Friday, September 12, 2008

Aku, Ijam, Ciga dan Zue


Assallamualaikum woi,

Entry yang aku taip ni, adalah sesudah aku BERJAYA membersihkan dapur aku yang bagai nak roboh dah tu. Oh! Penatnya aku. Hahaha… macam begini ceghitanyaaa… semalam semasa aku sedang sibuk berchatting di ofis (baca: habis, boss aku tak ada kan, haruslah aku mengisi masa lapang yang ada), tetiba kawan cyber aku PM aku.




Mas, kami mo serang rumah ko petang ni.
Hah! Buat apa kah?
Busan pusing KL, apakata berbuka d rumah mu hari ni.
Aiseh, kami tu sepa?
Aku, Cig sm Ijam.

Dan..ada lagi dialog yang lain la.. haiiii… seronok juga bila macam ni.. masa lunch hour semalam, aku pergi la melawat ketiga-tiga kawan aku tu kat Sungei Wang. Kebetulan kata mereka, mereka berada d Sungei Wang, menemankan si Perempuan me-maintenance-kan rambutnya. Wow! Bukannya aku p makan hah! Aku dan mereka pun sedang berpuasa, tapi aku tak tau la kawan lelaki aku 2 org tu puasa mata ke tidak, sebab kata mereka melihatkan perempuan-perempuan Sungei Wang itu, boleh menggegarkan iman yang ado. Hahahah! Apasal letak iman kat mata? Ekekekke… Kawan perempuan yang aku maksudkan di sini merupakan kawan cyber chat aku, Miss Zue nama glamornya. Ini kali pertama berjumpa dengannya, manakala 2 lagi kawan lelaki aku dah memang pernah jumpa. Oh! Bagaikan kawan lama bila berjumpa, maklumlah emosi persahabatan di ruang cyber dipanjangkan lagi ke dunia realiti. Korang ada kawan cyber kan? Berfikiran positif ok!

Setelah berchit-chat sambil bergurau senda selama 1 jam 15 minit, aku pun meminta diri untuk kembali ke ofis aku. 15 minit additional times ok! Nasib baek, bos aku tak ada. Kalau ada pun, pandailah alasan aku nak beri. Kitorang janji pukul 5 ni gerak sesama ke Balakong. Hahahaha….

Setelah pukul 5.01 petang berlalu, aku bergegas turun ke lobi. Hari semalam, aku telah membonceng RXZ Ijam.. last aku naik RXZ masa aku couple ng ex-bf aku tahun lepas. Haissss….. nasib baik kadar jisim aku ni tinggi, kalau tak, maunya Ijam ni bawa motor dia tu macam jin ‘terebang’. Manakala, Miss Zue-berambut-baru membonceng Cig. Hai, tak adanya nak lentik-lentik cam aweks-aweks masa kini. Hahhaha… lalu kami pun ‘membelah’ roda-roda kotaraya Kuala Lumpur menuju ke Balakong. Mereka kata Balakong ni jauh, tapi bila aku naik motor, aku rasa sekejap ja. Agak-agaknya, kalau aku bawa motor, lagi cepat aku sampai kot. Nasib baik aku tak bleh bawa motor kan. Kalau tak, mesti hati kecil ku yang berjiwa besar ini akan berkata “ setakat KL – Balakong, apa sangat. Jom rempit-ing…” miakakakak..


Bila sampai kat rumah, hadoi, barulah terasa azabnya kaki dan paha aku beserta tulang belakang aku ni sakit sekejap. Sekejap ja tau, sebab aku lompat bintang dalam hati. Hahaha.. Miss-Zue-berambut-baru pula katanya, mahu muntah. Aku nampak dia meluru ke luar pagar, segera aku menjerit:


“ Kalau mo muntah pun, janganlah depan rumah jiran aku yang lain. Laman rumah aku ni luas la.. hahahah “. Mungkin dia segan melihat semak samun yang semakin meninggi kat depan rumah aku ni kot. Hehehehe… leks ko Miss-Zue-berambut baru. Bebudak ni memang haru biru aku dibuatnya. Terutama Ijam, ramah, tapi kalau kau tak tahan hati, jangan berkawan dengannya. Hahahahah… si Cig pula, sopan santun ja budak ni. Kau tengok muka mereka berdua ni cam otai, tapi hati lembut. Bleh dengar lagu Dewa banyak kali…hehehehe…. Kami pun bersama-sama menuju ke Bazaar Ramadhan dan deretan kedai kat belakang rumah aku ni hah! Beli la apa yang patut.

Ijam suruh cepat-cepat masak, sebab fikiran dia tak bleh fikir benda lain, lain dari berbuka puasa dengan penuh nikmat. Masa kat pasar tadi, dia yang memilih ikan basung, dan kat rumah dia juga yang menyiang ikan-ikan tersebut. Manakala Miss-Zue-berambut baru, memotong apa yang patut untuk dimasak. Cig nak bantu, tapi tak ada ruang. Aku, Ijam dan Miss-Zue-berambut-baru dah cukup menyesakkan dapur. Dapur aku besar, gabungan jisim antara kami bertiga dah memadatkan ruang yang ada. Hahahaha…

Bila dah berkumpul macam ni, macam-macam ceritalah yang keluar. Hah! Tu pasal cepat kenyang. Sambil masak, sambil online. Hehehe! Tak lupa juga menjenguk-jenguk ke Sabah Chatting Room sekadar membawa berita, kami berempat sedang masak-masak kat rumah aku. Nasib baik, mereka ni bleh blah tak segan. Kami pun berbuka puasa tanpa disedari Azan dah berkumandang lama. Hahaha…

Okla, kibod off dulu. Aku dah pening-pening mengantuk. Mahu tidur 15 minit dulu sebelum bersiap ke ofis. Haisss…boring! Daa….

3 comments:

Anonymous said...

Hah....ko naek mutur? Hahahahaha

Rahimin Idris said...

mak aih, banyak nya foto. letih aku merenung!!!

sfxporn said...


5k porn videos, 4k porn videos, 4.5g porn download ile hd porno kalitesini web sitemizde yaşayarak sizlerde görme şansını bulun.