I rasa, kalau I dapat putar balik hidup I, I taknak rasanya nak luahkan perasaan suka I kat budak tu or lelaki yang lain. - itu kata dia.
Kenapa pula? Kan kita biasa dengar, kalau kita suka or sayang or else ada perasaan kat seseorang tu, kita kena perlu ada keberanian untuk luahkan pada dia. Nanti menyesal sepanjang hidup. Mana lah tau kalau-kalau dia tu ada juga perasaan kat kita.
Tu la I cakap, I menyesal. U know what, I macam rasa malas dah nak gambling-gambling ni. Mana la tau dia tu ada perasaan juga kat kita, oh I kena mencuba, kang kalau tak cuba, menyesal sepanjang hidup. Oh please! Perasaan ni bukan perjudian secara mutlak. Kita sebagai perempuan, harus ada pride sendiri. Oh, bukan ego. Tapi biar cerdik sikit otak tu. - Itu kata dia.
Macam I rasa horibble sangat, sepanjang hidup ni nak kena angkut tebal muka just because dulu I pernah kena rejected oleh dia tau. Ya la, sebab nak sahut cabaran la kononnya. Chaisssss..- Itu kata dia, sambil wajahnya terus memandang ke luar tingkap kedai restoren Itali itu.
You girls nak tahu, sama ada lelaki atau perempuan, bila dorang tahu mereka ni ada secret admirer atau ramai orang nak, kat situlah perasaan bangga diri dorng tu naik gila-gila. Ya la, ada peminat. Perasaan bagus. Ah adil, sebenarnya hidup ni.
Well, kau nak cakap..bila kita ada peminat terasa macam very hot stuff la ni. Semua orang nak? Aku setuju ayat tu. Terutama yang perasan macam bagus berganda-ganda tu.
Tapi itu lucky dia la kan. I tak kisah dah. Masing-masing manusia ada bahagiannya. I bukannya apa, I malas bila dah tua nanti macam-macam perkara konon-kononnya kenangan silam yang tak dilupakan, refreshing balik. Oh please, kenangan kepada perkara yang menyusahkan hidup sebelumnya. Kita boleh mengelak semua perkara tu, cuma kita lambat matang agaknya.
Hahahaha, habis kau menyesallah dengan perkara silam kau?
Absolutely yes. I menyesal mencuba pelbagai tips manusia lain. Orang lain gilakan 'hot stuffs', I pun nak ikut sama. Yang inilah, yang itulah. Haih..memburukkan rekod I sebagai manusia sajalah. Tapi itu kata I lah, ala benda dah lepas. I hanya menyesal pada bahagian-bahagian hidup I yang menyusahkan I saja. Dan ya, semestinya kepada hubungan sesama manusia ni.
Habis apa patut kita lakukan untuk masa depan. Girls?
Macam biasalah, harus critical thinking. Thingy kena bagus. Elak mana yang boleh elak. Jangan cari masalah.
Yeah, I setuju. Tapi kita adalah manusia. Ingat tu.
No comments:
Post a Comment