Wednesday, September 17, 2008

Bunga di dalam pagar.

Sekadar gambar lama. Aku masukkan balik ke dalam blog aku. Lihat tarikhnya di situ. Sudah mahu menjangkau usia 2 tahun, bukan? Gambar ini diambil di belakang rumahku. Kepada mereka yang pernah datang ke rumahku semasa Gathering Minggu Lepas, sudah pasti akan mentertawakan perihal belakang rumahku.

Penuh dengan lalang.

Yang aku jawab, itu sebagai tanda aku pencinta alam semulajadi, dan keduanya = sebagai seni.

Apa pemahaman kamu tentang gambar di atas. Ada ayat My Heart, Bunga Sedang memekar, dan pagar rumah. Dan kemudiannya, ada kuncup bunga yang lain. Betul kata-kata kawan cyber aku, seni itu subjektif. Masing-masing punya idea yang tersendiri untuk mentafsir gambar ini. Ini ideaku, sebagai seorang yang men-snap gambar ini.

1) Mungkin aku masih belum matang, biarpun aku hampir menjejak usia 28 tahun pada Disember yang Hitam, tahun ini. Tapi gambar ini ku tafsir sebagai simbolik kepada Hati Seorang Perempuan. Em.. mungkin termasuk aku?

2) Kenapa Hati? Jelas di situ aku meletakkan 2 perkataan My Heart. Jelas, bukan?

3) Perkaitan pagar dengan Hati. Sebagai satu simbolik di mana si Hati telah dipagari, yakni satu batasan yang wujud dalam dirinya.

3) Simbolik Bunga : yang bermekar hebat dan kuncup bunga yang masih belum menjadi. Si perempuan, yang melalui tingkat kehidupan bertahun lamanya. InsyaAllah, umur masih panjang, dapatlah dia melihat lebih 'luasnya' dunia ini. Kuncup bunga yang masih belum mengeluarkan indah bunganya. Lihat saja, bentuknya.

4) Perempuan disinonimkan dengan bunga. Dan bunga di atas, dibatasi dengan pagar. Keadaan blur dibelakang itu ku andaikan sebuah kehidupan. Si Bunga sedang meningkat dewasa, tetapi di luar sana, dia sendiri tidak tahu apa yang mendatang.

5)Lantas pagar dicipta supaya si Bunga lebih terjaga (biarpun sebenarnya bunga liar), supaya si Bunga lebih menjaga keperibadian dirinya dari tercemar dengan sang liar di luar sana. Walaupun sesekali hati meronta mahu melihat lebih dalam, apa yang ada di luar sana.

Herm.. kamu di luar sana... apa pendapat kamu tentang hal ini?

3 comments:

Miko Yamaguchi said...

sekarang di belakang ruma mu ada lagi bunga ka? rumput jak aku tinguk tu...muahahhahah

Nuruddin Abu Bakar said...

setiap gambar terlalu banyak maksudnya, ah mengapa manusia sukakan maksud.
hehe

Anonymous said...

hahahahahhaha literally aku merujukkan hahahahahah ini kepada pemandangan d blakang rumah ko tu yg menjadi pusat pembiakan lalang2 menggebu miahah...