiba-tiba terfikir untuk membuat entry pasal rancangan Astro ni pula. Occay, away sat.


1 comment:

Anonymous said...

Hahaha kewanitaan dan kenakalan seorang budak bernama Hakim!