Inilah dia pemilik tag karer pink itu. Comel kan? Baby girl ini bernama Nur Arina Batrisyah binti Mat Shafie. Sebenarnya, aku hanyalah join Abang Dan (opismet aku) pergi melawat dia ni semasa time lunch, minggu lepas. Masa tu aku ada appointment dekat Putrajaya. So, sekali harunglah kan. Disebabkan tak boleh makan, kitorang pun pergilah melawat si kecil ini. Mummy dia ni, merupakan adik angkat Abang Dan.
Hah, tu lah mummy Arina. Mummy dia cakap, Arina terpaksa menjalani pembedahan lutut kiri dia disebabkan terkena jangkitan kuman. Lutut Arina membengkak sebesar sebiji bola tenis, mengandungi nanah jangkitan dan sudah merebak sehingga ke tulang lutut Arina. Aku sempat bertanya, kalau-kalau pembedahan ini memberi kesan kepada tumbesaran lutut Arina. Mummy dia ckp, mmg akan terdapat kesan jangka panjang.
Aku pernah terbaca artikel, bahawasanya, baby yang baru dilahirkan masih belum mempunyai lutut sepenuhnya. Semasa beberapa minggu selepas dilahirkan, lutut akan terbentuk. Em.. kesian baby ni kan. Aku tak sempat pula nak snap gambar lutut yang dibedah tu. Tak sampai hati pulak aku. Maklumlah, hati mummy mana yang tak sedih bila melihat anak dia jadi cam tu. Kesian Arina.
Masa, aku lawat Arina, sikit pun Arina tak menangis. Mummy dia kata, memanglah, masih tengah kenyang. Aku manalah tau benda-benda macam ni pun, almaklumlah aku sendiri belum ada baby. Hahahaha..
sengaja aku minta abang Dang wat posing cam ni. Mesti Arina geli gelaman ng jambang monster tu..hahahaha
p/s : nanti aku mau bercerita pasal Hospital Putrajaya pulak la.
Salam Sayang, Mas.
1 comment:
ah!
chumel!
Post a Comment