Monday, September 1, 2008

Satu hari selepas 1 Ramadhan.


Kepada Facet dan Kak Ram, maafkan aku. Entry sebelum ini merupakan percubaan aku mahu mencuba kod-kod di blog ini. oh! maafkan aku ya...

Assallamuallaikum & Salam Ramadhan semua,

Hari ini adalah 2 Ramadhan. Hari pertama Ramadhan, aku tak dapat berpuasa kerana uzur-si-perempuan. Leceh macam ni! Hari kedua Ramadhan baru aku bleh puasa. Korang semua? Permulaan puasa ok? InsyaAllah, semuanya ok ok belaka kan. Lenguh badan aku dari Dataran Merdeka masih berbaki. Yeha! Semangat mahu menyaksikan sendiri perarakan hari kebangsaan begitu menebal tatkala aku sanggup meredah pagi yang gelap untuk ke Kuala Lumpur, eventho aku sampai agak terlewat. insyaAllah, kalau aku masih berada di sini sehingga tahun depan, sebelum ayam berkokok aku akan sampai ke tapak sambutan. Bolehlah aku menangkap gambar yang lagi best (baca: beli lense).

Permulaan puasa, aku merasakan diri aku tidak sihat. Mungkin kerana usia aku dah meningkat (baca: tau takpa). Tahun ni pun aku bakal menginjak usia ke 28 tahun, sedikit tua pada mereka yang baru berusia 7 tahun. Hehehe…. Sedikit muda pada mereka yang mula membayar cukai pendapatan kepada negara, dan sentiasa comel dan riang kepada mereka yang sezamanku. Anda meluat? Janganlah, tak elok persendakan kata-kata aku ni. Aku pun mahu menjadi macam kamu juga, mahu sentiasa sihat walafiat dan masih banyak cita-cita yang perlu aku laksanakan.

Gambar di atas, aku snap sehari sebelum sambutan hari kemerdekaan dan 2 hari sebelum puasa. Ini adalah jalan yang aku lalui setiap hari untuk pergi bekerja. Kebetulan, setiap Sabtu aku akan membawa dslr-l-l bersama, dan bukan mudah mahu mendapatkan shot seperti ini. Ini, pada perkiraan aku-lah. Melihatkan keadaan beliau, aku berasa sungguh bersyukur, kerana dilahirkan dengan anggota tubuh yang cukup. Mahu aku katakan SEMPURNA, mungkin agak menjengkelkan bagi kamu yang tak tahu menghargai ruang hidup. Alhamdulillah, syukur.
Aku selalu berfikir, bila balasan Tuhan akan datang kepadaku. Maksud aku, balasan terhadap dosa-dosa aku sebelum ni. Rezeki yang Allah bagi sejak akhir-akhir ini bertambah ruah, biarpun agak lambat. Aku takut aku menjadi riak terhadap pemberian ini dan mula melupakan siapa diri aku sebenarnya.

Aku sebenarnya mahu kembali ke kampung halaman ku (baca: back for good). Sejak akhir-akhirnya emosi sebegitu selalu datang, entahlah. Mungkin sudah sampai masanya, aku balik. Bapa sudah menagih segala janji aku. Ayat seperti di bawah:

“ Kau kata, lepas ko sudah grade dan dapat kamera idaman kau tu, kau balik. Sekarang ni macamana?”

Gulp! Ini kali pertama, bapa menanyakan dialog seperti ini. Soalan biasa tapi cukup buat aku serba salah. Bukannya aku tak mahu balik, tapi bagaikan ada sesuatu yang merantai aku di sini. Eh! Buat masa ini, aku masih single occay, tak ada kaitan dengan teman lelaki istimewa pun. Kalau ada pun, kalau aku dah aku nak balik, balik la jawabnya. Hehehehe… aku sedang mengalami sindrom rindukan kampung aku sebenarnya.

Korang yang kat luar dari kampung halaman, bila nak balik? Snap gambar utk aku bleh?

@cinta salam sayang, Mas.

6 comments:

Nuruddin Abu Bakar said...

petuanya minum air suam.
haha

Anonymous said...

panas air pastu basah tuala dgn ari panas tadi ..pastu tampal kat perut ,tapi tengok panas dia jgn terlalu panas nanti terbakar perut itu.....
1 petua dari mak akak ,bancuh kapur ngan sedikit air pastu sapu kat perut atau sapu minyak cap kapak ...selamat mencuba kalau dah makan ubat tak berhenti juga segerala berjumpa doktor.....

Anonymous said...

Baliklah kampung. Buat 'LADANG KONTRAK' tu. Aku pun dah bosan di sini.

Nuruddin Abu Bakar said...

cantiknya gambar tu..
memeliki etestika tersendiri
macam iklan petronas.Haih

Nuruddin Abu Bakar said...

estetika.ok.haha

Anonymous said...

Ko nak gambar kampung aku ke? Nak ke? Nak? Nak? Heheheheeee...