Saturday, October 4, 2008

Hati perempuan masa kini.

Ingatan kepada teman lelaki aku.

Zaman melalui beberapa peralihan. Kalau kamu melihat fashionitas di luar sana, saban masa kita boleh melihat perubahan-perubahan drastik kepada cara penampilan, termasuklah kain baju, aksesori, warna-warna si rambut, baju kecil dan seluar kecil..ah! banyak lagilah. Hari ini contohnya Bukit Bintang dibanjiri dengan si perempuan-perempuan yang suka bershort pants, very the pendek occay! Tak kisahlah kalau peha kau gebu, berbirat mahupun punya siloluit yang owh!yucks!.

Apa perkaitan dengan tajuk aku di atas? Aku tahu kau akan cakap, jangan samakan hati dengan pakaian-pakaian glamourios kau. Betulkan? Hello, one thing kau kena tahu, perempuan takan lari dari benda-benda itu. Perkaitannya? Baru-baru ini, seorang teman lelaki mengadu kepada aku, tentang teman wanitanya yang menampakkan ketidak-chemistry-an mereka. Ada juga teman lelaki aku yang sudah berkahwin, menceritakan kisah rumahtangganya kepada aku. Katanya, aku ini teman perempuannya yang mengenali dirinya, itu pasallah dia berani bercerita sedemikian. Herm.. aku tidak mahu bercerita tentang teman lelakiku yang sudah berkahwin ini. Pernah dengar, bercerita melalui pengalaman? So, aku belum berkahwin dan kurang gemar memberikan pandangan kepadanya. So, marilah kita bercerita tentang teman lelaki aku yang pertama itu.

Orangnya sederhana dan berjiwa besar, tetapi orangnya tidak gagah perkasa macam Encik Badang. Itu saja tentangnya yang perlu kamu tahu. Dia mahu aku memberikan pendapat….pada aku, kau tidak boleh samakan perempuan zaman 90’an dengan zaman kini 20’an?

Hahahah…okayla, zaman kinilah. Sama dengan taraf hidup kalau dulu kerani boleh mendapat gaji basic sebanyak RM 600.00 sebulan, dan kini gaji kerani sekurang-kurangnya RM 900.00 ke RM 1200.00 sebulan. Taraf hidup kita semakin meningkat. Kenapa si dia menunjukkan rasa memberontaknya kepada diri kau? Bukan seperti si Somalia occay, maafkan aku kalau aku cakap perempuan hari ini semakin matang dalam perhubungan mereka bersama teman lelaki mereka. Perempuan kini lebih bijak mengeksploitasi keadaaan yang dulu-dulunya didominasi oleh lelaki. AKU BUKAN FEMINISME occay!

  • 1) Hati perempuan lebih kini tegar. Entah! Mungkin di sesetengah tempat, masih terdapatnya perempuan yang mempunyai cinta matinya. Segala-galanya dilakukan demi insan-tersayang-yang-belum-halal dimilikinya. Ini terpulang latarbelakangnya, dari segi pengalaman akademik, pekerjaannya mahupun latarbelakang di tempat dia membesar. Dunia lebih maju, aku pasti kamu sudah mula bershopping secara online. Tak kisahla kamu berada di ceruk mana pun. Broadband internet kan ada. Kamu lelaki, kalau kamu membuat dia terasa hati, sekali dua mungkin dia boleh terima keadaan itu. Contohlah, kamu tidak meng-sms dia selama beberapa hari. Mungkin kamu sibuk dengan kerja mahupun tiada kredit. Tentulah si perempuan (kalau tidak tahu keadaan kamu) akan berfikiran yang bukan-bukan. Satu sikap lelaki kini, mereka kurang gemar menyatakan ke-tidak-adaan keadaan mereka. Ego? No, bagi aku ini bukan soal ego, tetapi mungkin mereka tidak mahu perempuan fikir mereka tidak mampu menangani hidup. Kakakakaka… luangkan 20sen anda, pergi ke pondok telefon, katakan padanya kamu tiada kredit, kena tunggu 14 hari lagi untuk beli topap. Bukankah alasan ini kamu menampakkan kamu sangat comel? Perempuan amat pakar dengan perkataan comel ini, tahu! Kamu pun tidak pening mahu memikirkan alasan-alasan yang akhirnya buat diri kamu sendiri tersepit. Padan muka! Hahaahha.. maksud aku hati perempuan kini lebih tegar, sekali dua puluh kali kamu boleh buat dia berfikiran yang bukan-bukan. Sampai satu tahap, perempuan akan memikirkan hubungan yang ada itu seolah-olah kamu tidak hargai, perempuan berkomitmen untuk setia pada yang satu, dia boleh memberikan perhatian kepada kamu. Bukan mengongkong, cuma perempuan memang begitu. Tetapi bila kamu membuat dia terasa hati, sebab itulah kamu boleh melihat wajahnya yang hampeh sesungguhnya

  • 2)Perempuan masa kini lebih memahami keadaan kamu. Seperti yang aku katakan sebelum ini, perempuan berkomitmen untuk setia pada kamu, maknanya dia bersedia menerima kamu seadanya. Hatinya sudah tersentuh dengan kasih kamu, tak kisahlah kalau kamu hanya lulusan SPM, dia pula herm.. tak payah cakapla… sekali dia sudah meng-iyakan kasih kamu, kebarangkalian dia mencari calon yang lain adalah amat rendah. Perempuan lebih berhati-hati menerima lelaki, biarpun kamu begitu senang mendapatkan hatinya, dia juga memasang radar pukatnya. Silap sikit kamu lakukan, lantas dia simpan di dalam hati. Jadi, gunalah kata-kata orang tua, SIKIT-SIKIT-LAMA-LAMA-JADI-BUKIT. Kalau dia saja yang memahami kamu, kamu masih bershuffle sampai ke esoknya, tanpa mempedulikan perasaan dia yang tak suka shuffle, hermm.. bersedialah untuk perang dunia entah ke berapa. Dia boleh terima keadaan kamu yang suka shuffling, walaupun dia tak suka benda tu. Jadi pandai-pandailah bahagi masa kau dan shuffling kau itu.

  • 3)Perempuan suka sikap maskulin kau yang tersembunyi itu. Ada teman lelaki aku yang tidak suka mengikut teman wanita pergi bershopping. Penat katanya. Teman lelaki aku itu lebih suka duduk di persiaran kaki sambil memerhati peha-peha gebu ahmoi chantek. Kau tahu, kalau kau bawa teman wanita kau ke seksyen pakaian lelaki, mereka boleh bercerita panjang tentang baju yang kau minat itu. Bukankah senang kau mempunyai pembantu penilai pemakaian. Bukan maksud aku, kau perlu membontoti mereka pergi memilih baju. Sesekali pergilah bantu mereka mendapatkan baju yang sesuai, sebab apa mereka pakai kelak, kau juga jadi tukang komen utama kan. Oh! Kalau bab pakaian dalaman, sesekali bersikap nakal kepadanya, tetapi jangan pula overreacting, nanti kamu difikir cenderung untuk jadi perempuan pula. Maskulin di sini maksud aku, bukanlah melalui sasa badanmu, tetapi akal dan fikiranmu sebagai lelaki. Perempuan minta dilindungi, bukan untuk dibiarkan rasa terbiar. Tidak perlu berdiri di sebelahnya sepanjang dia shopping, tapi sesekali berilah pandangan tentang apa yang dia cari. Kalau kamu lihat dia suka leka, pergilah persiaran kaki sambil lihat peha-peha comel.. hehheh..

  • 4)Sifat emo-emo yang ada perempuan akan berterusan sampai bila-bila. Ah! Dulu, kataku, aku seorang yang sabar (dalam perhubungan ku dengan lelaki), mungkin selepas 2, 3 hari perpisahan, aku tidak akan menangis. Ego bangat sich. Tetapi, rupanya selepas 3 bulan, aku mula mengingati dia semula. Hais.. Emo kan? Begini.. Katakan, kamu si lelaki memberi ugutan perpisahan kepadanya, padahal kamu ingin mengubah sikapnya. Eh! Ada ok! Ada kekasih lelaki yang berbuat sedemikian. Kau pikir kau lelaki terhebats? Setegar mana pun perempuan itu, pasti hormon emonya akan tersentuh juga. Plus, kalau dia pula didatangi si Bulan. Oh! Percayalah kataku, meskipun dia tidak merengek menahan sakit PMS tu, pasti dia akan mudah merasa sedih, murung dan lain-lain lagi-lah. Padahal, masalah kamu bukanlah besar sangat. Perempuan mudah tersentuh, itu pasal la menangis adalah teman terbaik kami, kamu tahu? Satu perkara yang aku selalu perhatikan, bila saja selepas perempuan menangis, mereka suka membuat perkara gila-gila. Perkara gila tu taklah macam menghiris pergelangan tangan hingga ke siku (betul, aku ckp ni, tp tak mereka takut matilah juga)<>

  • 5)Girl Power- Hah! Jikalau perempuan itu kebetulan mempunyai rakan-rakan satu nasib dengannya, I mean kalau kau, lelaki ada masalah dengan teman wanita kamu.. perempuan itu akan mendapat power yang lebih bila bersama rakan-rakan perempuan mereka. Mula la mereka berceloteh tentang hubungan masing-masing. Oh! Boring. Tapi jangan tak tahu, kebanyakan kes-kes seperti ini membuatkan mereka semakin utuh dalam persahabatan. Sekurang-kurangnya keluar berpoya-poya sehingga hujung malam boleh mengurangkan rasa pedih diri sendiri. Perempuan kan hakikatnya suka menimbulkan ekpresi mereka sendiri. Tidak seperti kamu, lelaki yang lebih suka menganggap apa pun masalah sebagai remeh temeh. Lainlah, kalau kamu nerd atau geek. Hehehe…

Hais, cukupla 5. Pandai-pandailah kamu mahu meng-ejas semula hubungan kamu bersama teman istimewa kamu itu. Ini cuma pandangan aku saja. Kamu lebih mengenali pasangan kamu, dan kamu lebih faham apa yang kamu mahu dalam hubungan kamu. Aku cuma seorang kawan.. ok! Jangan lupa, lelaki dijadikan untuk si perempuan. Begitu juga disebaliknya, dan tidak akan lebih dari itu. Kalau dia adalah rusuk kamu yang ‘hilang’ itu, jodoh kamu akan bersatu. Romantik tak aku?



@males sila tekan alt + f4 bagi muntah.

9 comments:

Anonymous said...

hahaha.. mmg setuju.. selama ni mmg pompuan yg slalu ejas diri mereka utk d sesuaikan dgn kemahuan n expectation lelaki, hanya utk memanjangkan jangka hayat sesebuah hubungan..

kak mas :p yg number 4 tu paling ngam dgn aku.. hakhak.. emo n extra emo bila adanya c bulan.. hahaha..

Perempuan Pemimpi said...

kita tetap sayang dorg kan cika. ahahha...inilah misteri kehidupan manusia, pasangan2 di muka bumi ini takan pernah habis rasa indah itu.

semoga ada yang berbahagia hendaknya.

Ron Veronicazo said...

herm.. aku tersentuh dgn ingatan no. 1. in fact, aku mengalaminya baru2 ni. aku bukannya jenis perempuan yg demandkan perhatian sangat, yang mahukan org tersayang menelefon setiap setengah jam untuk memberikan laporan dan update kehidupan beliau mahupun mewajibkn si cinta menghantar sms setiap saat.. aku tau si cinta juga perlukan ruang sendiri sama seperti aku perlukan privacy aku. aku juga bukan perempuan yang mengongkong hidup insan tersayang aku kerana aku bukan jenis yang suka di kongkong.. aku hanya mahu sedikit perhatian dan pengertian dan aku xrela di berikan janji2 bila semua janji itu tidak ditunaikan. hanya satu aku pinta dari lelaki, jangan menabur janji bila tidak mampu untuk menunaikannya. aku tak butuh kata2 manis dan belaian romantis. aku cuma ingin rasa disayangi dan di perlukan. is it too much to ask for? hurmm.. i dont know.

Anonymous said...

Mcm mana kalau rusuk yg 'hilang' tu sebenarnya dah mati?

Aku lebih suka menyibukkan diri supaya bertambah sibuk utk melupakan segalanya drpd pergi berhuha-huha smpi pengsan... Hahahahaa!

Ye, madu beracun... X mintak byk pun still diorg x boleh bg... Asik berjanji jer pandai! Hampeh tul...

Happy always!!! Lalalalaaa... ^^

Nuruddin Abu Bakar said...

Malas ah mau object pasal - Satu sikap lelaki kini, mereka kurang gemar menyatakan ke-tidak-adaan keadaan mereka.

Going to be endless paradox. mana wujud dulu, ayam atau telur. Heh

Anonymous said...

hmmm bila aku baca ceta ko ne kan mas... mcm aku rasakan ada semangat plak... hay, aku pun penah dikecewakan and til now i'm still frustrated... but when i read it, i must change my negative side supaya aku lebih kuat utk mengharungi cabaran n dugaan ne.. hope wanna c ur nukilan lagi.. i luv it... muah

Anonymous said...

madu beracun : aku tak tau kenapa ada lelaki yg suka bagi janji2 ni. Mungkin mereka berkebolehanb mahu menunaikannya..walaupn sampai masanya, satu pun tiada yg dtunaikan. Aku rasa itu keterbetulan yang sang perempuan ni tak boleh terima, dan kita klasifikasikan benda tu sebagai janji2 manis. Oh ya, entry ini sangat global sifatnya, aku tak tahu perilaku perempuan yang lain. Mungkin ada pendapat yang lain?

Cik Rara : Rusuk yang dimaksudkan tu adalah perempuan la, bukan lelaki. Kan perempuan ni dijadikan dari rusuk lelaki. Cuba kira berapa rusuk lelaki, mesti ganjil. Perlambangan yang sungguh indah sebenarnya ... oh~ ada masa aku bercerita pasal rusuk..

Facet Manis - kenapa malas, aku juga perlukan perhatian kamu di dalam entry aku ini. Mana tahu, sebagai lelaki, kamu punya sebab tersendiri yang belum kami terokai. Jangan malas-malas Manis, mari berkongsi pendapat. Jangan bimbang, kamu tidak akan dipandang serong. Heh. Selamat hari Ahad, anyway.

Luna Rosa - terima kasih kerana sudi melawat. Herm..itulah perempuan, sekebal mana pun hati kita, tetap terasa emo kan. Ciptaan Tuhan yang tidak akan berubah. Selamat bercuti~

Anonymous said...

hehehhe d cini rupan nya~

ohohoO~ hmm tak tahulah cemana nak cakap yang no1 sy yang no 2 sy juga~ huhuuu ntahla bila mula2 bechenta tu mc budak2 lg~ mmglah d beri perhatian slalu tp bila dah makin lama~ kurang plak perhatian sehinggakan ada satu masa huuuuhh~ amat sukar menerima hakikat ada org ketiga hadir~ tp yalah kan dah lama ber'kawan' sapa sanggup nak lepas gtu je kan... neseb bek dapat balik huhuuu

skrg sy lah org paling sensetip bila dapat tau si dia sakit, tak balik umah g... x sms 1 hari~ huhuuu cemas, risau bukan main sampai bad mood tros... ada sekali hampir nak pulang sabah sabtu ahad,dapat tau si dia xcident...

yalah dah 5 thn bwkawan kan~ sapelah tak sayang~ tapi bila bejauhan ni susah plak... risauuuuuuuu ak~

Anonymous said...

mas semua pun aku juga camana tu arr....apapun time change people change were living in the 21st century...tp aku rasa no5 tu paling ngam dgn aku...ahihihihi...