Aku bosan melihat aksara-aksara yang dikumpul-kumpul menjadi sebuah bacaan. Esok ada peperiksaan, begitu juga lusanya. Kemudian sehari kemudian, ada perkhemahan yang perlu dilalui. Kemudian, bergegas balik ke kampung halaman dan bercuti sehingga hujung Disember.
Semalam ada sedikit konversasi bersama adik perempuan. Berbincang hal-hal manusia. Ya, ada sedikit kelegaan di situ. Dari dulu, aku selalu menerima pendapatnya. Bukan semua, tetapi ada yang menjadi ingatan sampai ke hari ini. Bulan Disember ini, beliau akan bernikah kahwin dengan seorang pemuda pujaan hati. Aku berdoa, adik yang dipinjamkan ini akan berjaya dunia akhirat. Cuma aku harap dia tidak lupa pada tanggungjawab sebagai anak kepada ibubapanya.
Semalam juga ada konversasi bersama teman-teman rapat. Aku tidak tahu bagaimana aku boleh rapat bersama mereka sedangkan mereka dari lain kelas. Apa yang pasti buat masa ini, aku selesa keluar bersama mereka. Antara teman yang sanggup berselipar jepun bersama ku ketika ke pusat membeli belah. Itu satu yang kau perlu tahu, berselipar jepun ialah lambang kebebasan. Aku berdoa semoga teman-temanku ini menjadi manusia berjaya untuk dunia dan akhirat.
Habis di sini. Aku mahu menelaah pelajaranku. Buat bekalanku untuk menjawab hari esok. Ternyata aku melalui hari yang gembira semalam. Ada sedikit cerita peribadi yang mengganggu fikiranku, tapi hanya senyum jadi pengganti kata. Aha.
1 comment:
kirim salam dengan adik perempuanmu. wahhh dia mau kahwin sudah ?!.. congrats!
Post a Comment