Sunday, September 14, 2008

Gathering Berbuka Puasa Ramadhan YM Sabah Chatter (Semenanjung Malaysia)

Assallamuallaikum woi,

Korang apa khabar? Aku sihat walafiat, hari ini dah masuk hari ke 14 bulan Ramadhan. Puasa kau okay ke? Puasa aku tak okay, sbb kadang2 aku mengalami gangguan kesihatan. Tapi setakat ni, boleh lagila. Entry ni aku rasa entry paling ontime aku pernah buat.

Cam gini, semalam aku telah organize sebuah gathering @ perjumpaan chatters YM Sabah yang berada di Semenanjung Malaysia. Kan aku kat sini, sebelum ni kitorang pernah buat pada 5 Julai 2008. Kedatangan yang hadir adalah seramai 21 orang semua, kurang sedikit dari yang lepas disebabkan ada para chatters yang mmg tak dapat datang kerana hal-hal tertentu. Ada sorang chatter yang kami tak jemput pun disebabkan sikap beliau yang telah membuatkan kami terasa hati. Memang sahlah nama dia jadi sebutan umum pada hari semalam. Aakakakak.... kalau kau tak cari pasal, tak adala kami pulaukan kau macam ni. Amacam? Sakit hati tak? Aku tau kau takan sakit hati sebab kau tak ada perasaan.

Semasa event, aku tak lupa nak on-kan webcam buat teman-teman chat yang sudi melihat webcam kami. Memang nak pecah taman perumahan aku ni dibuat oleh dorang. Tapi, aku rasa sangat hepi kerana 'berkampung' dengan teman-teman satu negeri.

Aku tak lupa nak ucapkan terima kasih jutaan juta-juta-juta lemon kepada Mesengger.Love, beliau merupakan chatter dari Room Melaka dan merupakan regular chatter kat Room Sabah. Beliau merupakan tulang belakang segala masakan pada event semalam. Tak lupa juga, beliau menerima hadiah kecil dari My Little Parade, di atas kemenangan beliau di dalam peraduan KEJAR 555.




Gathering Berbuka Puasa ini juga diselitkan dengan sambutan ulang tahun kecil-kecilan chatter yang digelarkan sebagai BACO yang ke-25 tahun. Gathering yang lepas, kitorang buat untuk Ijam. Tapi maaflah, kek kecil saja, tapi sedap juga. Pandai Mr. Beck pegi memilih kek tersebut. Jutaan terima kasih juga diucapkan pada BACO, kerana telah menghadiahkan 6 anak patung Devil kepada 6 chatter wanita yang terawal datang. Ada yang tak dapat, maafla ya. Lainkali kita minta BACO bawakan lebih sikit, jangan kurang.. hahahaha....BACO, anda kelihatan comel dengan palitan cream kek di muka anda.. selamat ulang tahun dan semoga Allah merahmati kamu. oh! ya, lagu yang kami nyanyikan adalah : Allah Selamatkan Kamu.... kakakaka... kita menghormati bulan Ramadhan yang mulia ini. Aku memang terharu sebab BACO boleh datang awal dari yang dijangkakan, disebabkan beliau sebenarnya tinggal di Kota Melaka. Hehehehe.. gigih kan.

Gambar-gambar yang aku upload kat sini, adalah mengikut urutan kejadian.. hahahaha... kalau rasa gambar dia banyak tertepek kat sini, aku tak kisah pun. Nasib baik guna digital kan, kalau tak haru aku nak meng-ejas kat sini.

Lihatlah makanan kitorang. Sorila, bajet kecil je, tapi sebenarnya ada juga terbuang. Herm.. tak apala, lainkali kita bajet betul-betul okay. Fruit Salad yang disediakan oleh Jinki memang best, kesian beliau terpaksa bergegas datang ke sini, seawal pukul 2 petang. Aku tak lupa nak ucap terima kasih pada Mamang (bakal suami Jinki), yang boleh sampai ke sini tak kurang dari 45 minit dari Shah Alam. kakakaka..itu pun setelah diugut oleh Ijam (baca: kalau tak datang, kita putus kawan). hahahaha... Thanks ya Mamang. Kamu memang best.

Kepada Chienyenme, kamu memang best. 2 hari lepas dia dah siap datang survey area rumah aku dah menghulurkan sedikit peralatan semasa gathering. Sebenarnya semalam, beliau bergegas datang ke sini selepas office hour 6.40 petang. Best-best.. kamu memang best. Terima kasih atas perhatian yang diberikan.

Gathering kali ini, kami begitu terasa hati kerana dihadiri oleh 2 orang chatter yang baru memeluki agama Islam. Alhamdullillah, biarpun kami ni cetek pengetahuan tentang agama Islam, tapi kami takan membiarkan kamu 'sendirian'. Islam itu menyenangkan. Memang sedih bila mendengar luahan mereka, tapi kepada Messenger.Love (Noni) dan MissBlankz ( Tiqah ), jangan pernah derhakai ibubapa kamu, kerana mereka adalah darah daging kamu sampai bila-bila. Biarpun ada sedikit kerumitan, diharapkan kamu tabah menghadapi liku hidup ini.

Kepada chatter-chatter yang tidak disebutkan namanya di sini, terima kasih kerana kita terus bersahabat sehingga ke hari ini. Semoga semuanya ikhlas dengan hubungan dengan sedia ada, dan diharapkan ia akan berterusan sampai bila-bila.

Oklah, aku nak sambung membersihkan bahagian dapur aku. Masih banyak yang perlu dibersihkan. Tapi menyempat juga aku nak ejas gambar dan upload kat sini. Apapun, aku sangat hepi. Kamu yang tidak dapat mengikuti gathering bagaimana rasanya?

Salam sayang, Mas.

Inilah Chef Kehormat kami, Ms. Messenger.Love.

Baco, besday boy yang chomel!

Jinki dengan Fruit Salad yang buat budak2 ni bleh blah makan gilak

Tatau! Tatau! apa motif Baco buat cam tu...ahahahhaha..

Tulang belakang gathering ini ~

Ini ialah MissBlankz @ Tiqa

Periuk nasi tu comel kan?

Rombongan dari Twintech, Damansara.

Budak ini seiras Jehan Miskin, percayalah
(baca: dia suka kalau kau gelar dia begitu)


Ini CIGARO. RIOT dan YM. Zue

Ini dorang panggil Botak, tapi dia berambut. Mungkin gelaran manja?

Ini Dubredzone dan kekasih hati, DubGirl. Mereka sunggoh Manis!

Dubgirl @ Ina yang comel.

Comel-comel kan?

Antara best shot aku.. YM. Zue & Poisonous_Honey!


Dari kiri : Baco, Toyol, Dubredzone, P_Ye, Cigaro_Riot, Botak & Ijam.

"stokin" seluar hitam itu memang menarik.

Suka kontrol macho?

Apasal orang ambik gambar suka tunjuk Peace hah?

Manis sunggoh wajahnya.

Ahh! kontrol machoks.

Dia kata dia posing cam Radhi OAG.

Kali ni, dia serius ambik gambar. Biasa dia suka buat muka spastik..hahaha

Iklan makanan kucing jap.

Iklan ...

Lengan tu buat sup bleh?

Panah hatinya.

Dia memang suka posing.

Kontrol hensem depan lappy aku.

Poisonous _Honey terkejut?

Geli! Geli!

Tu Kuih Sago, Messenger.Love yang buat.

Apa ni?

Iklan Lebais (Levi's)

Orang Sabah memang lawa & hensem (baca: kecuali aku la)

Ini Mr. Beck , mmg suka buat muka cam tu~

Comel kan aku snap? Ini MissBlankz (Tiqah)

Dorang lagi, Lebais Strawus.

Sweet kan?

Dia kata dia boring nak menunggu waktu berbuka, dia cuci scooter la.

Nyam! Nyam!

Kau tengok perangai Ijam, masa baca doa buka puasa! Hais...

Aku comel kan? aku lupa sapa snap gambar ni.

PEACE ? Ini Mamang.

Meriah- meriah! Syukur pada Allah.

Sebenarnya ini proses makan kecil-kecilan selepas makan besar-besaran.

Kakakakka... sorang cam pelakon Hongkong, sorang lagi penyanyi Gothic.

Boyband : XPDC, tp Dub ckp dia HUJAN? apakah?

Budak ni memang suka posing.

Na na na, makan kecil-kecilan selepas makan besar-besaran.

Ijam prepare api untuk kek..ehhehe

Kek Coklat yang amat sedap yang dipilih oleh Mr Beck

Besday dia Jumaat lepas.

Tu bukan taik lalat, itu krim yang aku copkan khas untuk dia..hahaha

Posing best, iklan Kek.

heheheh..

Suapin-suapin..

Baju sama, sweet.

Jehan Miskin, kataku.

Eee...

Monyet ni comel kan..hadiah Kejar 555 ..

Hujung tahun ni nak jadi pengantin.

Gambar ni chantek kan

Na na na, aku tatau.

Baja cukup?

Cigaro ni penggoda.. tatau~

Dorang tajuk-kan pica ini : Cinta terlarang di sebalik Gril rumah Mas.

Haiss..

Comel2.

Dorang tajuk-kan pica ini : Bersama anak kami.

hehehe.

Gebu - Begu.

Calon ratu cantik Malaysia.

Posing.

Aku memang cukup makan.

Kalau aku kurus, aku mesti lawa. oh! Aku tau.

Pesen apa ni?

Bakal Ratu Cantik Malaysia. Finalist.

Hensem-hensem kan?

Aku tatau kenapa Mr. Beck harus posing cam nak ber-sumo.

Ini adalah perkara wajib.

Klik untuk tumbesaran.

Lagi?

Eksotik. Sebenarnya aku panggil dia Manis.

Sebelum merem-p

Ganggu jiran aku~

Aku yang suruh dia buat LENTIK atas skuter ni.

Aku tatau kenapa kucing-kucing ni suka tidur dgn dia.

11 comments:

Anonymous said...

biarkan bac0 ma kucing2nya..wakakaka..:P

Anonymous said...

mas mas...
bla lg wat gath niii?
srnok lak kmpul rmai2..
wakakaka..:P
next time gath p mlnc0ng baa..
huhu..
okkan??;)

J u l i a 。.゜✿ said...

owhh nanti kirim salam pada poisonous honey okek ! ju suka tengok pompuan cantik =D rambut dia panjang. nak rambut macam tu jugak ! =)

banyak betul gamba... tebeliak mata ju tadi. kekeke

Anonymous said...

salam..
mas terima kasih ya kek tu..
nonik terima kasih masakan tu...
terima kasih jgk semua kawan2 yg datang..:D
gath kali lebih best..:D
harap2 kalau ada lagi aku dapat hadir kan diri..wakakaka :)):))

Anonymous said...

salam....
wakakakaka...thanks eberibodi for supporting da gate...next gath make sure eberibodi is coming...klu tk...maknanya adiknya si tut..jengjengjeng...hahahhaa...lucu2 la kowang ni...sronok sgt....

Anonymous said...

Wah balik kg dis nanti, boleh lah kita wat kenduri macam ni ye? Sedap makanan2 tu...

Anonymous said...

adik jengjengjeng...wakakakaka..:D
x mo jd adknyaa..:D
s0,suma kna hdir gath d msa akan dtg k...
;)
salaaaammmm...
b0ss,infrm aku awl2 lau ada gath lg baa..
hehehe..:D

Nuruddin Abu Bakar said...

gambar paling last sangat lovable.

Anonymous said...

sungguh best. tp aku malu2 kucing.. miahahah. walau bagaimanapn u all are the greatest. nonie babe, u are the star.

Anonymous said...

permintaan akak..jgn kamu buat gath ...jeles akak ini wakakaka..meriahnya kamu adik mahu jak akak masuk di celah2 time makan bersungkai itu...jgn buat lagi arrr adik...akakak

Anonymous said...

alalalalalaala...sista honey...ok laa...gabungan ko ma aku nti time raya...kita jd "honeystar"...make sure awal ya babe..miss u..muachhh...