Thursday, October 30, 2008

Haihh, hidup.

Dulu aku pernah marah kepada salah seorang sepupu aku. Rentetan dia mengandungkan anak luar nikahnya. Mungkin masa itu aku masih berusia belasan tahun, tapi aku tahu perbuatan itu tidak wajar. Aku marah dia mungkin disebabkan hubungan kekeluargaan kami, mungkin latarbelakangku yang naïf dalam kehidupan. Dia tidak seagama denganku, tapi aku rasa aku berhak menegurnya atas sebab kemanusiaan. Dia buang kandungan itu dengan memakan nenas muda.

Macam rasa berak saja, kau akan lihat seketul jisim mungkin berupa seperti daging berwarna merah.

Biarpun dia akhirnya berkahwin dengan lelaki itu (sehingga hari ini), tapi perkara itu memberi kesan kepada aku. Mungkin masa itu, dia tiada pilihan lain. Memilih antara mendapat keaiban dari orang sekeliling atau rasa emosi yang mencengkam kerana baru kehilangan ibu tercinta. Mereka berdua masih muda ketika itu, tetapi aku rasa umur sebegitu sudah berupaya membina keluarga diluar sedar. Oh maksud aku, setelah terlanjur seks tanpa nikah.

Semasa peperiksaan akhir SPM dulu, ada 2 orang teman aku membawa kandungan tanpa nikah semasa itu. Aku terkejut. Dan apabila aku sedikit bertambah usia, aku mula mengkaji kenapa terdapat banyak kes mengandung tanpa nikah berlaku dalam usia belasan tahun. Aku faham. Usia ‘panas’ ini akan dilalui dalam tempoh masa yang agak panjang. Syukurlah, aku tidak sebegitu dan insyaAllah. Mungkin terdapat teman-teman sekolah aku dulu mempunyai anak sekitar 9 – 10 tahun usianya. Aku mengambil SPM pada tahun 1997, … sudah 10 tahun berlalu. Usia 17 tahun aku, aku habiskan dengan sederhana. Aku ingat kesalahan terbesar yang pernah aku lakukan pada masa itu ialah membawa pita video entah apa tajuknya, tetapi bukan pita video lucah occay. Aku lupa siapa pemiliknya, tetapi aku masih ingat aku dibawa berjumpa dengan cikgu disiplin. Aduh! Naifnya. Sederhana saja, agregat 31 di dalam tangan.

Semasa di kampus UiTM, aku masih ingat kawan aku bernama Yati. Dia juga mengandung anak luar nikah. Tetapi, dengan PTPTN yang mencukupi, dia membuang kandungan itu. Jangan fikir pelajar cemerlang tidak mempunyai nafsu. Apatah lagi kalau mendapat kejutan budaya hidup di kota besar yang kecil itu. Juga terdapat kes-kes lain seperti ini di dalam kampus. Ah! Usia ‘panas’ kan.

Dan tadi, aku mendapat lagi berita ini. Taboo ini tetap berlaku. Di mana nilai diri seorang perempuan di dalam hubungannya dengan lelaki di sekitarnya. Di mana nilai diri seorang lelaki yang menjadikan perkara ini seperti benda normal di dalam hidupnya. Dia Islam, jadi aku ini merasa sedih. Kandungan itu berusia sebulan, biarpun masih belum ada roh ditiupkan, tetapi cukup memberi impak kesedihan kepada aku. Di mana sudahnya nilai kemanusiaan kita?

Aku semakin faham. Dia, mereka.. terpaksa membuat keputusan yang dirasakan terbaik di dalam dirinya. Dia, mereka.. lebih faham tentang hidup mereka sendiri. Dan aku, cuma teman. Aku cuba boleh berharapkan kehidupan yang baik-baik untuk mereka. Aku tidak akan menghukum mereka sepertimana yang aku lakukan pada sepupu aku dulu. Mungkin, lepas ini mereka akan lebih faham akan sepatutnya mereka lalui. Kan, kawan?




4 comments:

Miko Yamaguchi said...

siapa tu?

Anonymous said...

Ohh..

Anonymous said...

huhuhu palis2 jauh kan dari keturunan akak...sesungguhnya rasanya benda itu dpt di elakkan kalau keluar beramai2 bukan berdua...dah amalkan"ayat ini kalau dah betul2 sukakan seorang kalau ko betul2 cintakan aku buktikan...langsung jer kerumah orgtuaku...ahaha ini adalah ayat akak masa dulu blom kawen......dan satu lagi kalau nak uji seorang..katakan padanya kalau betul ko nak jadikan aku suri umahmu ko akan tunggu buka plastik bila dah sah...jeng3.maaf adik akak mebebel plak

Rahimin Idris said...

haih, rugi betol.