Wednesday, September 24, 2008

Makan-Makan di Chan Sow Lin

Rajin tak aku update hari ni? Sebenarnya aku dah siap2 setting subuh semalam lagi. So, bila ada Scheduled Task ni, kau tak payah bimbang nak cepat2 topap entry. Bila-bila ko update dan setting masanya. Herm..

Gambar kat bawah ni? Owh ini satu kawasan berdekatan dengan Stesen LRT Chan Sow Lin...tak ada la dekat sangat, bleh la dalam 50 meter ko nak menapak. Hari-hari aku lalu kawasan ni kalau nak pergi kerja.

Kalau tak kerana Abang Dan, aku takan tau tempat ni. Kat sini ada foodcourt yang ala-ala style tepi jalanan punya. NI bukan tepi jalanan, ini bawah flyover occay! Rasa gerun pun ada, kalau nak cakap soal kebersihan memang failed la, tapi kalau kau seorang yang risky, datang la bertandang ke sini. Makanan dia not bad, masih dalam rank mampu beli la.. Sedap2 dan pelbagai pulak tu..

Kau tau kenapa aku kagum tempat ni, aku suka keadaan dia la.. Even kalau orang tak sesuai jiwanya, dia takan rasa tempat ni best. Macam dalam movie set pula.. ala-ala cerita gangster pun ada.. kebanyakan pengunjung kat sini adalah lelaki. Kebetulan, di sekitar tempat ini adalah kilang-kilang besar, kedai besi, depoh RapidKL, PNB Printing, bengkel2 kereta... etc, yang melibatkan industri berat sederhana. Kalau kau teringin rasa kelainan dan suka berphotographi, datang la ke sini. Aku pasti kau akan banyak idea nak snapo - snapo.


1 comment:

Ron Veronicazo said...

selalu lalu tmpt ni kalau mo balik p maluri wakaka..