Saturday, April 24, 2010

Masa Lepas


Aku menutup telinga,
Aku menutup rasa ku,
Aku tidak mahu mendengar apa-apa lagi yang buruk-buruk.
Mataku tidak ku tutup,
Aku hanya mahu melihat, tanpa mendengar.
Rasa aku, aku tutup, dan sekali lagi aku hanya mahu melihat.
Apa mahu dikenang masa silam, lebih baik aku melihat diriku hari ini.
Masa silam tiada apa-apa, cuma hanyalah rasa kebencian..
Hari ini, aku sangat gembira.
Mudah-mudahan perkara gembira itu adalah bekalan untuk hari masa depan
Satu-satu perkara kebencian aku tinggalkan,
Satu-satu langkah aku atur, biar lambat, biarlah sakit telapak ku.

Dan kamu,
Kalau kamu sudah benci padaku, aku tidak mahu peduli apa-apa pun.
Aku tidak mahu berbuat apa-apa, apatah lagi memikirkan tentang kamu.
Kamu bebas untuk membenci, aku juga bebas untuk melupakan kamu.
Masa lepas, hanyalah masa lepas.

Tetapi, terima kasih kerana sudi menjadi masa lepas ku.
Aku cuma rindu. :)


No comments: