Friday, December 12, 2008

Mistik


Tiba-tiba aku berpeluang merasai pengalaman mistik ini sendiri. Mungkin kamu rasa ini tidak masuk akal, tetapi aku mahu berkongsi di sini.

Mistik (1)

Mistik (2)

Masa aku balik dari Restoren Aishah, 3 hari lepas... aku terasa seperti semput nafas ketika berjalan ke arah rumah aku tu. Hei semput nafas gemuk dan semput nafas yang aku rasa ni lain sedikit rasanya....ehehhehehe.....so lebih kurang 10 malam aku pun masuk tidur.maybe sebab aku penat la kot..

So, malam tu mungkin aku separuh sedar.. almaklumlah dalam pra-tidur dan pra-sedar. Tiba-tiba aku rasa ada 'sesuatu' yang mahu ditarik keluar dari dada aku ni... Kamu just imagine kalau udara yang kamu sedut tu, divakum oleh satu kuasa lain????

Macam tu-lah aku rasakan...rasa tercungap-cungap...aku pun bangun dan panggil Along..

Kau mengigau ke tu? -- Along sound.

Cepat kau datang Long, aku dah tak tahan ni. Macam rasa 'semangat' aku dah diambil ni... -- aku balas.

Isk kau ni!

Aku duduk bersila dan menggigil di atas katil aku. Mula-mula aku rasa keadaan menggigil aku tu biasa saja, tetapi lama kelamaan aku rasa tahap menggigil aku sudah menggila. Dalam separa sedar... aku masih dengar Bapa dan Mak masuk ke dalam bilik aku. Di luar kawalan aku, aku mula menangis.. Entah menangis setengah macam.. Bapa pun apa lagi naik panik...

Kak, kawal kak.. Benda tu belum masuk tu -- Along jerit.

Aku mula separuh menjerit dan menangis. Bila saja Bapa mula ' menawar', aku terasa seperti macam sesuatu yang mahu keluar dari kerongkong...hanya keadaan batuk seperti mengeluarkan sesuatu.. Sakit wohhhhh..... ada masa-masa tertentu, aku rasa hairan kenapa aku boleh menangis sampai macam tu sekali. Bila aku rasa dah redah sedikit, aku baring dan berselubung...aku menggigil lagi sekali dan sekali lagi menangis dengan tangisan yang tah apa tah apa tu..agaknya kau pun takut dengar tangisan aku tu.. Dada aku masih terasa sakit...

Bapa dan Mak suruh aku berpindah ke ruang tamu. Mahu dipanggilkan 'orang pandai'...di ruang tamu aku lagi sekali dalam keadaan seperti sebelum ini.. dalam masa tu aku boleh kawal diri aku sendiri...tapi keadaan menangis aku + separa luar sedar + dada yang sakit....aku pun tak faham dengan keadaan macam itu. Aku cuba mencari mungkin ada kelibat-kelibat asing di sekitar aku, tapi aku tak dapat pun.

Keadaan aku pun reda...

Kau ada 'tertegur' benda atau ada yang 'menegur' kau ke masa kau balik tadi?-- aku ligat mengingati semula..

Ada, kau ingat tak perempuan yang kita panggil si Jembalang? -- aku jawab.

Jadi?

Aku bukan sengaja nak mengata dia. Tapi masa aku balik, aku terkejut nampak dia duduk dalam gelap. Tempat tu memang gelap. Cuma aku terkejut dan cakap dalam hati saja..

Hah, tak mustahil kau pun terkena dengan jembalang yang lalu lalang masa Maghrib.

Padan muka aku... sebenarnya perempuan aku maksudkan tu cacat wajahnya. Mata kirinya tersembul bulat, bibir atasnya pun tiada..kesian...Aku tiada maksud mahu menghina dia tu...tetapi aku dalam keadaan terkejut + bleh pula dia duduk dalam gelap tu + aku pula rabun...

Kesannya, 2 hari aku merasa tubuh badan aku ni macam melayang-layang. Ini satu keadaan mistik yang aku rasa cukup bertuah berpeluang merasainya. Ada kawan-kawan yang sudah siap ke kubur untuk melihat makhluk halus.. tetapi belum ada peluang langsung...


3 comments:

Anonymous said...

aduiii...pok
aku x pena rasa mcm tu....
tp kan palis2.... la....

Anonymous said...

tu la buruk jgn dikeji walau bukan niat di hati tapi Allahkan Maha Mengetahui walau sekecil manapun dlm hati kita. Kan waktu mangrib waktu solat bukan waktu baru nak balik rumah wei..iblis bagi salam & mu terjawab wah...kah..kah..sekali sekala dgr org tuax cakap

Anonymous said...

Sdr Mohd Yunus,

Relaks, relaks. Keadaan yg sdr lalui itu bukanlah mistik, bahkan satu isu 'panic attack'. Jika sdr kena penyakit ini, yg sgt boleh di uruskan oleh doktor, silalah dapatkan nasihat dr psikologi (jgn malu - sebab ini bukan sakit gila ok). Ia adalah tekaan minda yg memuncak sehingga mcm susah konsentrasi, susah bernafas, mcm nak pitam2, betol tak??.
Dr akan kasi pil, gerenti Insyallah akan baik.