Friday, October 31, 2008

Kebun Sayur dan dslr.

Sebenarnya entri ini hendak dipulished semenjak 2 hari lepas. Tapi connection broadband sangatlah lembab. Aku berharap hari ini connection broadband akan pulih sekejap. Tapi hujan turun kembali, haihhh. Aku rasa kehidupan aku amat lambat buat masa sekarang. Mungkin disebabkan aku belum mendapat pekerjaan lagi. Aku kena membiasakan diri menerima perubahan mendadak dalam hidup aku. Betul cakap MM, kau seharusnya berbangga dapat kembali ke tanahair / kampung halaman sendiri untuk bekerja. Berdekatan dengan ibubapa yang telah tua.

Ini gambar-gambar yang aku snap semasa aku mengikuti Mak ke kebun sayur kecil-kecilannya. Kan sebelum ini, kesihatan Mak sedikit ‘kacau’. Terima kasih doa-doa kamu, Mak masih memerlukan perhatian. Tetapi beliau sudah mampu ke kebun kecilnya ini. Kau just imagine dapat makan sayur-sayur segar, tapi aku agak memilih sikit. Aku tak mahu makan sayur berbaja, seperti kangkung, kalian, sawi; ini aku merujuk kepada kebun sayur Mak aku. Leher tekak aku bagaikan kembang bila memakan sayur-sayur berbaja ini. Mak suruh petik sayur kangkung, tapi aku kata aku tak mahu makan. Hehhee…aku lagi prefer sayur-sayur kampung seperti pucuk ubi, keladi, pucuk labu atau timun, dan lain-lain lagilah.

Hujan yang berbekas, tanah menjadi becak. Mak suruh aku pakai kasut Pua Chu Kang kepunyaan Bapa. Haiss..saiz pun aku tak sesuai. Biar berselipar Jepun saja, tapi bila sampai di kebun sayur, aku hanya berkaki ayam. Takutkan selipar putus, aku memberanikan kaki aku memijak tanah becak. Hehehe.. aku kan takutkan cacing. Amat berhati-hati occay! Memang aku bleh meloncat tinggi bila nampak binatang menggiurkan tu. Serius.

Kamu tahu, aku merasa tenang bila ke sini. Kenapa? Sebenarnya, aku dah biasa pergi ke batas-batas sayur semenjak kecil lagi. Dulu lagi Mak pernah bercucuk tanam di tepi berek polis yang kami tinggal. Pun berniaga sayur-sayuran. Tangan Mak dalam bercucuk tanam memang agak ‘sejuk’. Aku juga serius meminati bidang ini, cuma sekarang ini aku masih mencari-cari peluang untuk perkara-perkara berkaitan. Mak memang sporting bila gamba-gambarnya dirakam.

Aku pasti ada di antara kamu yang tidak pernah nampak langsung cili putih ini kan? Cili ini juga dikenali dengan nama cili ayam. Rasanya agak pedas, tetapi lebih sesuai dimasak menjadi intipati dalam sambal ikan masin ke. Hais, asyik bab makan saja. Almaklumlah tinggal bersama orang tua. Tapi macam aku entry-kan sebelum ini, parents sudah tidak memakan masakan pedas. Mereka lebih menitikberatkan soal pemakanan dan penjagaan kesihatan sekarang ini. Jadi, aku dan adik aku, terpaksalah memakan cili mentah kerana kami malas hendak membuat sambal belacan. Hahahah.. betul! Lagipun, sambal belacan mempunyai pengaruh yang kuat. Aku takut Mak akan meminta sedikit cuit... yang akhirnya akan mendatangkan masalah kepada beliau sendiri. Kasihan!

Inilah pondok @ sulap kecil Mak. Memang sejuk duduk di bawah pondok ni. Rumah kami tak jauh dari sini. Tu pasal aku bleh makan sayur-sayur fresh yang dipetik, tidak seperti korang la kan. Heheheh.. Saja bagi jeles occay! Tiba-tiba aku teringat pada Sang Kawan aku yang tidak pernah tahu akan pucuk ubi. Ah! ...

Sorila, gambar-gambar aku kurang kualiti. Aku terpaksa mengecilkan piksel gambar-gambar ini kerana keadaan connection broadband yang sangat-sangat-lambat untuk meng-upload sebarang files. Huhuhuh... Jadi apa cerita kamu?


3 comments:

Ron Veronicazo said...
This comment has been removed by the author.
Ron Veronicazo said...

dan tiba2 aku merasakan kerinduan yang amat sangat...

Anonymous said...

Best la U punya kebun. I pun bercadang nak buat kebun kecil2an bila rumah d kampung dah siap...