Memang mencabar betul kalau masuk kelas hujung ni. Semua guru-guru kata macam tu. Aku taklah rasa malang, tp setakat menaikkan darah tu bolehlah. Ya la, seperti yang aku cakap sebagai guru 'terkejut', kita kenalah survive untuk apa-apa perkara pun. Ada sebuah kelas hujung ni, masa tu aku sedang bercakap dengan seorang pelajar di meja guru. Tiba-tiba aku dengar 2 orang budak ni sedang bermaki-makian.
****mak! - Wah! depan guru berani cakap mcam ni.
Sapa memaki tadi tu?
Mana ada cikgu. Cikgu ni sembarang dengar saja.
Itu cikgu tak peduli. Tapi cikgu belum pekak lagi. Ni yang kaki memaki ni, memang tak ada mak kot. Kemaluan mak korang sendiri korang cakap. Lahir dari mana ni?
Kelas jadi diam. Tapi budak sekor ni memang kebal, pakai susuk apatah.
Kamu yang cakap kan Fadly?
Eh, sumpah cikgu. Mana aku ada cakap?
Ok, taknak mengaku tak apa. Tapi kalau betul kamu memaki dan berbohong, petang ni kamu kena petir.
Budak tu terkulat-kulat pandang aku. Tetiba pula awan jadi mendung dan terus hujan lebat. Dan ofkos laa angin pun kuat. Almaklumlah tepi laut. Kelas jadi diam, aku pula cuba mengawal diri dengan berdiam diri. Dalam hati dah dupdap, kot-kot jadi pula sumpahan aku tu. Tapi aku macam biasalah tak tunjuk muka terbaek.
Haih, cikgu. Orang kata doa cikgu ni makbul. Betul ka? - tanya sorang pelajar perempuan.
Lu pikir la sendiri. Korang fikir cikgu-cikgu ni kebal ke? Tak dapat rotan korang, kitorang minta dari Tuhan. Haish..
No comments:
Post a Comment