Saturday, November 1, 2008
Celuparkan diri.
Serasa aku, ramai kawan-kawan mentertawakan tentang perihal aku back for good ke kampung halaman. Kenapa kamu rasa seperti itu? Apasalahnya aku BFG? Sepatutnya kamu tanya diri kamu kenapa kamu tidak mahu kembali ke pangkuan keluarga. Atau sebenarnya kamu takut dengan bayang-bayang masa depan kamu sendiri. Jangan terlalu mengejar kesenangan hidup, sedangkan di kampung ada lagi ibubapa kamu yang memerlukan kamu.
Aku bukan anak yang baik pun. Malahan sehingga ke hari ini, aku masih belum mempunyai pekerjaan. Sedang berusaha ke sana sini. Hakikat hidup yang sebenarnya sudah aku jangkakan akan berlaku. Tapi aku tak takut pun. Mungkin kata-kata aku agak ego, tapi aku peduli apa. Ada lagi kehidupan yang perlu aku teruskan.
Menyuruh aku pulang ke Kuala Lumpur bukan perkara yang sepatutnya kau lakukan. Serasa aku, aku tak sanggup tinggal lagi di sana untuk 7 tahun. 7 tahun seperti mana yang aku pernah buat. Hati aku bukan di situ. Aku bukan pencinta bangunan-bangunan konkrit seperti kau. Aku bukan pencinta kebebasan hidup. Aku masih ada keluarga yang perlu diberikan perhatian. Kau tak malu biarkan ibu bapa kau menua di sini tanpa perhatian kau?
Aku sedih bila lihat Mak dimasukkan ke hospital. Jiran-jiran yang bersusah payah melihat sakit Mak. Sedangkan Mak ada 6 orang anak. Biarpun Along ada, tapi apalah sangat yang ditahunya. Seboleh-bolehnya, aku sentiasa mahu berada di sisi mereka.
Biarlah aku korbankan keinginan-keinginan aku. Tiada salahnya aku bekerja di sini dan mahu menjadi anak watan yang berguna. Sabah kurang maju kerana kekurangan watan yang mampu membantu. Kau jangan salahkan orang lain kerana kaya di tanah kelahiran kau. Atau kau sememangnya malas untuk berusaha?
Haih...rezeki ada di mana-mana dan aku percaya terhadap keteguhan diri sendiri. Apalah sangat sen kau di sana kalau itu-itu saja yang kau hadapi? Kau penakut terhadap diri kau sendiri. Jadi, jangan cuba-cuba nasihati diri aku kalau sebenarnya kau sendiri pun tiada pencapaian hidup yang cemerlang. Macam? Kau marah?
Aku sediakan comment box aku dan bersedia menerima tetamu ANONYMOUS seperti kau untuk hentam aku. Aku celupar? Kau tahu hakikat itu kan?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
ehem...mas...lek ko..sepa ko marah ni mas?jan ko mengencang sana aku cucuk pakai jarum meletup ko tu...na na na na...missyah babe daaaaa
cool..i like ur photography...u inspired me so much..;]
cantik gambar :)
btw, hanya diri kita mampu melayan kepala hotak kita :D
Post a Comment