Sunday, April 25, 2010

Persinggahan Termanis - Bahagian 1

Betullah apa orang cakap, hidup ini memang banyak betul persinggahannya. Kau dari satu tempat ke satu tempat bersinggahan. Sampai masanya yang betul-betul sesuai, kau terpaksa pergi pula ke persinggahan yang baru. Kembali ke rumah, kemudian berjalan lagi. Memang banyak ragam manusia yang kau hadapi, apatah lagi kau sendiri memberi ragam kepada orang lain. Perkara bersinggahan inilah banyak mengajar aku mengenal diri sendiri.

Kalau di sekolah, aku selalu ingatkan pelajar aku agar bersabar saja tentang apa saja dugaan yg datang pada mereka. Kataku, semua orang ada sikap cemburu, cemburu dengan kawan yang paling pandai, cemburu kawan pada kawan ada henfon, yang cantik, yang berduit, yang popular.. yada- yada- yada. Kita orang miskin, tetapi kita banyak berkehendakkan. Aku nasihat pada mereka, jangan paksa makbapa mereka untuk beri apa yang mereka mahu. Tak ada ibubapa yang mahu anak-anak mereka susah. Tapi soal kemampuan itu memang tidak ada. Aku tanpa segan silu, bercerita siapa diri aku di masa lepas. Pengakuan demi pengakuan aku buat, membuat aku merasa aku memberi sedikit bantuan emosi pada mereka. Aku suruh bersabar untuk dugaan beberapa tahun saja lagi. Aku selalu memberi soalan-soalan tentang masa depan. Aku selalu memberi mereka keadaan yang akan mereka lalui sekiranya mereka tidak belajar bersungguh-sungguh. Aku selalu bagitau pada mereka, hanya melalui ilmu saja dapat merubah kehidupan manusia. Dan saat yang paling aku suka bila, aku melihat ekspresi wajah mereka dari baris depan hingga ke baris belakang semuanya memandang aku. Jarang-jarang sekali aku melihat mereka tidak 'memandang' aku bila aku bercakap.

Aku juga pernah menjadi seperti mereka. Jadi, hidup aku yang terkedepan perbezaan selama 13-14 tahun, aku harap boleh memberi gambaran pada mereka tentang kehidupan. Dulu (aku yakin) cikgu-cikgu aku tak ada cerita macam ini. Mungkin latarbelakang mereka dengan aku memang berbeza. Jadi tiada seorang cikgu pun yang aku jadikan inspirasi permainan emosi aku masa tu. Aku ada seorang pelajar bernama Nurul Ain. Kelas hadapan yang dikatakan agak pandai. Mula-mula dia selalu ingkar menghantar buku latihan matematik. Kadang-kadang aku tengok dia, agak tersisih dari kawan-kawan lain. Satu masa dia menangis, bila aku lukis garisan panjang di dahinya dengan menggunakan marker. Bukan dia sorang, tp ramai lagi yang lain. Cuma, masa tu hanya dia menarik perhatian aku. Mungkin pasif kerana tidak pandai macam kawan-kawan lain. Sekarang bila dalam kelas, aku selalu sebut nama dia. Aku mahu dia 'takut' kepada aku dalam soal matematik. Aku mahu dia konsentret bila dalam kelas, biar perasaan tertekan itu menjadikan dia seorang yang kritis. Biar dia menjadi pelajar yang berhati-hati. Kamu tahu bila seseorang itu DOWN, perasaan RIAK itu senang menjadi racun dalam diri sendiri? Sebab itulah ramai pelajar kita yang melanggar disiplin. Kau cantas-cantas emosi mereka, kau fikir mendengar kata? TIDAK sama sekali.

Cuba kau sentuh hati mereka, kata Cikgu Metal. Itu aku sudah buat dan ternyata berhasil. Aku kalau marah, aku mencuba untuk jadi adil. Lepas aku marah, aku cuba bercerita hal-hal kejayaan orang lain. Dari perkara sekecil kuman, diikuti dengan firman-firman ayat-ayat cinta dari Nya, hinggalah kepada hal-hal kebesaran dunia yang lain. Aku cuba kaitkan sekeliling mereka yang ada sekarang dengan perihal di masa depan. Ah! Sungguh nyaman menjadi seorang cikgu.

Tapi aku tahu, semua ini hanyalah persinggahan. Menjadi guru bukanlah passion aku. Tetapi aku memang benar-benar ikhlas dengan pelajar-pelajar aku. Keinginan aku untuk membantu anak bangsa sudah tercapai. Aku cuma menunggu peluang untuk cara yang lain pula. Semoga ada pihak yang sudi menuntun aku untuk ke arah ini. Kamu tahu, aku setiap hari tidak sabar mahu ke sekolah. Sikap suka membaca apa juga bahan bacaan yang aku lakukan selama ini, memang membantu aku. Aku guru 'terkejut'. Aku bukan guru terlatih. Tapi aku survive untuk perkara ini. Mesti!

Ada bahagian kedua untuk cerita ini..

2 comments:

Anonymous said...

hidup ada perjalanan. moga kau akan ketemu ruang yang nyaman, tempat persiggahan, sehingga kau berhenti, jadikan ia kediaman..

gopeng

Unknown said...

"bila seseorang itu DOWN, perasaan RIAK itu senang menjadi racun dalam diri sendiri"

erm tersentap dengan ini...... ya memang benar tu..