Tuesday, September 23, 2008

Seisi berbuka puasa dengan Ed.

Assallamuallaikum,

Hari ni dah puasa hari ke 23 kan. Alhamdullilah. Puasa kali ni, biarpun aku berulang dari Balakong ke Kuala Lumpur, aku tak rasa penat sangat. Haus tu pun tak ada lah sangat. Fokus bai! Fokus! Hahaha… yala, korang imagine ar. Sapa2 yang pernah p rumah aku, untuk pengetahuan korang, setiap pagi aku akan berjalan kaki ke luar jalan besar / jalan utama, pada pagi dan petang. Aku malas nak tunggu bas transit yang comel tu, jimat RM 1.40 aku (utk 2 perjalanan). Biarpun aku berulang, aku tak kurus lagi bai!




Macam biasalah, kalau nak buat entry, kalau tak ada gambar yang banyak, bukan My Little Parade tu. Tu My Little Pirate kot. Hahahaha… eh! Pirate of Somalia, dah kluar, korang dah tengok belom? Mahu saja aku ke Somalia tu, snapo snapo pica dan buat entry. Hahahaha… helo, mana tau aku berjaya jadi photo journalist, korang juga bangga nama aku masuk senarai tebusan Pirate of Somalia kan. Sambil-sambil minum khopi Cap Kapal Api, sambil aku buat entry ni occay!



Hari Isnin. Ed dengan mamai-mamai tidur siangnya call aku. Dia ajak aku berbuka puasa di sekitar Bukit Bintang. Huhuhu.. peritnya nak menunggu ke masa nak berbuka puasa tu. Bulan puasa ni, aku dibenarkan keluar lebih awal sejam dari opis. Oleh yang demikian, kito-orang pun mencuci-cuci mata sekitar Bukit Bintang sekejap. Mula-mula cuci mata kejap depan MC D, sambil aku bebel-bebel pasal Mat Kucing tu. Kau-orang perasan ada org buat pameran kucing kat sebelah Mc D tu.

Kucing dia tu cam sakit ja kan.

Tula, kalau dia bawa skuter dia tu, kucing tu takan bangun punya.

Haisss.. dengar-dengar dia ni suntik kucing tu ng drugs.

(diam)

Kau tengokla muka kucing2 tu, asyik cam stim je..ahahaha..

Yala, kalau kau-orang pernah datang Bukit Bintang tengok kucing-kucing tu pun, mesti korang ada kuriyos punyala. Kalau kucing yang sihat, bulu dia akan kelihatan seperti bulu yang sihat. Em.. kucing2 tu alahai...kesian occay! Tak pecaya, korang datangla Bukit Bintang. Dan kalau korang nak ambil gambar kucing setim tu, korang kena bayar juga. Hai... manusia! manusia!


Aku tak perasan pula, kat Bukit Bintang ni ada Bazar Ramadhan. Hah..korang tengokla ni. Walaupun tak segah cam tempat lain, tapi kat sini kira orait juga. Harga kuih pun masih RM 1.00 = 3 Biji. Aku tak tau la sedap ke tak, sebab Ed je beria-ria nak beli. Bila nampak kuih muih ni, ingat mak kat kampung. @sedih

Ed kata, penjual sayap ayam ni berasal dari Sabah. Mula-mula aku tak percaya, tapi bila aku dengar dorang 'spikang', oh occay! Memang Sabahan pun. Tak dinafikan orang-orang Sabah yang datang merantau ke Kuala Lumpur, memang survive dengan benda-benda cam ni. Better than nothing kan, eloklah cari rezeki cam ni, dan aku tgk price sayap ayam dia ni still murah. Dan ramai juga la, pembeli yang datang membeli sayap ayam ni.

Kalau kat kampung aku, bermacam ramuan yang akan dibuat untuk memastikan ayam ni sedap. Terdapat juga sayap ayam yang direndam dengan Coka-Cola untuk melembut dan membuatkan ayam tu rasa sedap. Entahla, nanti lainkali aku buat survey pasal sayap ayam ni occay!

Dia tak sedar, aku snapo pica dia.

Ed ngutuk lelaki pakai spek tu, kata org tu putih cam Michael Jackson. Kat belakang dia tu, lelaki juga. Hahahah.. ramai juga hadek-hadek kelihatan sedang membeli belah juadah berbuka di sini. Ada yang cantik, ada yang baru dalam peringkat permulaan nak jadi hadek-hadek.. yang dah nak pencen pon ado.. hehehehe.... teringat pula aku "kak Dina, Kak Amor, Kak ..." apa lagi eh... akak-akak fofenan kat kampung aku. Ada yang dah nak pencen... ala...biasala manusia kan.

Kaki kami...

Pileh-pileh...Ed kata dia mmg suka makan kuih sebelum melantak heavy meals.

Selepas dari Ain Arabia, masa menunjukkan ada sejam lebih lagi. Aku pun ajak la Ed ke Sungei Wang. Mencuci mata kat sana...hahahaha... haisshhh @gatai, orang bujang cam kitorang ni, cuci-cuci mata tu biasa ah.. korang yang bujang kat luar tu.. takan tak macam kitorang ni kan...hahahaha... Penat nak meronda, kitorang masuk kedai buku MPH kat Bukit Bintang Plaza. Dah lama tak masuk kedai buku. Haisshhh... tetiba pula ke port buku mari masak memasak. Makhruh puasa aku pot pet cakap pasal makanan sesambil tengok buku resepi yang ada kat situ.

Keluar dari MPH, tetiba dengar orang tengah nyanyi lagu raya. Oh~ syahdunya aku rasa. Ed tak habis2 nak nganjing aku, sbb dia kan balik beraya kat Sabah. @bisingSuka benar aku tengok perhiasan kat sini. Kaler ungu gitu.. comels kan...

Maaf, pica agak blur. Agaknya aku gigel semacam kot, semput naik tangga ke restoran Morrocan ni. Ed kata nak makan Arab style..hehehe.. tak pernah lagi aku try. Follow je. Perhiasan kat res ni mmg unik la, ala berhadapan dengan ofis aku je.. Sebenarnya kitorang dah siap booking seat sebelum ke Ain Arabia tadi. hehehehhe.. takut pula, tak ada seat kan. Ed yang setelkan suma-muanya.

Lampu-lampu yang 'sayup-sayup' kalernya.

Dah kena reserved oleh seseorang. @takbole

Kurma, 3 biji saja? hehehhe...

Opis aku kat level 9... yang bakal ku tinggalkan..


Hah.. masa nak ambil buffet, rupanya dah azan dah. Patutla aku tgk orang2 Morocco tu sergah terjah dengan pantas kilatnya.. ah.. tak ramai guest kan.. Aku dan Ed, g buka puasa dulu. Dan aku mulakan seisi pengambilan makanan. Haiss...Kali ni dah tekad dah nak makan kambing. Serius, aku tak pernah makan kambing lagi. Ni la 1st time, tak la teruk sangat rasanya. Kataku, tak tengik baunya berbanding rasa bakso kat tempat aku selalu makan dengan Ed kat depan Swiss Garden. Not Bad, lupakan feeling-feeling yang negatif pasal makan kambing.

Yakin Mas! Yakin! @topi

Inilah Kambing masak ala Moroccan. Lembut gilarks.

Bila dah sejuk, lemak-lemak minyak yang ada akan membeku. Ed bagi petua berdasarkan pengalaman dia ng orang Arab itu sendiri. Katanya, orang Arab jarang mendapat penyakit melalui memakan kambing disebabkan oleh menghirup lemon juice selepas memakan hidangan kambing. Ini adalah bertujuan untuk meneutralkan keadaan daging kambing di dalam usus. Hahahaha.. Aku pun dah lupa apa dia ckp, tapi aku faham la.. Tapi aku tak dapat Lemon pun smlm, Ed ng bangganya hirup sendiri. Cis...

Dekorasion dalam res ni. Hui..romantikus kan.

Orang tu belanja. Ada 2 orang kan dalam gambar ni? @soal

Haishh.. sebelum balik tu, kitorang lepak kejap lagi dalam res tu. Haishh.. perut se'eh occay! Aku cakap kat Ed, nasib baik aku pakai baju kurung, kalau pakai suar tadi, kompom tak muat. Hahahahah... Anyway, thanks to Ed kerana sudi menaja hidangan buffet berbuka puasa ala Moroccan ini. Hehehhe.. Syukur. Alhamdullillah..

Salam sayang, Mas.@bunga

2 comments:

Ron Veronicazo said...

wahhh.. siukk.. sadappp... wehh bila mo outing ni wehhh... wakaaka inda sabar mo mensari sumbuii nih kuekuekue

Perempuan Pemimpi said...

yg BUKAN single, tidak digalakkan menyertai program-program seperti itu. hahahh