Di sana sini provokasi tentang keadaan sebenar hari merdeka kedengaran. Sepatutnya begitulah, sepatutnya begitulah; banyak. Saya jadi bosan, lantas menjadi orang tengah. Memandai-mandai menjadi begitu patriotik, menegaskan kepentingan mencintai negara. Patriotik dan politik tidak dapat dipisahkan tetapi tetap mempunyai erti dan keadaan yang berbeza. Mungkin kelahiran Capricon dengan detail tentang horoskopnya mempengaruhi hidup saya. Poyo.
Perasaan pertama kali mengecat wajah, mencalit dengan 4 warna utama (biru, putih, kuning dan mereka) memang begitu berbeza rasa. Mungkin inilah yang dirasakan oleh mana-mana pejuang di dunia ini apabila mencalitkan warna-warna tertentu di wajah mereka ketika hendak pergi berjuang. Rasa seperti seorang pejuang, berani, tidak gentar, kuat dan apa ya? Ya, cintakan negara. Bukan semua mahu bersusah berpalit muka dengan warna, apatah lagi berjalan-jalan dengan wajah berbelang warna itu.
Manusia tidak pernah akan sama. Selalu berbeza. Itu saya sudah maklum dan kadang-kadang memilih untuk tidak mengendahkan pandangan sesiapa. Bukan keras kepala, cuma memilih untuk tidak mahu bersusah hati. Baik untuk saya, dan selalu 'buruk' untuk orang lain. Macam saya cakap, manusia tidak pernah akan sama.
Hari kemerdekaan ini, saya gembira. Malah setiap tahun.
2 comments:
fuh~.. header paling besar setakat ini aku jumpa... kekeke~...
anyhow nice entry... deep punya makna :)
fuh~.. header paling besar setakat ini aku jumpa... kekeke~... anyhow nice entry... deep punya makna :)
Post a Comment